Assalamualaikum dan salam berkasih sayang semua.
Siapa pernah bercinta sila like notes ni..
Siapa pernah dikecewakan komen notes ni..
Dan siapa yang sedang bercinta,baca baik baik notes ini ♥ ♥ ♥.
Berkapel dengan Allah,x syok bunyinya kan?
Kalau berkepel,mesti kita nak berkapel dengan manusia,dengan pasangan yang kita boleh lihat didunia ini dan sebagainya.
Dan bila bercinta,memang perasaan yang sangat bahagia dapat dirasai,penulis tahu,kerna penulis juga PERNAH bercinta dengan manusia.
Tetapi jangan lupa,yang manis,tidak selamanya manis.
Begitulah cinta pada manusia,memang bila bercinta,feel dia,memang bez sangat2,tapi bila dah dikecewakan..Mak ,Hanya Allah yang tahu perasaannya.
Penulis bukan reka cerita,penulis sendiri dah melaluinya tidak sampai sebulan lagi,penulis bercinta buat kali bertama,bila umo 19,memang lupa dunia kejap.bercinta tak cekat nak rak selama 5 bulan,tapi kmudian......(Biar penulis taw).
Pendek kata,penulis kecewa 2 minggu,huhu.Tetapi dengan izin Allah,penulis kmudian tersedar dari lamunan,dari mimpi dunia,pada akhir bulan 12,penulis mengikuti satu program yang diadakan di smk Ibrahim Fikri iaitu kem GERM PEMIKIR,ini bukanlah kem bagi yang frust bercinta,...tidak sama sekali kawan kawan,..ini sebuah program yang mengajak manusia,mengajak peserta untuk mendekatkan diri dengan Allah,untuk mengabdikan diri pada Allah.
Walaupun tidak diungkit sekali pun berkenaan cinta dalam program ni,penulis sebenarnya mendapat pengajaran berguna dari KEM ini,iaitu sekiranya kita bercinta dengan manusia,manusia akan kecewakan kita,tapi bila penulis bercinta dengan Allah,gerenti 100%,Allah tidak akan sama sekali kecewakan penulis.Dengan syarat,penulis setia kpadaNya.
Kawan kawan mungkin tertanya tanya,mana feel kita nak berkapel dengan Allah,nak berhubung pun tak leh,nak msj apatah lagi.kawan kawan silap..Anda silap,dengan Allah paling mudah untuk kita berhubung,tak perlu keluar wang,tidak perlu bazir kredit,hanya dengan solat,kita berhubung dengan Allah.Sebagaimana kata ustazah Fatima Az Zahra dalam satu ceramahnya dahulu,beliau beritahu, "when kita solat,we talk to Allah directly lah".
Haa..begini kawan kawan,bila bercinta dengan Allah,bila rindu,sebutlah nama Allah,solat sunat,zikir,dah la kita dapat lpas rindu,pastu,dapat kiss pulak yakni pahala..Haaaaaaa...untung tu bercinta dengan Allah,takat dengan manusia,kiss dalam tpn Muuuahhh tu,takde nilainya kat akhirat kelak.
Bercinta dengan Allah bawa dunia akhirat kawan kawan,bukan setakat dunia j..Dan INGAT!!!!! kalau manusia marah bila kita curang dalam bercinta,begitu juga Allah,oleh itu,jangan sesekali mencari cinta pada tuhan lain,cintailah hanya Allah sebagai tuhanMu.Bila Allah tahu kita curang(dan sememangnya Allah maha tahu),memang tak dapat lari la kita dari kena hukumannya.
Pisah dengan Aweks,balak di dunia,dapat cari lain nanti,tapi bila dah pisah dengan Allah..dah xde tuhan nak bagi syurga pada kita.
Haaaa..kawan kawan,jadi jom la bercinta dengan Allah,dan InsyAllah,cinta kita akan terbalas.
Kita buktikan cinta kita dengan solat cukup,buat segala suruhannya,tinggalkan larangannya,then Allah balas cinta kita dengan beri 'kiss' yakni pahala..Bez tak bez tak?
Selain itu,untuk serlahkan lagi cinta kita kepada Allah,kita mesti cari lebih ramai kawan kawan kita,untuk turut sama mencintai Allah,bukan nak suruh kawan kawan bermadu,ni nak bagitahu,bila bercinta dengan Allah,tiada istilah madu tu,yakni bila ada orang lain mencintai Allah,si pencinta Allah itu adalah saudara kita..haaa,ini istimewa bercinta dengan Allah taw..
Buktikan lagi cinta kita Pada Allah dengan berjuang untuk agama Allah,kIta tegakkah agama Allah dibumi Ini...tak mustahil kawan kawan...tak mustahil...Jika Iskandar zurkarnain di zaman purba dapat tawan dunia,kenapa tidak kita..Ingat,Allah akan bantu kita...
Jadi,takat ni je la kawan kawan,Azan maghrib bakal berkumandang di tempat penulis,jom la kita sama sama solat,bercakap cakap dengan Allah dalam solat...waaa,xkan timbul fitnah punyalah..
I ♥ YOU ALLAH....
♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥ AllaH...
PS-bagi yang sedang bercinta,teruskan bercinta,tapi moga ingat sampai akhirlah notes saya ini,jika anda kekal hingga k jinjang pelamin,Alhamdulillah(sent kad khawin kat saya tuh),tapi bila dikecewakan..Ingat balik apa yang saya cakap... neh..Love u all ...muuuah,..hahhaaha
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)