Tuesday, February 8, 2011

Azan bukan sajer sajer

Saya bukanlah ustaz untuk menafsir dgn tepat,dan pajang lebar,saya hanya mampu menghuraikan serba sedikit maksudnya sahaja..maafkan sekiranya terdapat kekurangan >:(


Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X)

Asyhadu alla illahaillallah. (2X)

Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X)

Haiyaalas solah (2X)

Haiyaalal falah. (2X)

Allahu Akbar Allahu Akbar.

La ilahaillallah


Allah Maha Besar..Allah Maha Besar..

Lafaz ini disebut 4 kali,menunjukkan batapa agungnya Allah,betapa berkuasanya Allah.

Buktinya?Barang siapa yang bertanya "apa bukti Allah itu berkuasa"

Dengan mudah dia akan mendapat jawapan hanya dengan melihat sekelilingnya.


Lihat pokok,lihat hidupan,lihat langit,lihat bumi yang indah,adalah mustahil semua yg wujud ini tiada penciptanya.Dan sesungguhnya,Maha berkuasalah yang telah menciptakan seluruh isi langit dan bumi ini.


Cuma satu kita perlu,untuk mencari bukti kekuasaan Allah,yakni BERFIKIR.Dengan berfikir,kita akan kenal pasti bahawa Allah itu wujud dan Allah maha berkuasa.


Ada lagikah yang lebih berkuasa,lebih besar dari Allah?


Kalau ada,ramailah yang akan meninggalkan islam dan menyembah yang lebih berkuasa itu,tetapi kawan2,tidak pernah ada lagi,sesuatu yang lebih berkuasa dari Allah,jadi..ikhlaskan diri anda,utk Allah.


Dia yang menciptakan anda,Dia yang mengciptakan bumi yang anda duduk ni,kenapa pandai pandai pi lawan Allah?Kenapa pandai2,tolak hukum Allah dibumi Allah ini?


Kembalilah kepada Allah sahabat sahabatku :)


Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.


Lafaz ini disebut sebanyak dua kali.


Yang mengatakan bahawa kita sebagai umat islam,berikrar,bersumpah bahawa tiada lagi tuhan lain yang kita sembah melainkan Allah.


Bagaimana kita sembah Allah?Ini menyedarkan kita tentang pentingnya solat,dengan solat itu,we talk to Allah.Bukan semua orang dalam dunia ni,ada peluang untuk berhubung dengan Allah melainkan kita umat islam..


Abih tu..Apsal payah sangat,ligat sangat,keras sangat untuk solat?atau bahasa kitanya susah sangat ke nak mayang?


Tiada alasan dah bagi kita untuk tidak solat bila kita mengakui bahawa Allah itu maha besar,Allah yang itu yang menciptakan,dan Allah itu pemilik bumi ni,tempat kita tinggal ni.


So saing saing..kawan kawan...aweks aweks...balak balak....JOM LA SOLAT!!!! tak mati kalau solat..


Tapi,saya ada cara utk awak semua tak perlu solat.


Mudah je cara dia,awak bina bumi awak sendiri,awak cipta udara awak sendiri,Awak hantar balik anggota badan yg awak pinjam dari Allah ni dan buat kaki tangan awak sendiri,awak jgn guna air Allah,wat air sendiri,pahtu,tak mboh solat pun xpe.


Tetapi selagi awak...selagi awak duduk atas bumi Allah,makan,minum,hirup udara Allah rezeki Allah,jangan jadi gong dengan tidak solat.Ni ibarat "sewa" yang perlu wajib awak bayar sebab duduk atas bumi Allah ni.


FAHAM???


Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.


Juga disebut 2 kali lafaz pengakuan kita bahawa kita yakin,Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.


Sebab tu dalam solat,kita ada selawat ke atas nabi.


Nabi Muhammad adalah amat penting bagi kita


Jangan nak hina nabi,jangan nak burukkan nabi.Ada satu kisah manusia yang tak sedar diri,hina nabi,hina janggut nabi,perlekeh tugas nabi secara terbuka di Malaysia.


Nak tahu siapa?


Ahli ahli PEMIKIR cuba tanya Walid,insyAllah walid tahu..Tak pun tanya ummi..Saya tak nak bagitahu .. :) hehe...Kalau tak silap saya,orang yang sama yang menafsirkan " yaa ai yu hal lazi na amanu" sebagai "wahai orang orang ........." haha. :)


Berkenaan Nabi Muhammad,saya nak bagitahu kat kawan kawan saya belaka, Nabi Muhammad sayang kat kita sebagai umat dengan sepenuh hatinya.Saya pernah dengar dari ustaz,bercerita saat wafatnya Rasulullah .InsyALLAH saya cerita dalam N3 saya yang seterusnya keyh.Jadi sayangilah Nabi,ikut ajaran nabi,lawan lawan nabi..kalau ada orang hina nabi,jangan duk tengok je.jangan duk dengar je..bukan nak suruh belasah dia,islam tak ajar kasar2,tapi kalau dah biadap sangat..taw taw r.. :)


Nabi Muhammad adalah teladan kita..Contohi baginda,baginda adalah manusia luar biasa yang real.Ingat N3  saya yang lepas berkenaan "menjadi manusia luar biasa",saya dengan jahilnya mengambil contoh superman,sedangkan Rasulullah itu contoh yang real.Terima kasih abg Munzir kerana menyebut tentang perkara ini.. :)


Marilah mendirikan solat..
Berkenaan solat,di akhir wafatnya Rasulullah,baginda suruh kita solat..Saya cerita di n3 seterusnya k..saat wafatnya Rasulullah.


Sebagaimana saya sebut tadi,solat ini cara kita nak sembah Allah,ada adab dia,tertib,bukan pakai tibang je nak solat macam mana.


Saya pernah sebut dalam kuliah saya di asrama,dan ramai yang kata saya kasar kerana hal ini,sampai ada yang boikot kuliah saya,tidur masa saya bagi tazkirah.Saya nak tegaskan,apa yang saya sebut,ia ada benar dan betul.


Saya bagitahu,Beza antara orang islam dan BERUK adalah solat..


Saya bagitahu,orang yang tidak solat,sama je dengan BERUK,ramai yang melenting.


Tapi tengok kawan kawan,kawan kawan pernah tengok tak beruk solat?Tak sama sekali..Jadi yang tak solat,kenapa marah?


Tapi saya pelik,bila saya menyebut "beza antara orang islam dan orang kafir adalah solat",maknanya saya kata,yang tak solat tu,sama dengan orang kafir,takde pulak yang marah..Maknanya,mereka lebih rela disebut kafir berbanding beruk.


Jalan mudah yang terbaik...Awak semua solat,jangan sama dgn beruk,mahupun orang kafir....boleh?


Marilah menuju kejayaan
Juga disebut 2 kali..


mari kejar kejayaan..mari kejar kejayaan.


Dalam azan,ia suruh kita kejar kejayaan,tapi lepas ia suruh kita solat,ibadah.Jangan duk galok gelenya kita fikir ke kejayaan je,tapi Allah kita lupa..Kena seimbang dunia,akhirat.


Kerjalah..berjayalah..jangan jadi miskin,sebab ia boleh bawa kepada kekufuran.Ada duit pulak,jangan jadi bakhil,guna harta ke jalan Allah.Dan jangan pegang prinsip "Allah terima sedekah kita walaupun seposen"..Kalau awak berjaya,ada berjuta juta,kemudian serah ke jalan Allah seringgit,alasan awak,Allah terima walaupun singgit,asal ikhlas..tu bakhil dah tu..lojik la..dan ikhlaskan diri.Derma harta ke jalan Allah,ikut kemampuan,yang bergaji rendah,derma singgit,yang gaji tinggi,derma 10 inggit...boleh?


Last skali dalam azan sebut sekali lagi :
Allah maha besar allah maha besar,tiada tuhan selain Allah.


Ini utk sekali lagi ingatkan kita yang mudah lupa ni..Melayu mudah lupa,tp islam tak mudah lupa..Mahadhir yang mudah lupa...haha


Ini menunjukkan kita ni kadang kadang lupa,dan perlu sentiasa diingatkan.Azan salah satu cara kita nak ingatkan orang kepada ALLAH.


Ada lagi cara lain..Ini tugas tugas manusia luar biasa untuk ingatkan orang yang terlupa ni..Dan sahabat sahabat dalam PEMIKIR,ia tugas kita semua betul kan?


Elakkan diri kita dari terlupa..Lupa itu bagus,kalau break dengan seseorang(penulis ada pengalamn ngeri itu),cuba utk lupakan dia...kemudian dah lupa,xlah sedih dah..Tapi nak gtaw,kalau kalian lupa Allah,kalian mungkin tak sedih kat dunia..tp di akhirat,meraung mata darah la...hua..hua..hua..


Jadi,setakat ini saya boleh bagi...kalau ada terkasar bahasa,tersilap bicara,penulis minta maaf..Yang baik itu datangnya dari Allah semua sekali,dari A sampai Z....dan yang tak baik,yang hina,yang jijik,yang kotor,yang teruk,itu semua datang dari,mana mana golongan yang melawan Allah,tolak hukum Allah kat Malaysia nih...Nauzubillah..Moga kita tidak berada dalam golongan itu :)

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)