Assalamualaikum dan salam bercuti..
Seperti yang penulis janjikan,akan menceritkan kisah si pendosa yang taubatnya diterima Allah.
Kisahnya bermula.....
Al kisah,di sebuah kampung dinamakan kampung isketambola,ada seorang lelaki yang sangat jahat,dia tidak bekerja,wang yang ada padanya dicuri dari orang kampung,dia merupakan seorang peminum arak yang tegar dan selalu bermaksiat.
Orang orang kampung amat takut padanya,juga amat membencinya.
Bertahun lamanya dia melakukan dosa,berzina,meminum arak dan sebagainya.
Satu malam,dia berjalan jalan dalam keadaan mabuk,melintasi sebuah surau.
Kebetulan itu waktu isya',maka dilaungkan AZAN ...
Lantas timbul di hatinya untuk ke surau dan solat dalam keadaan mabuk dan pening pening.
Tika menghampiri surau,orang kampung melihatnya lalu semuanya melarikan diri.
Melihat pada itu,timbul sedikit rasa sedih di hatinya,orang orang takut padanya dan dia rasa keseorangan.
Dia dengan rahmat ilahi,dia merasa terlalu menyesal dengan tindakannya.
Keesokannya,dia cuba datang ke surau,dan dari jauh dia menjerit,mebngatakan bahawa dia sudah bertaubat dan menyesal dengan tindakannya.
Orang kampung mendengarnya.
Lalu dalam kalangan mereka menjawab,
"Kamu terlalu berdosa untuk memohon keampunan,Allah tidak akan mengampunkan kamu"
Lantas dia menangis mendengar jawapan itu.
dia menghampiri surau lantas semua orang kampung,jemaah meninggalkan surua itu.
Dia keseorangan,lalu dia mengambil wuduk dan ke surau seorang diri.
Dia solat isya',banyak kesalahan dalam solatnya,kemudian datang seorang kanak kanak kecil menghampirinya lantas berkata,
'Pak cik,salah caranya begitu pak cik solat'
Lalu menangislah si pengtaubat itu.
Lantas ditanya lelaki itu pada kanak kanak itu,
'tidak kah adik kakut pada pak cik?"
Kemudian anak kecil itu mnejawab,
"Takut adik hnya pada Allah'
Lantas terus meneruslah lelaki itu menangis.
kemudian diminta oleh lelaki itu untuk mengajarkan dia solat,tetapi kanak kanak itu menyuruhnya menunggu sebentar.
dia berlalu lalu datang 10 minit kemudian bersama seorang lelaki iaitu seorang ustaz di kampungi tu.
Dia menceritakan segalanya,termasuk kata kata orang kampung bahawa dia tidak akan diampunkan.
Lantas ustaz itu berkata bahawa Allah itu maha pengampun..
Jangan dibimbang,dia akan membantu lelaki itu.
Diajarnya lelaki itu cara beribadat dan bertaubat..
Orang orang ampung masih memandang enteng kepada lelaki itu.
Mereka membencinya dan memarahi ustaz yang bersamanya..
Tetapi ustaz tersebut masih menasihatinya,dan memintanya bersabar..
Satu ketika,ustaz itu tidak dapat datang kerana sakit,
lalu si lelaki itu keseorangan di surau,
tika itu,dia menangis dan terus menangis akan dosanya..
Lantas dia kemudian berdoa,
"Ya Allah,aku amat menyesal atas dosaku,ampunkan lah aku,sekiranya kamu tidak mengampunkan aku,sesungguhnya aku tergolong dalam golongan yang rugi.."
Kemudian dia solat sunat taubat...tika sujud akhirnya,dia tidak lagi bangun...dan diambil nyawanya oleh malaikat izrail..
.........
Subuh keesokkannya,para jemaah ke surau untuk solat subuh berjemaah..
Tak kala menghampiri surau,mereka terhidu bauan yang sangat wangi dari dalam surau...
wangian yang teramat sangat ..
Mereka menghampiri surau dan melihat seorang lelaki sujud pada tikar solat..
Sang ustaz turut ada disitu,dia menghampiri lelaki itu,lantas sedarlah bauan wangi itu datang dari lelaki itu.
Ketika cuba mengejtukan lelaki itu,dia tersedar bahawa Allah telah mengambil nyawa lelaki itu..Dia sudah mati..
Dengan izinnya....taubat lelaki itu diterima...Lalu menyesallah orang kampung yang membenci lelaki yang bertaubat itu..
pengajarannya,kita yang selalu ke surau tidak semestinya lebih mulia dari seorang pendosa sekiranya dia bertaubat....... :)
Bertaubatlah...nak tunngu sampai bila ?? !!
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)