Assalamualaikum dan salam berfacebook.
Penulis ingin berkongsi pengalaman penulis sebentar tadi..
Rumah penulis ke surau di taman simpang kira kira 0.5Km,penulis berjalan untuk ke sana dan memerhatikan sekeliling sepanjang perjalanan.
Ada kira kira 35 buah rumah yang penulis lalui dan 11 buah rumah penulis fikir melayu,dan di kawasan kejiranan itu penulis anggarkan ada 200 rumah.
Dari yang penulis perhatian ketika dalam perjalanan,dari 11 rumah orang melayu yang penulis lalui,2 orang yang ke surau yang sama.
Ada seorang sedang polish kereta SAGA di hadapan rumah.
Ada seorang yang baru pulang dari jalan jalan bersama anak menaiki motor skuter.
Kemudian,dalam perjalanan,mata penulis melihat kereta di setiap rumah,ada yang guna SAGA,KANCIL,WIRA,NISSAN LAMA,SAVY .Yang polish kereta tu guna SAGA.
Mereka dari luar penulis nampak berada dalam rumah(mereka guna pintu cermin yang langsirnya tidak ditutup lagi)
Ada yang bersihkan halaman rumah..
Ok...kemudian penulis sampai ke surau..
Kira kira ada 13 jemaah yang tidak berasal berdekatan dan rumahnya tidak dilalui penulis.
Dalam perjalanan masuk,penulis perhatikan juga kereka mereka,ada yang guna MERCEDES BENZ,BMW,kereta yang diimport dan semuanya nampak MAHAL.
Terdetik dihati penulis,
"Aik,orang yang kaya(sebab pakai mercedes) datang masjid,yang hidup sederhana tak datang.
Maknanya,yang kaya ini mestilah bekerja kuat setiap hari..Tapi masih ada masa ke masjid,setiap hari penulis jumpa.termasuk di hari cuti.
Biasa kita tengok,yang miskin,sederhana dekat dengan masjid,tapi berlainan di sini..
Penulis kemudian berkata,beruntung sungguh dia,kaya dan tidak lupa Allah.
SESUNGGUHNYA MEREKALAH ORANG YANG BERTUAH..WALAUPUN BEKERJA KUAT,TETAPI TIDAK LUPA ALLAH..ITU YANG KITA MAHU..GAJI BERPULUH RIBU,TAPI MASIH KE SURAU,YANG BEKERJA BIASA PULA SIBUK POLISH KERETA...penulis tak kata mereka tak solat,mungkin mereka solat,tp rumah tak sampai 300 meter ke surau..dengar azan,apa salahnya datang..bukan lama pun...20 minit je..kalau tok iman turbo...15 minit dah siap...
penulis doakan yang kaya itu bertambah kaya dan terus tidak lupakan Allah..yang yang hidup biasa itu...ehe...Moga Allah sedarkan mereka...amin :)
tapi terdapat juga yang sederhana datang ke surau,bukan semua penulis maksudkan penduduk di situ..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)