Tuesday, February 8, 2011

Bila nak bertaubat??5 minit lagi?bagaimana kalau...

Assalamualaikum dan selamat tahun baru cina kepada yang menYambutnya..

Kita sebagai manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan , manusia diciptakan dengan sifat sifat serta kelemahan yang biasa bagi kita.


Manusia diciptakan selalu lupa,selalu alpa,selalu cuai,dan sebagainya.

Kita kadang kadang lupa untuk solat,mungkin kita anggap itu biasa,tetapi itu sebenarnya kita lupa pada Allah tu..jaga jaga..

Kita selalu lupa ada 2 malaikat yang catitkan amalan baik dan buruk kita,sehinggakan kita selalu buat kejahatan dan abaikan perkara baik.

Kita kadang kadang meminta bantuan secara dengan yang selain dari Allah sedangkan dalam surah Ala Fatihah yang kita baca paling kurang 17 kali sehari itu kita akan menyebut "sesungguhnya hanya pada Engkau yang kami sembah dan kami memohon pertolongan ya Allah".

Banyak lah dosa dosa seharian yang kita buat,tidak bertudung n so on..

Jadi setelah melakukan dosa,adakah patut kita biarkan sahaja?tunggu tua baru nak bertaubat?

Orang kita,melayu la biasanya,bila disuruh bertaubat,akan menjawab

"ala,nanti nanti la aku bertaubat,esok lusa ke,tak pun tunggu tua dulu,kalau bertaubat awal awal nanti buat pula"..

Mungkin kita boleh bertaubat esok,or tunggu tua,tapi bagaimana jika 5 minit dari sekarang kita mati?nak bertaubat macam mana?

Andai kata ada si pelaku dosa membaca entry saya sekarang,then sudah je baca Allah tarik nyawa kamu?kamu tak sempat pun nak tutup aurat,nak mohon ampun pada Allah akan dosa kamu..bagaimana tu?

Kita boleh TANGGUH untuk bertaubat,tapi boleh ke kita TANGGUH masa kematian kita?

Ada ramai di antara kita yang TANGGUH untuk solat,TANGGUH untuk menetup aurat,pakai tudung,katanya nanti nanti bertaubat lah,Allah kan maha pengampun..

Tapi jangan dilupa bahawa Allah tidak akan mengampunkan kamu sekiranya kamu tidak memohon keampunan.

Dan jika kamu mati tanpa sempat memohon keampunan?maka kempunan lah kamu di akhirat kelak,

Bertaubat ni banyak caranya,jika kesalahan kamu itu besar,taubat nasuha lah jawapannya,contoh kamu berbuat maksiat,minum arak,then kamu sedar,wajib kamu taubat nasuha dimana kamu memohobn ampun pada Allah atas kesalahan kamu dan berJANJI tidak akan mengulanginya lagi.

Tetapi,selain itu,cara mudah dan simple untuk bertaubat adalah dengan menyebut "ASTAG FIRULLAAH AL 'ADZIM' berulang kali.dan pada masa yang sama,ketahui maksudnya dan sebutnya dengan ikhlas..

Dimana saja kamu berada(kecuali di toilet,or di tempat maksiat),sebutlah ASTAG FIRULLAAH AL 'ADZIM ' berulang kali,memohon diampunkan Allah.

Selalulah berdoa agar diampunkan dosa,itu pun taubat.

Lepas solat,doalah "ya Allah,ampunkan dosa ku ya Allah" haaa,tak susah nyer..

Jika ikhlas maka insyAllah taubat kamu diterima Allah..

Teringat satu kisah tentang taubat...nanti penulis ceritakan pada entry seterusnya :)  insyAllah ..

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)