Thursday, February 10, 2011

Kisah Siti Masyitah tukang sisir rambut anak firaun tua...

Assalamualakum dan selamat pagi,petang dan malam ..

 Dalam mencari rujukan untuk menulis berkenaan malaikat,tiba tiba teringat satu kisah seorang ahli syurga yang bernama Siti Masyitah

Tika peristiwa sira' mikraj,Nabi Muhammad telah melalui satu kawasan yang harumannya memang lebih wangi dari segala wangian dunia.

Bila ditanya apakah kawasan yang berbau wangi itu,jawabnya malaikat jibrail,tiulah kubur siti masyitah,tukang sisir rambut anak firaun..

Hah...terkejut kita kan?Bgaimna seorang tukarang sisir kepada firaun boleh masuk syurga....begini kisahnya .....


Al kisah,tika satu hari,siti Masyidah menyisir rambut anak firaun seperti selalu,tangannya terlepas sikat di tangan..

Lalu dia pun melatah macam kebanyakan orang,tetapi apa yang dia sebut adalah "Allahuakbar" (Tapi kita biasa sebut ??,kebanyakan yang dalam kain ....katanya cikgu penulis..  )

Anak firaun yang dengar latahan Siti Masyitah tu pun terjekut,dan bertanya,

"Mek Siti weh,apa yang mek sebut tadi masa sikat jatuh,beta dok dengar la...."

Kemudian Siti masyitah pun berkata,

"Tak dop sebut nape nape ea,mek anak firaun ngigau je(mimpi)"

Kemudian anak firaun tu sebut sekali lagi,

"Jange nok kecek nawok gak..kawe dengar tadi,kawe denga mek siti sebut Allahuakbar,gapo tuh??(jangan tipu,saya dengar tadi,saya denganr Siti sebut Allahuakbar tadi..apa maksudnya?)"

Kemudian Siti Masyitah berkata,

"Apa yang ambo sebut tadi adalah Allahuakbar,iaitu Allah maha besar"

Kemudian anak firaun tadi kemudian bertanya,

"Allah tu apa?"

Berkata Siti Masyitah,

"Allah itu tuhanku"

Lalu anak firaun pun berkata,

"Lobong(bohong)...mana ada tuhan lain selain ayah aku,Raja Firaun"

kemudian Siti Masyitah pun jawab,

"Tidak,ayahmu bukanlah tuhan...dia hanya manusia biasa seperti aku'

Lalu anak firaun tadi segera mengadu pada ayahnya,firaun tentang apa yang siti masyitah beritahu..

MURKA lah raja Firaun....lalu dipanggil seluruh keluarga Siti Masyitah mengadap..

"Woi siti masyitah,beta dapat laporan bahawa kamu beritahu,ada tuhan lain selain aku,dan aku bukanlah tuhan...benarkah?"tanya raja firaun

Lalu Siti Masyitah mengeyakan dan berkata,

"benar tuanku"

Lalu Firaun bertitah,

"Engkau DERHAKA  pada ku masyitah...baik engkau menafikan semula,dan berkata,akulah TUHANmu...SEMBAHLAH aku..kalau tidak..kalau tidak...aku bunuh keluargamu!!!!"

Lalu siti masyitah berkeras,dia yakin dia di pihak yang benar,dan dia LAWAN TETAP LAWAN...

"Bunuhlah patih dan keluarga patik,yang pasti...hanya Allah tuhanku "

Kemudian,firaun menitahkan supaya suami siti masyitah dibunuh,dengan dibuang kedalam kuali yang panas...lalu mati...

Kemudian firaun berkata,

"Tengok..itulah kesannya engkau derhaka padaku...nasib anak lelaki engkau pun.. .. anak lelaki engkau pun pun (firaun gagap rupanya) begini jika engkau engkar padaku!!"

Lalu Siti Masyitah berkata,

"HANYA ALLAH TUHANKU!!!"

Kemudian dibuang anaknya hidup hidup ke dalam kuali panas sehingga mati..

Kemudian,tiba giliran anaknya yang masih kecil..

Firaun bertitah,

"Ya Masyitah...akuilah aku TUHANmu...SEMBAH lah aku,maka aku selamatkan anakmu ini"

Naluri seorang ibu menyebabkan Siti Masyitah rasa serba salah,dia ragu ragu..dia terdiam..

Sedetik kmudian,BAYInya yang masih kecil bersuara,

"Ibu.....Engkaulah ibuku dunia akhirat,dan Allahlah tuhan kita dunia akhirat...Allah sahaja tuhan kita yang layak disembah...biarlah kita mati...syurga ganjaran kita" (Anak siti masyitah adalah antara dua bayi yang bisa berkata kata,seorang lagi adalah nabi isa)

Mendengar kata anaknya itu..lalu Siti Masyitah berkata,

"ALLAHUAKBAR!!!HANYA ALLAH TUHANKU"

Lalu dibuang anaknya yang masih kecil itu...matilah ia..

Kemudian Firaun tua sekali lagi bertitah.

"Wahai Masyitah,akulah...."

Belum sempat Firaun bertaka,siti Masyitah berkata ,

"HANYA ALLAH TUHANKU!!!!!"

Murkalah firaun..lalu dititahkan agar Siti Masyitah dibuang juga ke dalam kuasa panas itu..matilah beliau dan seluruh keluarganya kerana MEMPERTAHANKAN AKIDAH NYA...

SITI MASYITAH DAN KELUARGANYA,SEMUANYA SYAHID DEMI PERTAHANKAN AKIDAH..TAPI RAMAI DI ANRATA UMAT MELAYU ISLAM YANG TINGGALKAN ISLAM KERNA WANG,DAN PASANGAN....MALU WEH..

BEGITU JUGA DENGAN KELUARGA SUMAIYYAH...BELIAU MATI DIBUNUH KERNA PERTAHANKAN AKIDAH...

MAMPUKAH KITA MATI DALAM KEADAAN,KITA MASIH BERPEGANG KEPADA AKIDAH KITA...Ashadu an la ilaha illa'llah wa Allah Ashad anna Muhammadan Rasululu'llah!!!!

1 comment:

  1. Maaf... saya pingen tahu nama asli dari masyithah (tukang sisir) itu siapa?
    Trimakaseh...

    ReplyDelete

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)