Thursday, August 16, 2012

Siapa boleh kita salam time raya nanti? Siapa pula yang haram..?


Salam..Raya dah dekat.. time raya ni memang lah,kita ziarah rumah kawan2,rumah sedara mara datuk nenek.

Antara dosa free di pagi raya yang biasa dianggap remeh adalah dosa ''sentuh bukan mahram" bagi kita.. pakat salam je sape2 yg nak bagi duet .. aigogo.. meh sini,hafal senarai org yg kita leh salam/sentuh k..

1. Ibu kandung, termasuk nenek dan seterusnya ke atas. (Maknanya ni org yg melahirkan kia,dan yg melahirkan mak bapak kita..)

2. Anak perempuan kandung, termasuk cucu dan seterusnya ke bawah. (ni anak kita gn isteri kita,gn isteri org haram!)

3. Adik beradik perempuan seibu sebapa.  (haa,ni anak mak bapak kita)

4. Adik beradik perempuan sebapa. (Ni anak bapak kita yg lain ibu gn kita)

5. Adik beradik perempuan seibu. (Ni anak mak kita yg lain bapak gn kita)

6. Emak saudara sebelah bapa (adik‐beradik bapa) dan seterusnya ke atas. 

7. Emak saudara sebelah ibu (adik‐beradik ibu) dan seterusnya ke atas. 

8. Anak perempuan dari adik‐beradik lelaki mahupun dari adik‐beradik perempuan.(ni namanya anak saudara)

Senarai kat atas ni adalah mahram dari keturunan,ada lagi mahram lain iaitu mahram perkahwinan,mereka adalah:

1.Ibu mertua (maknanya mak isteri atau suami kita)
2.Anak menantu (ni tok laki or bini anak kita)
3.Ibu tiri ( isteri baru/lama bapak kita selain mak kandung kita)
4.Anak tiri (Anak suami/isteri kita hasildari perkahwinan terdahulu)

Selain tu kit leh salam gn isteri sendiri,suami sendiri..kalau perempuan,boleh salam gn kawan2 perempuan,nak salam gn kawan2 lelaki pun boleh...boleh blah..! hram weh..jgn nak mengatal sangat! muahaha..

Siapa yang kita takleh salam pula? selain ajnabi merek adalah !

1. Isteri kepada adik‐beradik bapa. (emak saudara sebelah bapa) 

2. Isteri kepada adik‐beradik emak. (emak saudara sebelah emak) 

3. Adik‐beradik bapa mertua perempuan. (maknanya isteri kita ada ayah,pastu ayah isteri kita tu ada adik beradik ..xleh..faham?)

4. Adik‐beradik emak mertua perempuan. 

5. Anak kemanakan isteri perempuan. (anak adik‐beradik isteri,mknanya anak sedara isteri..kot)

6. Kakak ipar. (kakak kepada tok laki/suami atau isteri,kita ni takleh salam2)


7. Adik ipar perempuan.(Ni pun sama teori cm diatas...xleh salam2,xleh sentuh2..boleh kahwin gn dia kalau abg awok yang kawin gn kakak dia mati/cerai gn kakak dia..haha)

Pastu,dari keturunan,tapi bukan mahram kita adalah..

1.Sepupu perempuan (anak kepada adik/abg ayah/mak kita)

2.Sepupu ayah

3.sepupu mak.

haa..dah tahu sape leh sentuh sape takleh sentuh? jaga2 di pagi raya erk...

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)