Friday, July 22, 2011

Jaga hubungan dengan Allah

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu :)



Untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam kehidupan,kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah



Dalam menjalin 'hubungan baik' dengan Allah,ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan ..iaitu :



Kita perlu sayang pada Allah melebihi segalanya ..



Allah bagi kita segalanya yang kita ada atas muka bumi ini,makan,minum,udara,tempat tinggal semua Allah bagi,so bila Allah dah bagi semuanya,sayangi Allah,jangan jadi 'kacang lupa kulit" dengan menyanyangi pemberian Allah lebih dari Yang Maha Pemurahi ini ..



Yang kedua adalah kita perlu sentiasa bertaubat kepada Allah..



,ini satu cara untuk menjaga 'hubungan' kita dengan Allah,sesungguhnya Allah tu maha pengampun,dan kita manusia ni pulak memang tak pernah lepas dari wt dosa, kalau wt dosa banyak banyak,Allah pasti murka,maka bertaubatlah,maka Allah akan kasih kepada kita ::)





Seterusnya adalah,kita juga perlu baik sangka dengan Allah,



Jangan bila dapat satu musibah,terus fikir "aarrrrhhhhhh,Allah tak sayang aku la ni,orang lain berjaya,aku lak......"



Kita seharusnya yakin dengan rencana Allah untuk kita,andai kata tiada yang baik kita peroleh di dunia,Akhirat belum pasti..Kalau kamu bersangka buruk pada Allah,memang tak lama dunia akhirat bala belaka la .. Jadi selalu bersangka baik dengan Allah,jangan fikir bukan bukan,ia bawa kepada dosa tawu .. Jika ditimpa musibah..berSABARlah ..



Sebagai hamba juga,kita harus sentiasa ingat Allah,Ingat pada sang pencipta kita,bukan ingant aweks je,ingat balak je..ingat nak cari teman baru je...ingat formula math je,Allah pun kita kena selalu ingat,baru Allah tak lupa kita (Allah tak pernah lupa kita)



Cara ingat Allah ada 3 iaitu dengan perbuatan,yakni solat,dan setiap langkah perbuatan kita,kerna Allah...haaaaa,itu caranya ..



Cara kedua adalah lisan,lidah.mulut ni,caranya berzikir,kalau MALAS nak panjang panjang,cukuplah sekadar "Allahuakbar", "Subhanallah" ,itu sudah cukup bererti ..tapi awas,jika anda berada dalam kawasan yang polis melebihi 5 org,jangan takbir..bmbg kena tangkap.... hihihi..



Cara ketiga adalah dengan hati , sebutlah nma Allah walau di dalam hati tanda kita ingat padaNya ..



Selain itu,untuk jaga hubungan dengan Allah,kita perlu semaikan rasa GERUN pada Allah,kerna itu tanda orang mukmin ..tak caya,baca surah Al Anfal ayat 2 ..ehe



Kita juga perlu selalu panjatkan kesyukuran atas nikmat Allah pada kita..Bukan sahaja nikmat makan dan minum,nikmat anggota badan,akal dan segalanya,perlu kita syukuri dengan menjaga semuanya dengan baik,lafaz "alhamdulillah" jangan lekang di bibir tawu ..



Then kita juga perlu redha dengan segala apa yang Allah tentukan kepada kita ,andai apa yang kita hajati tida ktercapai,pasrahlah,mungkin ada yang lebih baik untuk kita...tawuu....!!jangan nak melenting n so on ..



Kita juga perlu malu pada Allah,INGAT!!!!!!!!Allah maha melihat,di ceruk mana pun,dalam bilik or tandas awam...malulah dengan segala maksiat yang dilakukan ... CCTV sentiasa On ...hihi..



dan hati kita juga perlu ada rasa "WWWAAARRRHHHHHHH HEBATNYA ALLAH TUHANKU" ..memang Allah hebat ..Kalau tak hebat tak jadi Allah ,kerna hebat lah Allah dapat ciptakan alam ni..kerana hebat Allah lah kita ada hari ni,so jangan nak nafikan....timbul selalu dalam hati "subhanallah,hebatnya tuhanku" ..



Takat ni je la perkongsian untuk kali ni..ringkas jerrr...hihi ..kalau ada salah silap..mohon tegurlah segera :)

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)