Assalamualaikum dan salam berfacebook..
Kalian semua...kalian hemsem tak hari ini? kalian menawan tak hari ini?
Ok ... entry ni,berkenaan puji diri sendiri..Tadi di surau,penulis sempat mendengar kuliah dengan tajuknya penulis lupa,tetapi intipati yang disampaikan hari ini,penulis ingin sekali berkongsi dengan sahabat semua.
Kenapa kita tidak boleh puji diri sendiri?
Jawapannya,kerna ia akan menimbulkan rasa sombong dan angkuh pada diri kita..
Boleh ke kita sebagai HAMBA Allah nak sombong dan angkuh?
Tidak sama sekali kawan kawan..
Sesungguhnya sombong dan angkuh itu,hanya layak untuk Allah kerna sabda nabi Muhammad Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiga orang yang tidak ditanya mengenai mereka : Seorang lelaki yang meninggalkan jemaah, menderhakai imamnya dan mati sebagai penderhaka. Seorang hamba lelaki atau wanita yang lari lalu mati. Seorang wanita yang ketiadaan suaminya di rumah padahal suaminya telah mencukupkan kepadanya belanja dunia lalu ia berhias selepas ketiadaan suaminya di rumah. Maka mereka tidak ditanya. Dan tiga orang yang tidak ditanya mengenai mereka iaitu: Seorang lelaki yang merebut pakaian Allah kerana pakaian Allah ialah kesombongan dan kainnya ialah kemuliaan. Dan seorang lelaki yang ragu mengenai urusan Allah dan putus asa dari rahmat Allah.” [al-Bukhari, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu Abi ‘Ashim dan Ibnu Asakir]
Jadi kita ni,yang hanya manusia kerdil,tak layak untuk sombong dan angkuh..
Dan sifat ini lahir apabila kita puji diri sendiri..
Apa hukum puji diri sendiri?
Haram adik kakak...
Kita ke surau hari ini,dan beritahu kat kawan2
"ouwh...aku alim sekali dalam antara kita,aku gi surau tadi"
Haaaaaa...
Ini salah tuan puan..
PUjian hanya layak untuk Allah dan pujian untuk diri sendiri akan memakan diri sendiri.
Tapi bagaiman jika orang lain puji kita?
Ini lain kawan kawan,kalau orang yang puji kita,xkan kita nak halang,haramkan mereka puji kita,tetapi selepas dipuji,sebaiknya ucapkanlah "Alhamdulillah" yakni segala puji tu,hanya untuk Allah,dan tak layak untuk aku..
Penulis tahu,ramai orang suka dipuji,penulis sendiri pun,kalau dipuji,makin besar lubang hidung,kadang kadang segan tapi nak lagi,ehe..Tambah tambah lagi yang puji tu bukan orang lelaki...lagi syok rasa,tetapi sedar tak sedar,difikirkan semula...memang pujian itu..TIDAK LAYAK LANGSUNG BAGI AKU YANG HINA LAGI TAK RETI APA2 ni..
Jadi,jika orang puji,cubalah untuk amalkan menyebut "Alhamdulillah" agar perasaan sombong dapat dihindari.
Penulis ingat satu ceramah ustaz Azhar,beliau berkata,orang yang suka dipuji,akan mudah ditipu..bagaimana yea..?
Cuba kalian buat eksperimen tengok,ada atau tidak kawan kawan kalian suka dipuji...dan kemaruk dipuji mudah ditipu atau tidak..begini caranya,
Kalian puji banyak sikit kawan kalian,kemudian suruh dia belanja makan..Kalau dia belanja..okeyh,kalian jgn bimbang bila dah takde fulus nanti..DITANGGUNG...haha
Mula mula,suruh belanja roti canai dulu,kemudian roti telur...tak lama nasi...beress
Kawan kawan sekaliaan..
Cuba la..untuk mengelakkan perasaan ingin dipuji,beramal ibadah dengan ikhlas,berjuang dengan ikhlas..InsyAllah,tanpa kalian mahu pun,akan ada yang berkata baik tentang kalian...cuba ikhlaskan diri,agar PERASAAN SOMBONG TIDAK HADIR DALAM HATI KITA KERNA PERASAAN SOMBONG INI,BISA MELEMAHKAN IMAN KITA..."
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)