Assalamualaikum dan salam menuntut ilmu.
Penulis baru selesai mendengar mp3 ustaz akhil,dan penulis mahu berkongsi satu cerita yg agak lucu,tetapi bererti )
Kisah nya mengwnai seorang hamba ALLAH,dulu hidupnya penuh dengan kejahilan,suatu hari dia merasa insaf,lalu berjumpa dengan seorang ustaz.
Lalu dia berkata pada ustaz,
"Ustaz,izinkan saya ikut ustaz kemana saja ustaz pergi kuliah,saya mahu belajar ilmu agama"
Ustaz itu benarnya,lalu si hamba Allah itu menjadi follower ustaz itu,disamping menjadi pemandu ustaz itu.
Selama 3 tahun hamba Allah follow ustaz itu,satu hari dengan takdir,ustaz itu sakit perut dan tidak dapat memberi kuliah,lalu dia berkata kepada hamba Allah yang mengikutnya itu,
"Kamu dah ikut kuliah aku selama 3 tahun,jadi kalau aku minta kamu gantikan aku beri kuliah hari ini,insyAllah kamu mampu kan?"
"err....boleh ke saya ustaz" hamba Allah itu agak tidak yakin,
"InsyAllah kamu boleh,kamu ambil je masa 20 30 minit..."
"insyAllah ustaz"
Lalu dengan segala yang ada dalam kepadanya,dia mengantikan ustaz tersebut untuk menyampaikan kuliah..
Selama 20 minit dia bagi dengan penuh hebat,dan semua pendengar berpuas hati,lalu selesai sudah kuliahnya.
Sebelum sempat dia bangun untuk beredar,lalu seorang pendengar berkata ,
"Ya ustaz,biasa kalau kuliah,ada sesi soal jawab...Malam ni takde ke?"
Lalu gelabah lah hamba yang menyamar tadi..
Tapi untyk cover,dengan yakin dia beritahu,
"Baiklah,tanyalah sebarang soalan,insyAllah ana menjawabnya"
Kemudian ditanya satu soalan,
Kemudian,dia makin gelabah,kerana tidak bisa menjawab soalan itu,tetapi kemudian dia mendapat idea,
"Ehe..soalan saudara begitu mudah sekali,saya beri peluang kepada pemandu saya sahaja lah" (merujuk kepada ustaz yang sebenar)
Lalu terpinga telinga ustaz yang asli,tapi dia tetap menjawabnya dengan hadis dan dalil..
Terkejutlah para jemaah,
Berkata para jemaah dalam hati,
"fuhh,kalau pemandu dah tahap ini ilmunya...ustaz apatah lagi " ehe..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)