Tuesday, February 8, 2011

Kenali malaikat mungkar dan nangkir..sahabat kita dalam kubur :)

Assalamualaikum dan salam menuju alam kubur :) 

penulis gerenti,berani kerat jari la,kita semua pasti akan ke alam kubur dan berjumpa munkar dan nangkir belaka :)  ehe..

Jadi dalam kubur tu,ada yang cakap kita akan duk seorang...ehe,silap sikit tu..kita tak keseorangan...

Kita ada si Ular,si Kala Jengking,dan 2 Malaikat bersama kita iaitu Munkar dan Nangkir..

Bila je kawan kawan kita yang masih hidup kambus kubur kita,belum sempat kita nak rehat rehat,tenang tenang,kita akan didatangi oleh 2 orang malaikat.

Jangan takut dan jangan gentar...tapi kalau x banyak amalan,hidup suka bikin maksiat..memang akan takut dan gentar la..

2 malaikat ini akan tanya soalan pada kita..

Kalau di sekolah,silap jawab cikgu tegur dan baiki..ehe

Tapi kat kubur ni,abg malaikat kita tak baiki dah,tak tegur dah..dia rotan terus...debissss...

Nak bilang pada semua,sekali dia rotan, 70 HASTA kalian termasuk dalam tanah..

Fuhh..

Sakit tu..

Suara malaikat kita ni,bukan semerdu suara penulis (ehe),ia bagai kilat ...groooouuuummmmm...

Dia tanya ,

"Siapa tuhan kamu !!!!!!!?"

Haaa..klau nak exam stpm,nak exam mana mana lah,korang boleh hafal sebelum masuk dewan..

Tapi soalan Malaikat mungkar dan nangkir tak leh dihafal..

Tapi dijawab berdasar amal kita ...

Kalau tak dapat jawab,nak tak nak..kena rotan la kita sampai kiamat..ehe

Tapi bukan semua dia rotan,itu kalau di dunia anda banyak buat dosa dan maksiat la,tapi kalau korang banyak amalan,soalan dapat dijawab , maka mungkar dan nangkir akan bagi hadiah berupa keluasan ruang kubur dan diterangkan kubur kita....

Dan malaikat Mungkar nangkir ni hanyalah jalankan tugas..bersedialah untuk bertemu dengan nya ..

DAN JANGAN MAIN MAIN DENGAN SEKSAANNYA...IA LEBIH TERUK DARI YANG ANDA SANGKAKAN...CUBALAH UNTUK BERAMAL DENGAN BAIK,BARULAH DIA AKAN LAYAN KITA DENGAN BAIK ....
Ini gambar seorng remaja yang diseksa dalam kubur yang dikeluarkan 3 jam selepas mayatnya dikebumikan..baru 3 JAm...

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)