Tuesday, February 8, 2011

Qari quran,juara Quran..tapi kenapa dilaknat Quran??

Assalamuamualaikum dan tengah malam.. :)

Tiba tiba tadi,teringat satu kuliah yng menyatakan bahawa sesungguhnya,ramai orang dalam dunia ni,yang baca quran , juara pertandingan quran, qari quran,tetapi dilaknat oleh QURAN sendiri..

( penyataan ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang bila penulis cuba google untuk cari perawinya,tapi gagal,jika terbaca,kongsilah .. ;)

Bunyi cam pelik je..dah kita baca tiap tiap hari,tak nak quran nak laknat kita,mesti dapat pahala kan?

Penjelasannya mudah sahabat semua...

Golongan mana yang baca quran,tapi dilaknat quran.

Mereka adalah yang HANYA BACA QURAN TAPI TIDAK TURUT QURAN..

Bila dia baca ayat suruh tutup aurat,mengenai jilbab,tapi dia tak tutup aurat.
SEKADAR GAMBAR HIASAN..

Bila dia baca ayat supaya solat 5 kali sehari semalam,tapi dia tidak solat juga.

Bila dia baca ayat supaya jangan mengumpat,dia mengumpat juga..

Bila dia baca ayat yang menyuruh menghukum berdasarkan quran,tapi dia IKUT HUKUM Barat...

Bila dia baca ayat jangan makan riba,dia telan riba..

Bila dia baca ayat jangan zalimi orang lain,dia zalimi orang lain..

Bila dia baca ...tp dia tak laksanakan.....DIA DILAKNAT QURAN..

Jadi beringatlah sahabat yang penulis sayang semua...turuti quran,tiada guna hanya baca dan baca,tapi sekadar baca..ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak kelapa yang tidak berbuah.

Kita kadang kadang lihat,tok guru yang ajar mengaji,MARAH sangat bila murid baca tak kena tajwid,ajar baris ni bunyi 2 harakat,ini 4 harakat,ini kena dengung dan semua sekali..betul dah tu..TAPI kenapa tidak ajar murid itu untuk ikut QURAN?

Tepuk dada...tanya IMAN :)

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)