Assalamualaikum dan salam satu Akidah..
Saya ingin ceritakan sedikit pengalaman memalukan berkaitan remaja islam sekarang.Ini peristiwa betul yang berlaku di depan mata saya sendri.
Jumaat lepas,saya ke Masjid untuk solat jumaat,solat bermula kira kira jam 1.30 dengan khutbah selama 20 minit.
Selesai solat,selepas bagi salam,saya yang duduk di saf belakang berpaling ke arah luar,kelihatan 5 orang remaja melayu yang lingkungan usia 15 hingga 19 tahun sedang lepas di tempat letak motor berpakaian baju melayu berbual bual sambil duduk.
Bukan nak bersangka buruk,tetapi,tak kan tak sampai satu saat lepas salam dah siap boleh keluar,duduk dan berbual bual,saya pasti 99.9999%,mereka tidak solat..
Saya kenal salah seorang dari mereka yang sama usia dan sekelas dengan saya.
Perkara yang diberi fokus disini adalah,remaja islam kita tidak malu untuk meninggalkan solat di hadapan orang ramai secara terbuka.Mereka datang masjid buat apa?
Untuk jumpa kawan kawan,bercakap?
Kalau beginilah remaja islam..masa depan islam di Malaysia agak kabur..
Apa tindakan saya?
Tika saya keluar,mereka masih disitu..Entah apa halangan untuk saya,saya gagal untuk menegur dan menasihati mereka.Mungkin kerana di khalayak,,tapi saya sendiri tidak mampu menerima alasan saya.. :(
Moral of the story..Beginilah remaja islam sekarang.Mereka tidak segan untuk melakukan maksiat,mereka bangga dengan kekacakan mereka sekarang,mereka gembira kerana punyai teman berbual sehingga lupa akan Allah,pastinya kelak,,mereka akan menangis kekesalan walaupun sudah terlambat.
Iini di tempat saya...Moganya di tempat anda,remaja baik baik belaka...saya harap,hanya di tempat saya kemungkaran sebegini berlaku,jika tidak...parah islam di Malaysia
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)