Assalamualaikum dan salam berdoa..
Hari ini,penulis mahu berkongsi sebuah kisah yang penulis dengar dari seorang guru penulis lama dahulu..
Kisah ini berlaku di Negeri Terengganu pada tahun 2002..
Terdapat sebuah keluarga yang ahlinya terdiri dari 2 orang anak,seorang lelaki dan seorang perempuan.
Ibu dan bapa pula adalah masing masing perempuan dan lelaki dimana ibu adalah perempuan dan bapa adalah lelaki.
Dikisahkan,si ibu dan si bapa merupakan peminum arak yang tegar..Si anak perempuan pula jenis yang agak liar..
Tetapi,si anak lelaki,dengan rahmat Allah,merupakan seorang yang begitu taat pada perintah Allah...
Si anak lelaki selalu cuba untuk menegur sikap ibu dan bapanya yang meminum arak dan mabuk mabuk,tapi kesannya dia dipukul dan dimarahi.
Setiap kali,si anak melihat ibu bapanya meminum arak,dia cuba juga menasihati mereka tapi tetap tidak berjaya..
Sekian lama,sehari demi sehari,sebulan demi sebulan dan bertahun berlalu,tetap juga si anak cuba menegur ibu bapanya tetapi tidak pernah berjaya bahkan sering kali dia dimarahi dan tidak diberi wang belanja.
Satu hari,si anak pulang rumah lewat,malam itu dia melihat ibu dan bapanya di ruang tamu,menonton tv dan di sisi mereka terdapat botol arak..
Si anak agak keletihan,jadi dia tidak berupaya untuk bercakap dengan ibu bapanya soal arak itu,lalu dia ke biliknya dan sedia untuk solat isya'...
Tak kala dia sudah solat,dia berdoa dengan suara yang sayu,tetapi agak kuat,dengan sepenuh hati,
"Ya Allah Ya tuhanku,engkau berilah kedua ibu bapaku petunjuk,hindarilah mereka dari sebarang malapetaka,ampunilah dosa dosa mereka,dan buanglah ketagihan arak kepada mereka,sesungguhnya mereka dalam keadaan berdosa padamu Ya Allah"
Sambil menangis,dia berdoa..dan terus berdoa agar diampunkan kedua ibu bapanya,
Dengan takdir Allah,si ibu yang ingin mengambil lagi minuman setan itu berlalu melalui arah bilik si anak,kedengaran suara sayu anaknya memohon keampunan untuk mereka..
Si Ibu tiba tiba menangis seakan akan menyesal dengan tindakan mereka selama ini..Lalu dipanggil si bapa,mereka melihatr ke arah anak lelaki mereka,lalu mereka menangis disisi pintu bilik anak mereka..
Si bapa kemudian berlari ke arah dapur lalu memecahkan segala botol arak,membung dan mencurahkan segala air setan itu dalam simpanan rumah mereka..Bunyi dapur agak bising dengan tindakan si bapa..
Botol botol kaca arak dipecahkan,yang dalam tin dicurah dan dibuang,si ibu tetap menangis di pintu,anak lelaki yang mendengar bunyi bising didapur meluru keluar dan ke dapur..Dia melihat tindakan ayahnya.Dia tergaman,si bapa turut tergaman melihat anak lelaki nya tetapi sejurus kemudian dia memeluk anak lelakinya,lantas si ibu juga sama..Terus memeluk anak lelakinya ..
Anak lelakinya itu tidak berkata apa apa..Hanya bersyukur kepada Allah,doanya dimakbulkan olehNya..Alhamdulillah..
Ini kisah diceritakan oleh guru penulis,kalau guru penulis tipu penulis,maknanya penulis tipu pembaca..Tapi mudah mudahan,samada kisah ini benar atau tidak,ambilkan sedikit iktibar darinya :)
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)