Tuesday, February 8, 2011

realiti kita

Assalamualaikum dan salam beribadah..

Ehe..

Cuba renung apa yang bakal saya tulis...adakah anda termasuk juga?saya mengaku..saya juga termasuk golongan ini :

Anda rasa begitu banyak RM100 jika dibawa ke masjid untuk diderma pada tabung masjid,
Tapi rasanya RM100 itu bagi anda tidak cukup untuk bershopping di gedung beli belah..

Anda rasa lama untuk mengaji Quran selama 30 minit dari maghrib ke isya'
tapi anda rasa hanya sekejap 30minit dari maghrib ke isya' jika anda menonton tv

Anda rasa lama untuk berzikir selama setengah jam,
tapi bila tengok cerita mr.Bean yang 30 minit tu...sekejap je..

Anda rasa lama untuk habiskan masa 3 jam di masjid,
tapi time tengok cerita hindustan(kuch kuch hota hei),3 jam berlalu dgn pantas..ehe

Anda begitu susah untuk menyusun ayat2 doa,
Tapi begitu mudah untuk bersembang kosong bersama rakan rakan.

Anda rasa begitu lama ketika tok iman sedang bacakan surah tika solat berjemaah,
tapi tika dengar lagu,layan hiburan.kejap je..

anda rasa payah nak baca Quran ,
tapi baca novel 3 biji sehari begitu mudah.

Bila time nak tengok bola di stadium,ramai yg berlumba lumba nak duduk di bahagian depan ,
tapi time nak solat jemaah(jumaat khususnya) duk belakang skali agar mudah nak lari lepas sudah solat.(cam biasa je penulis,ehe)

Agak susah kita nak ajak orang sebar dakwah tp
mudah je nak sebar fitnah..gosip kan?

Amat mudah untuk kita percaya berita di akhbar(utusan khasnya),di internet,email,
tapi payah kita nak terima 'berita dari Allah' dalam Quran.

ehe..diambil dan diubah suai mengikut citarasa orang muda dan penulis sendiri..ehe

Renungkan sahabt..Iloveu all

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)