Tuesday, February 8, 2011

Kisah Ruben Abu Bakar (jurugambar yang terbuka mata hatinya)




Asslamulaikum dan salam perjuangan rakan rakan.


Hari ini,saya ingin untuk bercerita satu lagi kisah menarik untuk anda.


Ia berkenaan seorang jurugambar yang bernama Ruben.


Ruben tinggal di Australia,dan beliau seorang Ateis..


Ruben dilahirkan dalam keluarga kristian,tetapi kemudian beliau hilang kepercayaan terhadap agama lalu meninggalkan kehidupan beragama.


Kemudian,beberapa peristiwa sedih berlaku padanya,ibu bapanya bercerai dan anjing kesayangannya mati..


Kemudain dia terfikir,adakah hidupnya akan terus begini,jalani kehidupan seperti biasa tanpa ada hala tuju,tanpa ada pegangan.


Ruben kemudian percaya,dia perlu mencari agama,dia menkaji beberapa agama,dan agama pertama yang dikaji beliau adalah kristian,tetapi,kristian tidak menarik hatinya.Kemudian Ruben menkaji buddha,,seterusnya beliau mnkaji agama yahudi,dan akhir sekali beliau menkaji hindu.


Namun begitu,tiada agama yang mampu buat dia tertarik.Dia masih ragu ragu akan agama,tetapi kemudian,dia berjumpa sahabatnya yang beragama kristian.


Sahabat itu bertanya padanya,tentang agama yang dikaji,dia beritahu semuanya dan mangatakan bahawa tiada agama yang mampu buatnya tertarik lagi.

Shabatnya yang beragama kristian tu pukn mencadangkan "Kenapa anda tidak kaji ISLAM?"


Ruben berkata,bahawa dia tidak akan menkaji islam kerna islam itu agama pengganas.


Tapi dengan takdir Allah,keesokkannya,beliau berjalan jalan hingga sampai ke masjid


Di masjid,dia lalu di hadapan orang solat,tika itu hadir seorang muslim memanggilnya .

Dia bimbang akan dibunuh oleh muslim itu,kerana tidak menghormati agama mereka.


Tapi sangkaannya meleset,lelaki muslim itu hanya memanggilnya untuk berbual sahaja.


Dikesempatan ini,dia mula bertanya tentang islam.


Soal jawab berlaku setiap hari dan dia aneh dengan para muslim yang menjawab soalannya,kerna tiap kali bertanya soalan,jawapan yang diberi adalah bukan dari mulut lelaki muslim itu,tetapi para muslimin yang bersoal jawab dengannya menyuruh dia baca jawapan kpada soalannya di dalam Quran.


Dia jemu,lalu kemudian dia berkata;

"Abang abang disini,setiap kali saya tanya,anda jawab guna quran,boleh tak kalau saya nak dengar jawapan dari mulut dan fikiran abg sendiri"

Kemudian lelaki muslim menjawab ,


Kenapa kami harus menjawab dengan akal kami sendiri sedangnya dalam quran Allah sendiri bagi jawpan untuk soalan kamu semua.


Ruben terkesina dengan jawapan itu..Lalu dia sedar.


Kmudian dia mohon untuk membawa balik Quran.

Mereka (orang islam yabg bersoal jawab dgnnya) benarnya.


Dirumah,Ruben sentiasa baca terjermahan quran,,suatu hari,dia berkata,inilah masanya utk dia memluk islam,tetapi dia perlu dahulu sedikit petanda bahawa Allah itu wujud.


Lalu dia berada di tepi tingkap,sambil nyalakan lilin...Lalu dia berkata ,


"Allah,kalau btul engkau ada,tunjukkan aku buktinya"


Dia menunggu api dari lilin itu mnyala kuat,atau terpadam,kalian tahu apa yang berlaku? subhanallah...tiada apa yang berlaku.


Dia kecewa,,tetapi berfikiran positif,detiknya,mungkin Allah sibuk,kemudian dia berkata sekali lagi,


"Allah,ini peluang terakhirmu,buktikan kamu ada"


Kemudian seklai lagi,tiada apa berlaku,Ruben amat kecewa yakni frust..


Katanya,islam dah berakhir bagiku..


Kemudian dia balek satu muka surat Quran lalu terbaca ayat yang bermaksud,


"Bagi sesiapa yang mencari tanda kewujudan Allah,tidak kah kami telah menunjukkan kpadamu,lihat sekelilingmu,lihat bintang,lihat matahari,lahat pada Air,ini lah tanda kewujudan kami bagi orang yang berilmu"

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah:164)

Subhanallah tuan tuan..inilah tanda..Allah itu wujud,Allah itu ada,seorang kafir boleh tahu dan sedar selepas diberi peringatan melalui QUran,tapi umat islam sekarang?renungkanlah :)

Kisah ini ammar adaptasi dari sumber video pengalaman yang diceritakan oleh Ruben sendiri,kalau bahsa ammar kurang tepat,maaf lah,my english is not very good,..huhu,untuk yang lebih jelas...anda boleh search dalam youtube dgn manaip "ruben abu bakr"

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)