Sunday, February 13, 2011

Maulud Nabi...korang ikut mazhad mana??ehe

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Esok tanggal 12 rabiulawal 1432 hijrah..Ulang tahun kelahiran Nabi kecintaan umat,maka esok penuh lah dalam TV dan berita,ramai rakyat yang berarak (cam berdemontrasi je) untuk meraikan maulud nabi..

Najib pun akan berarak...Rosmah pun akan berarak..,Rais Yatim pun akan berarak...Rosnah mat Aris pun berarak,banduan dalam penajra pun berarak,Husni mubarak pun berarak dulu,Taib mahmud pun berarak..Ariel peterpen pun berarak dulu,

Tapi Tok Guru Nik Aziz je tak berarak....apa punya ulama lah..ulama tak sayang nabi ke??

Hahahaha...

Pernah heboh dikatakan bila TOK Guru Nik Aziz tolak maulud nabi,tuduh TGNA wahabi dan sebagainya..

Tapi ana nak timbulkan beberapa soalan kepada kallian yng sudah gosok baju melayu untuk esok hari,

:wujudkah hukum mengenai perarakan ataupun menyambut kelahiran Nabi Muhammad??

Ana tolong jawab la soalan ini yea

:tiada nas atau dalil dari sumber perundangan Islam iaitu Al-Qur'an dan Sunnah nabi menyatakan mengenai menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad.

Tidak pernah disuruh untuk membuat apa-apa perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad malah tiada ayat Al-Qur'an ataupun Hadith nabi baik ianya sahih, baik, ataupun lemah yang menceritakan tentang sambutan hari kelahiran Nabi.

Perayaan ini juga tidak pernah disambut maupun diamalkan oleh para sahabah dan pengikut para sahabah (tabi'in) Rasulullah.

Perayaan ini juga tidak disuruh maupun dilakukan oleh Imam Muktabar dari Mazhab-Mazhab Ahlu Sunnah seperti Imam Malik, Hanafi, Ahmad, Syafi'e, Al-Thabbari, Al-Thauri, Hassan Al-Basri dan laini-lain.

JADI,BILA MAULUD NABI NI WUJUD..??

Ni pun mudah jawapannya,ia wujud di zaman pemerintahan abbasiyah....YANG DITIRU DARI ORANG KRISTIAN YANG MENYAMBUT HARI KELAHIRAN NABI ISA.... (Anda tolak velentine kan??tu dari kristian..ni pun tiru gak)

Dari segi hukum sudah jelas akan tiadanya sumber yang boleh kita gunakan untuk mengatakan sambutan Maulid Nabi itu wajib maupun sunat.

Untuk jadi wajib, mesti adanya dalil atau bukti yang jelas dan kukuh dari Al-Qur'an atau Sunnah nabi.

Untuk jadi sunat sekurang-kurangnya adanya dalil yang menuntut ianya dilakukan samaada dalil dari Qur'an maupun Sunnah.

Jadi, apakah HUKUM kita hendak mengatakan mesti menyambut hari kelahiran Nabi atau menjadi perkara SUNAT untuk menyambut hari kelahiran nabi?pandai2 je ea...

Ramai yang berkata bahawa mengingati nabi itu satu kewajiban? jadi ana nak tanya ada tak hadis atau nas quran yang mengatakan bahawa  "berselawatlah keatas Nabi Muhammad pada hari kelahiran Baginda"?

Kita disuruh untuk mengingati Nabi dengan mengingati sejarah hidup baginda, mencontohi akhlaq baginda, mengingati suruhan baginda dan menjadikan hidup kita seperti kita ini adalah bayang-bayang baginda iaitu memastikan setiap perilaku kita mencontohi perilaku Baginda.

Bukan dengan hanya satu perayaan seperti orang Kristien maupun Yahudi yang menyambut hari-hari kelahiran Nabi tetapi menipu agama mereka dengan menukar dan menokok tambah ajaran Islam yang dibawa Nabi-Nabi terdahulu.

Cam kita sambut maulud,bikan pesta atas nama agama,tapi ajaran nabi kita tak ikut...hipokritnya kita...

Jadi tiada suruhan pun yang suruh kita menyambut maulud nabi..ana bukanlah orang yang banyak ilmu dan kuat agama,tapi ini bukan hujjah ana...RAMAI CENDIAKAWAN islam turut menolak maulud nabi...

Dalam perarakan ni lah,wujud satu perkara HARAM iaitu PEMBAZIRAN..

bILA BERARAK TU,SEPOSEN JE KE KELUAR DUIT??HAHA

Duit itu yang sebaiknya digunakan untuk sebar islam,untuk anak yatim,ibu tunggal dan repair masji2 rosak....itu yang ada manfaatnya ...

Mungkin ada yang cakap "MUAMMAR NI TAK SAYANG NABI..MAULUD NABI PUN DIA TAK NAK IKUT,ENGKAR...DURHAKA..DURHAKA !!!,DARIPADA MAIN FB 24 JAM,BAIK PI IKUT ORANG BERARAK"

ehe..

Nak bilang pada kalian..

Kalau lah perarakan tu cara untuk tunjuk CINTA pada nabi..

Ana nak menjerik sampai keluar anak tekak bahawa ana akan keluar berarak skrg jugak..tak perlu tunggu ESOK...

Tetapi!!!!!


Sebelum kalian nak kutuk ana,ana nak saran...

jika kalian cintakan nabi,

beramanahlah pada tugas kalian dalam kerja, jangan tamakkan harta, bersedekahlah pada yang memerlukan, beribadatlah di waktu malam, dirikan undang-undang Islam, jauhkan riba, berbuat baik pada manusia baik Muslim atau bukan Muslim, kajilah sunnah nabi, berlembut dengan saudara Muslim, bekerja untuk memanggil manusia pada Islam dan lain-lain lagi dari ajaran nabi.

IKUT AJARAN NABI LEBIH PENTING DARI BERARAK LA BEB.....

Tapi kalau kalian nak berarak juga esok...silakan..ana tak halang pun....ana ada cara lain untuk melahirkan kecintaan pada Nabi... :)

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)