Tuesday, February 8, 2011

Kenapa ingat Allah tika susah je... ?

Assalamualaikum dan salam hari jumaat..ehe

Tadi terima satu sms (kalau korang nak tahu,sms tu akronim kepada sistem pesanan ringkas)ehe, bunyinya begini,

"Rasulullah saw bersabda : 'kenalilah Allah tika kamu senang,maka Allah akan mengenalimu tika engkau dalam kesusahan'

MasyaAllah,maha adil nya Allah..

Kadang kadang ada yang menjawab,

"eleh,aku duk ingat kat Allah time aku senang,time time aku susah,Allah tak tolong pun"

Ehe,pernah terdetik begini dalam hati?

Nak tanya semua,korang tahu tak masa bila korang benar benar susah nanti?

tak tahu?ehe,meh nak jawab...

Time korang paling susah adalah Di Padang Masyar kelak...di situlah Allah akan membantuMu..

Time kat dunia ni,memang la ada time susah,tapi tidak lah sesukar time di padang masyar,

Kalau yang dikehendaki Allah,tak kala kalian ingat pada Allah masa senang,mungkin ada tika korang susah Allah tolong kalian.

Masa kalian dapat gaji,senang tu,yang bekerja dengan ayah ke,kerja kat tesco ke,yang kerja dimana mana ke,dapat gaji ,dpat pinjaman PTPTN ke "belanja'' lah Allah,bagaimana?

Mudah,bersedekahlah di jalannya...

Bagaimana tu?

Ala la la korang ni...

Pernah pi masjid?

haa,derma la kat situ singgit dua,berdasarkan kemampuan..bukan habis pun duit korang..

Mungkin nanti korang pokai,perlu wang,Allah bayar balik...tak mustahil tu,time anda kebuluran,lapor..lapor,then datang pak sedara korang bagi duit raya..haaa,itu pak sedara tu alat je,sebenarnya rezeki korang tu Allah yang tetapkan..ehe..

Ini satu je contoh,banyak lagi time senang lain untuk anda ingat Allah,kadang kadang tak perlu keluar wang,cukuplah dengan zikrullah dan solat sunat..kan..kan..mudah je nak ingat Allah,tapi kenapa ramai di antara kita ingat Allah tika susah jer?

Teringat sorang sahabat di sekolah,petang time solat asar,penulis terkuzut betul,terkejut beruk la katakan,penulis jumpa dia di surau,mengaji..biasa memang tak pernah jumpa la..

Siap lepas solat,penulis tanya,

"Aik,insaf doh ke?" ehe

Kemudian dia tidak menjawab soalan gurauan penulis,tapi dia cakap kat penulis luahan hatinya,

"Mar,aku baru PUTUS CINTA ni"..

Ehe...

Patut la...

Tapi bagus lah,dia still tahu,untuk dapatkan ketenangan,ingatlah Allah,dengan mengaji tau berzikir... ehe ..

Tetapi diperhatikan,ramai lah di antara orang kita,hanya ingat Allah tika susah,dan tika senang,dia lupa pad Allah..

Time dalam kesusahan,baru nak berdoa,nak dalam kesenangan,lupa untuk berdoa..alahai..

Apapun,penulis bukan tuju pada kalian semua juga,tapi kadang kadang penulis pun alpa begini..just saling mengingati....semoga Allah ampunkan kita semua yang selalu lupa padaNya,tp Dia tidak pernah mengecewakan kita :)

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)