Tuesday, February 8, 2011

Jom Jadi luar biasa ...

Assalamualaikum dan salam luar biasa..

Kalian kenal Superman?

Superman adalah orang gila pertama di dunia yang mempunyai jutaan peminat.

Mana tidak gila,orang biasa pakai seluar dalam di dalam,tapi Superman,pakai seluar dalam di luar.

Tetapi walaupun begitu,Superman mendapat sanjungan,kerana apa?
Kerana dia manusia luar biasa..

(ps-contoh yang saya beri tidaklah berkait sangat dengan n3 ini,sekadar mengambil contoh setelah melihat gambar superman sebentar tadi dalam pak cik google)

Jadi..ada di antara kalian yang mahu menjadi luar biasa?
Kalian Tak perlu tiru superman,Superman itu hanya fantasi,bukan realiti..Ini jalan saya kepada anda untuk benar benar jadi manusia luar biasa.

Caranya,anda perlu lakukan apa yang orang biasa tidak lakukan.

Mari kita lihat jadual orang biasa.

6.00 pg :Bangun dari tidur,mandi,solat,makan

8.00 pg :Pergi kerja

12.00 tghri:rehat,makan.

2.00 ptg: smbung kerja

4.00 ptg: pulang dari tempat kerja

5.00 ptg: rehat,mandi,makan,solat,tengok tv.

11,00 mlm :Tidur

Ini berulangan setiap hari,kecuali di hari cuti,tiada kerja,diganti dengan riadah,rehat,tidur.

Lihat pula jadual untuk manusia luar biasa .

4.00 pg : Bangun,ibadah.

6.00 pg :mandi,Sedia untuk urusan kerja,makan pagi.

8.00 pg : pergi kerja.

12.00 tghri : Di waktu rehat di tempat kerja,selain makan,solat,seru rakan rakan ke arah kebaikan

2.00 ptg: Kembali kerja

4.00 ptg: Pulang,rehat,bersama keluarga,solat asar.

7.00:ISOMA

9.00 mlm: Dakwah(indoor,outdoor)tak perlu secara kumpulan,dakwah dgn menyeru rakan2,jiran,orang awam untuk
dekatkan diri pada ALLAH.

12.00 Tghmlm: tidur.

Lihat.Tidak banyak beza antara orang  yang biasa dan luar biasa,kerja masih boleh dilakukan seperti biasa,cuma masa rehat dikorbankan sedikit untuk Allah.

Dakwah bukan hanya secara lisan,boleh juga secara tulisan mahupun menyiarkan gambar2 dan ditinggalkan dikawasan awam,agar boleh dijadikan penghayatan kepada mereka utk mendekatkan diri pada Allah.

DIsini,saya bukan menyeru anda semua mengbah cara hidup anda,tetapi saya menyeru kepada kita semua,termasuk diri saya sendiri untuk kita menjadi luar biasa dengan cara mendekatkan diri kepada Allah dan agama Allah.

Dakwa tidak perlu 5 jam,4 jam,sekadar 5 minit sudah mencukupi.Agar hidup ini,tidak dalam jahiliyah sepanjang masa..


aKU bukanlah superman,tapi aku juga manusia LUar Biasa..

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)