Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tadi penulis terbaca satu kata kata himah dari peges @ahmad safwan Zakaria,bunyinya begini:
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"
Penulis nak tafsir quran,tak layak lagi,coz penulis bukan taraf yang tinggi2,ilmu seceput je,jadi penulis nak tafsir kata2 ini..Boleh neh..ehe..
Kita definisikan dulu maksud tersurat ayat itu yakni kita lihat,di hari siang,Allah telah hilangkan sementara matahari dari pandangan kita,kemudian Allah keluarkan petir dan kilat(yakni perkara yang kurang baik),tp kemudian,kita sedar,kesan dari hilangnya matahari itu,dan dari petir dan kilat serta hujan,kita dapat melihat satu keindahan yakni pelangi 7 warna..Merah,Jingga,Kuning,Hijau,biru,Indigo,Ungu...perhati betul betul susunan warna ni....eaaahh,warna hijau dulu sebelum biru...ehehe ^^
Abaikan perihal susunan warna,baik,dilihat dari maksud tersirat pula,maksudnya begini,setiap hari kita senang,satu hari,Allah beri kita kesusahan,kita takut...kita bimbang,Allah tak sayang kita ke?tapi tidak lama kemudian,Allah beri yang lebih baik kepada kita.
Maknanya disini,kita renung baik baik,jika hari ini kita ditimpa susah,Ingat bahawa Allah dah beri kesenangan pada kita dulu,dan yakinlah kesusahan kita tak akan berpanjangan dengan izin Allah.
Seorang abang pernah bercerita kisahnya pada jemaah dalam satu kuliah,kisahnya,beliau sebagai pelajar telah terpilih untuk ke kem di sabah,dan seorang lagi sahabatnya turut terpilih untuk ke kem di setiu(Daerah ambe tu),dengan takdir Allah,dengan masalah teknikal sedikit dari JPN(apa punya JPN la),destinasi mereka tertukar,yakni pelajar yang patut ke sabah itu,'terpaksa' ke setiu,dan yang sorang lagi dapat ke Sabah,pasti yang dapat ke sabah tu bergumbira dan yang terpaksa ke setiu itu agak kecewa.
(disini,Allah sorokkan matahari)
Lalu,nak tak nak,beliau pergi ke setiu dan mengikuti kem disana..
Disana,beliau berkenalan dgn seorang rakan yang hari ini menjadi sahabatnya dan rakan seperjuangannya dalam PEMIKIR...
Tapi satu terus pergi ending la ea,sebab saya lupa citer dia,last2,dia akhir program kem itu,dimaklumkan beliau muncul sebagai peserta terbaik dan dapat ke SABAH...
Tengok...tengok...
Benarlah kata kata itu..
Allah tahu yang lebih baik pada kita...
Terus yakin bila Allah beri kita bencana,terus yakin bahawa insyAllah kelak,Allah bagi kita kesenangan..
Bila hari ni putus cinta xpe....(ye ke xpe,doh duk nangis 2 minggu tu kenapa? haha),
Esok dapat penganti lebih baik..
Hari ini gagal dalam peperiksaan percubaan,xpe....esok yg sebenar dapat gempak(tapi kalau x juga,yakinlah,Allah akan beri lebih baik nanti,tu kalau kalian sahabat usaha la...lau x usaha...hancuss jugak)
Yakinlah ... Allah maha menentukan..yg baik kepada kita....Yakin..Yakin...Yakin pada Allah sahabat sahabat......
Aminn.
ReplyDelete