Tuesday, February 8, 2011

Hiburan dan dakwah

Assalamualaikum dan salam berhibur semua..

Sekarang,kita tidak dapat lari dari mendapatkan hiburan,dunia sekarang,insdustri hiburan memberi pulangan lumayan,sebab itu ramai yg nak masuk industri ni,dan ada juga mak bapak yang sokong sangat sangat jika anaknya masuk dunia hiburan,,al maklum la..fulus banyak masuk..

Remaja islam pun,ramai yang rosak dan hancur akidah,kerna terlalu berhibur,bukanlah salah untuk menerima hiburan,tapi berpada padalah..

Anda boleh berhibur dengan layan lagu cinta sekali sekala,takpe,penulis dulu pun,selalu juga layan lagu "Kau Ilhamku" dari manbai,maklumlah dah ada ilham,tapi kini penulis anti lagu cinta....sakit telinga bila dengar..haha,tapi berpada padalah..Jangan setiap masa lagu cinta pada manusia je..rugi masa kawan kawan..

TAPI ni ada sedikit peringatan,jika senikata lagu itu,ada terlalu memuja wanita,ataupun memuji bentuk tubuh wanita,adalah HARAM untuk kita dngar..contoh bunyi camni la "ooo bentuk tubuh mu menawan hati ku..pinggul mu bla..bla..bla"...Haa,ini macam seni kata,Haram kawan kawan,jaga jaga sikit...

Tetapi,adalah lebih baik untuk menghayati lagu lagu yang memberi kesan positif kepada kita,khususnya lagu lagu berbentuk ketuhanan,kenabian dan seumpamanya.

Baik,kita berbalik pada tajuk,yakni "hiburan dan dakwah",boleh ke kita gunakan seni hiburan sebagai medan dakwah?bukan ke islam menentang kesenian?

adik kakak,sebenarnya Islam memartabatkan seni,kerna seni juga adalah salah satu cabang dakwah yang,ramai para pendakwah sekarang gunakan seni hiburan sebagai medan dakwah dan sesungguhnya ia berkesan..Kita lihat dalam negara,kumpulan Shoutul Harokah,raihan,rabbani,in-team,brothers dan sebagainya.Lagu mereka berjauya bikin remaja tersentak sejenak,tetapi malangnya,hanya sebilangan kecil dari kita yang hayati intisari sebenar lagu dakwah,selbihnya layan lagu kerna "bez didgr je"


Yang jadi fanomena sekarang adalah artis antarabangsa Maher Zain,(bukan anuar zain mahupun ziana zain),penulis agak teruja sebenarnya dengan Maher Zain ni,kali pertama penulis dengar lagunya iaitu lagu "Open your eyes",terus terdetik dalam hati penulis,

"Ouwh...rupanya ada juga suara penyanyi sedap cam suara aku"(haha,gurau2,jangan marah).


Maher Zain berjaya gunakan hiburan sebagai medan dakwah,dia berjaya bikin mulut2 kita yang dahulunya selalu nyanyi lagu cinta kepada sebutan "insyAllah","Alhamdulillah" dan sebagainya,ini membuktikan,hiburan merupakan medan dakwah terbaik.

Jadi kita pun harus berusaha,cuba untuk berdakwah melalui hiburan,dan sekiranya kita ni terdiri dari kalangan pendangar,cubalah beralih ke arah hiburan islam,yang bermanfaat kpda kita..

Dan kadang kadang,hiburan yang bermanfaat,tidak semestinya ia berkisah keagamaan sahaja,boleh juga ia bertemakan alam,pendidikan dan segala yang positif,cuma masalah kita sekarang,ramai yang duk layan hiburan yang bertemakan CINTA...macam la bila dengar lagu tu,CINTA bertambah tambah...citt...(gaya kak akman dalam blog dia,,haha..citt)..

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)