Friday, December 27, 2013

Kisah hebat Imam Bukhari (emotional)

Imam Bukhari telah keluar dari kampungnya bila ramai orang termasuk gurunya menyangka beliau telah sesat dan gurunya tidak membenarkan anak muridnya yg lain menghadiri kuliahnya , dan beliau sampai disatu negeri,gabenornya adik pada sang gurunya juga menghalang beliau memberi kuliah , sehingga kemudian,beliau buat satu permintaan pada sang gabenor untuk menulis surat kepada dirinya bahawa dia dilarang memberi kuliah.

Lantas ditanya kenapa beliau mahukan surat sebegitu, jawab imam Bukhari ,

"Untuk pada hari kiamat kelak kalau Allah tnya kenapa engkau tidak menyampaikan ilmu,maka aku akan menjawab kerana aku telah diberikan surat oleh Gabenor untuk tidak menyampaikan ilmu hadis oleh gabenor"

T_T

Monday, December 23, 2013

Copyright dalam dakwah..

Aku kadang kadang menulis, bila memerlukan fakta yg tepat seperti hadis mahupun ayat Quran,aku google je,tapi terkilan ada blog yg menyekat untuk di'copy paste' dari laman mereka walaupun mereka mendakwa menulis untuk tujuan dakwah. Tulis lagi kat bawah blog "Hak Cipta Terpelihara" Puiii.

Dakwah ada copyright ke? ni dakwah ke meniaga? Kalian menulis kerana nama atau kerana Allah?

Tidak sewajarnya ada copyright dalam Dakwah!

Cuma adab menulis, kalau kita ambil tulisan/idea orang, beri perhargaan paling kurang letak pada bahagian "reference" ,tapi kena tahu,dakwah itu tidak tersebar jika sentiasa ada "copyright" ..

Dakwah Mus'ab Bin Umair :Pengajaran buat para dai'e

"Sa’ad bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah sebagai ketua kaum Aws. Dia datang dengan marah ketika Mus’ab bin Umair sedang menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja, dia terus menarik baju Mus’ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus’ab. Dia menyuruh Mus’ab menghentikan usaha dakwah.

Mus’ab tidak melenting atau menentang. Kata Mus’ab:

“Apa kata kau duduk dahulu dan mendengar apa yang aku hendak katakan? Kemudian jika kau suka, kau boleh ikuti. Jika kau tidak suka, maka aku boleh pergi”

Kelembutan Mus’ab dan ketenangannya, membuatkan hati Sa’ad bin Muaz lembut. Apabila dia mendengar kata-kata Mus’ab, ceramah Mus’ab dan Islam yang Mus’ab sampaikan, Sa’ad bangun. Dia berkata kepada Mus’ab:

“Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya?”

Perempuan gila dan Nabi

Ada seorang perempuan gila pergi jumpa Nabi, beliau minta pada Nabi, supaya doa kepada Allah,agar penyakit dia sembuh.

Nabi cakap,kalau mu sabar dengan penyakit ni,aku jamin mu surga,kalau mu nak aku doa dan kamu sembuh,maka surga aku tak jamin.

Lalu perempuan gila itu pun cakap "Kalau macam tu aku sabar sahajalah,biar lah gila pun asal masuk syurga"..

Kemudian dia cakap pada nabi,time dia menggila, kain dia tercabut dan aurat dia terdedah,jadi dia minta pada nabi agar berdoa pada Allah,paling kurang time sakit dia datang,mohon Allah jaga aurat dia..

Lalu nabi bersetuju..Dan aurat beliau tidak terdedah.

Pengajaran..

Orang gila,yang sebenarnya tidak ada kewajiban menutup aurat buat dia, tetap rasa malu dan mahu auratnya dijaga Allah, sedang kita,yang tidak gila sentiasa mendedahkan aurat.. Apakah masih tidak merasa malu?

Jarum halus Snouck Hurgronje

Peminat subjek sejarah akan kenal satu nama seorang penjajah Belanda bernama Snouck Hurgronje.. Tapi namanya tidaklah begitu disebut sebut dalam buku sejarah kita sebab dia merupakan penjajah di Indonesia,bukan tanah melayu ,Tapi tahukah kalian dia telah melakukan jenayah paling besar terhadap pemikiran umat islam nusantara hari ini.

Apa dia buat?

Dialah yang menyarankan kepada org dulu dulu supaya pertahankan budaya dan adat yg diwarisi nenek moyang sehinggakan masyarakat kita sangat mengagungkan tradisi nenek moyang walaupun ia kepercayaan karut,khurafat dan sebagainya.

Dia kaji islam dan memeluk agama islam semata mata untuk hancurkan islam..Nampak jarum halus dia?

PS-Jangan ditanya sumber aku sebab aku sendiri lupa mana sumber aku.Yang pasti aku pernah baca mengenainya.Tapi kalau salah cikgu2 sejarah boleh betulkan.. huhu

Hormat azan

Hormat azan bukanlah dengan tidak bercakap ketika azan, tapi segera solat bila dengar azan ..

Jenazah tak berat kalau baring ketika azan, tapi jadi berat nanang kalau baring (tidor) dari mula azan hingga habis waktu masih tidak solat ..

Hadis palsu tentang bercakap ketika azan

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”

Diatas adalah satu hadis/kenyataan yang direka reka (PALSU) dan tidak ada dalil untuk menyokongnya. Bahkan ada riwayat menyebut baginda Rasulullah juga bercakap ketika azan.

Benar ada beberapa pendapat yg memberikan hukum "Makhruh,tapi diperbolehkan" , namun sama sekali tidak ada menyebut "Allah kelukan lidahnya" dan mengharamkan perbuatan tersebut.

Wallaualam.

Wednesday, December 11, 2013

Cerpen : “Kini Aku Peduli”

Akmal,,pemuda berusia 27 tahun,seorang pegawai pemasaran disebuah syarikat terkemuka,mempunyai seorang isteri dan memiliki sebuah rumah di Kemaman. Akmal seorang yang gigih mencari rezeki dan bekerja kuat,beliau sangat bertanggungjawab kepada keluarganya,setiap bulan dihantar kepada ibu bapanya wang saraan dan isterinya sentiasa diberi wang untuk dibelanjakan.

Akmal memiliki segala galanya, kehidupannya senang dan tidak mengharapkan bantuan orang,dia juga tidak suka menyusahkan orang lain dan pada masa yang sama,dia tidak suka menyusahkan diri kerana orang lain.

Setiap hari,diwaktu lapang beliau melayari internet, log in akaun facebooknya dan mendapatkan berita dan cerita dari internet.

Satu hari,beliau terlihat satu gambar yang dikongsikan sahabatnya dari pages Aqsa Syarif,meminta umat islam membayar hutang mereka kepada rakyat Palestin,yang sekarang ditekan oleh Israel, dan melihat juga gambar rakyat syria yang kebuluran,ditindas oleh rejim Bassar al Assad,kelihatan di caption gambar mengharapkan bantuan insan yang sudi menghulurkan bantuan kewangan.

"Ah,sikit sikit minta derma,ingat mudah ke aku usaha keras cari duit hari hari,nak bagi kat depa" , bentak hati Akmal, dia kurang selesa bila datang kepadanya orang yang meminta bantuan, baginya, duitnya adalah miliknya,kenapa harus dikongsikan bersama.Allah bagi tulang 4 kerat untuk bekerja,yang malas,rasakan penangannya.

Akmal mengabaikan segala pos tentang Palestin dan Syria,dan dia meneruskan hidupnya seperti biasa. Baginya, kenapa perlu peduli mereka yang jauh disana, lebih baik dibantu keluarganya yang berada dekat dengannya, lebih afdal menurutnya.

Satu hari, Akmal di datangi seorang aktivis Palestin,diceritakan kepada Akmal,rakyat palestin kita terdesak,mereka dikepung kiri dan kanan dan tiada bekalan makanan, sumbangan dari kita diperlukan untuk meringankan penderitaan mereka.Akmal tidak memandang ke arah mata aktivis itu,sekadar mendengar sambil bermain game di Iphone 5 nya, bila saat dihulurkan balang derma, Akmal cakap "Sorry bang,takde duit kecil,lain kali deh,insyAllah"..

Aktivis itu berkata, "Eh bang,duit besar pun takpe, tak kan nak bagi duit kecil je,bantu saudara seagama kita di sana tu".

Akmal terpukul dengan kata kata aktivis itu,mahu tak mahu,kerana malu dia menghulurkan RM5 ke dalam tabung itu,lalu berlalu.

Bisik hati aktivis itu "RM5 duit besar,mesti miskin orang ini,baik hatinya sanggup berkorban demi saudara di Palestin" , dia kemudian berkata "Moga murah rezeki bang" .. Akmal jeling,lalu menjawab dalam hati "rezeki aku ko dah kebas lah" ..

Aktivis itu mendoakan kesejahteraan Akmal,dan dia berlalu pergi.

Malam itu,Akmal tak lena tidur, dia tertanya tanya,kenapa diberi RM5 sedangkan dia ada RM3 dalam poketnya, bukan kah dah rugi RM2 disitu.Akmal terus memikirkan kehilangan yang dia rasainya,sehingga isterinya perasan lalu bertanya "Kenapa gelisah je bang?" , jawabnya, "takde apa apa, duit abg hilang tadi"

Isterinya terkejut, "Bagaimana boleh hilang bang? banyak ke?"

Beliau menjawab "RM5" ,kemudian sunyi.. Tiada kedengaran bunyi, Apakah isterinya juga terkejut,lantas tidak bisa bersuara,dia berpaling ke arah isterinya,rupanya sudah bungkus dan tertidur."CISS" , bentak Akmal dalam hati..Lalu dia pun cuba tidur,akhirnya terlelap...

Paginya,hujan turun dengan lebat,dan Akmal terlena sehingga jam 9.21 pagi,cepat cepat dia berwuduk dan Qada' solat subuh,dia memohon ampun pada tuhan kerana kelewatannya,Akmal di satu sudut,tidak pernah mengabaikan solatnya,baginya kejayaan sebenar adalah bilamana dia sendiri menuju ke arah kejayaan bila diseru oleh bilal,solatlah dia,berdoalah dia agar dosanya diampunkan,dan rezekinya dimurahkan.

Sesudah solat,hujan masih tidak berhenti,syukurlah hari tersebut hari jumaat, jadi beliau cuti dan tidak perlu ke tempat kerja, lalu sesudah solat,beliau buka laptopnya untuk menyambung cerita Running Man episod 174,dalam hujan yang lebat itu,beliau menonton rancangan dari Korea Selatan itu.

Hari semakin gelap,dan malam pun menjelma,hujan masih tidak berhenti.Akmal tidak bimbang,rumahnya dikawasan tinggi,mana mungkin banjir naik air,bekalan makanannya cukup untuk sebulan,makanya dia meneruskan menonton drama jepun pula, "Great Teacher Onizawa",sehingga jam 11,beliau terlelap.

Tidak lama selepas terlelap,isteri beliau mengejutkan beliau,

"Bang..Bang,bangun bang,air naik ni"

Akmal masih dalam keadaan mengantuk,dia menarik selimutnya..Lalu sang isteri menjerit "Bang bangun,subuh dah" ,terus Akmal bangun dan melihat ke arah jamnya, "4 pagi" - "Weh,subuh tengorak hang jam 4 pagi,ingat ni Bandung ke?"

Isteri Akmal ketawa kecil, "Sorry mas,terpaksa menipu,umah kita dinaikin air mas" , gurau isterinya dalam Bahasa Indonesia, isteri yang cerdik tidak panik dalam situasi cemas ini, katanya "Keep Calm and troll your husband".

Hah? Mana mungkin itu.. AKmal terkejut,beliau keluar rumah dan lihat air semakin naik,kawasan depan rumahnya tenggelam,isterinya terus berkata sesuatu dalam nada humor "Allahuakbar bang,sebab tu air naik,Allah kata "Kun" je, terus "Fayakun" , Akmal rasa nak tumbuk je isterinya. Tapi sebab isterinya cantik,tak jadi.

Akmal panik,dia mengarahkan barang keperluan disimpan di tempat yang tinggi,dia yakin.. air tidak akan sampai.. Lalu dipunggah segala barang ke loteng..Usai pindah,dia senyum.. "Alhamdulillah,kita selamat, rumah kita kan besar dan tinggi,air mana boleh tenggelamkan semuanya" , isterinya balas "Jangan takabur bang" dengan nada bergurau juga,tapi disebabkan dia sudah rasa selamat, dia gelak.. hahaha..

Jam 6 pagi,hujan masih tidak berhenti dan kini,air sudah naik ke aras 2 rumahnya,tingkat pertama sudah tenggelam dan Akmal mula bimbang,lagi1 jam jika hujan tidak berhenti,maka tenggelamlah rumahnya, dengan air yang memasuki rumahnya, Akmal solat subuh di loteng,usai solat,beliau naik ke atap dan menjerit dengan perasaan yang berat,

"Tolong...tolong,kami terperangkap" , kebetulan bot penyelamat dari melalui kawasan rumahnya, dia merasakan bot itu akan ke arahnya, namun ternyata,pekikan Akmal tidak didengari, lantas bot itu meninggalkan mereka, Akmal cemas. Dia masuk kembali ke loteng dan hujan masih tidak mahu berhenti menodai tanah di bumi, 30 minit berlalu , air memasuki loteng, isterinya yang selalu ceria,masih tersenyum namun bibirnya mengeletar kesejukan, Akmal sedikit terkesan dengan sikap isterinya,masih gagah melontarkan senyuman tak kala ditimpa musibah,teringat kata kata sahabatnya, Bro Sufi, “Hidup ini ibarat roda,sekali di atas,dan sekali dibawah,insan yang hebat adalah yang mampu tersenyum dalam kedua dua situasi”, ternyata isterinya hebat. Senyuman isteri dijadikan motivasi,beliau sekali lagi kea rah bumbung rumah dan mengambil kain untuk dibuat bendera, beliau memekik meminta pertolongan. 20 minit berlalu,masih tidak sampai pertolongan, jam menunjukkan 1.03 petang,maknanya waktu zohor telah masuk,lantas berbekalkan air banjir beliau mengambil wuduk dan solat, usai solat beliau berdoa,dan segala pengharapan kita beliau serahkan kepada tuhan. Beliau tidak sanggup membayangkan wajah isterinya sekiranya pertolongan masih belum sampai.

Seminit kemudian, kedengaran bunyi enjin bot, kearahnya, dan berhenti betul betul dihadapannya, Akmal terkedu lantas sujud kesyukuran, dia teringat ayat ke 13 dalam surah Ar-Rahman, “Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang mahu kamu dustakan?” , dengan linangan air mata kesyukuran,beliau berlari ke loteng untuk mendapatkan isterinya, dia melihat separuh badan isterinya tenggelam dan barangan bekalannya semuanya sudah tenggelam,Akmal mengangkat isterinya yang sudah lemah ke dalam bot,dan mereka menuju ke pusat perpindahan mangsa banjir.

Dalam bot,Akmal bertanya kepada isterinya “Awak ok ke tak ni?” jawab isterinya “Asal kamu disisi, bukan banjir besar, tsunami pun saya ok” , mereka gelak bersama, petugas yang pandu bot cukup menyampah dengan dua pasangan itu,tapi…Mereka peduli apa,cemburu semata.

Sesampai di pusat perpindahan , Akmal terkejut dengan jumlah orang disana,penuh dengan manusia, dia mencari tempat yang kosong,dan kesana bersama isterinya.

Beberapa jam dipusat perpindahan,Akmal mula kelaparan, dia bertanya petugas samada ada atau tidak makanan untuk mereka suami isteri mengalas perut,malangnya tiada bekalan makanan kerana perhubungan terputus saat ini, Akmal tidak berputus asa, dia merayau rayau ke sekitar pusat perpindahan jika ada yang punyai bekalan , paling kurang sedikit buat isterinya.

Lalu kemudian, bahu dia ditepuk dari belakang, “Assalamualaikum bang,jadi mangsa juga ke?” , Akmal menjawab salam itu dan menoleh ke belakang, rupanya itu aktivis Palestin yang dia dermakan RM5 hari tu, jawab Akmal “Iye dik, rumah abg pun tenggelam,sekarang abang cari sedikit makanan untuk isteri”.

Aktivis Palestin itu menjawab “Ujian bang,rakyat Palestin kena lagi teruk dari kita, ini bang,sedikit roti yang saya bawa dari rumah,mungkin rezeki abg” .

Akmal terharu, jarang sekali beliau mengambil barangan dari orang lain,namun demi isterinya,dia mengambilnya dan mengucapkan terima kasih kepada aktivis itu. Lalu dia berlalu ke arah isterinya.

Sambil memakan roti yang ada,dan menyuapkan kepada sang Isteri, kepala Akmal kini terfikir fikirkan sesuatu, dia yakin tidak ada yang berlaku jika bukan ketentuan tuhan, dia memikirkan apa yang tuhan mahu beritahu dirinya,lantas dia teringat saat dia tidak peduli akan nasib rakyat Palestin dan Syria, dan hari itu,dia berada dalam situasi yang hamper sama, fikirnya “Apa akan jadi kepadanya jika semua orang berfikiran seperti aku dulunya,yang tidak peduli akan kesusahan saudara seagama disana,tentu sahaja aku akan kebuluran,dan isteriku janda”.

Akmal insaf dan sedar,dia bersyukur pada tuhan, dirinya diberi petunjuk sebelum ajal mendatang, lalu dia membisikkan kepada isterinya “Nanti keadaan pulih kita daftar menjadi Aqsa Syarif dan bantu rakyat Palestin deh” , isterinya senyum,cuba untuk troll suaminya namun linangan air mata terlebih dahulu menutup mulutnya..

Thursday, December 5, 2013

Rukhsah yang diabaikan II : Jamak sebab Sakit dan Hajat.



Rukhsah berkenaan jamak , bukan sahaja disebabkan faktor hujan sebagaimana post semalam sebaliknya ada 2 lain faktor lain yang membolehkan kita jamak iaitu disebabkan sakit mahupun disebabkan hajat.

Jamak disebabkan sakit boleh dilakukan sekiranya sakit itu tenat dan berat bagi mereka untuk menunaikan solat fardhu. Jadi paling kurang,pesakit tidak akan tertunggu tunggu masuk waktu dan boleh mendapatkan rehat yang secukupnya.

Jamak disebabkan hajat pula diberikan kepada doktor yang sedang melakukan pembedahan selama berjam jam, ataupun orang yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama berjam jam sehinggakan sukar untuk lari dari kesesakan itu.Begitu juga untuk banduan dalam penjara yang tidak dapat menentukan masuk waktu. Akhir sekali adalah pengawal keselamatan yang tidak dapat meninggalkan kawasan jagaannnya yang KRITIKAL dengan suasana ketika itu.

Wednesday, December 4, 2013

Rukhsah yang diabaikan : Jamak ketika hujan

Aku ada baca buku ramadan lalu, bertajuk 'Fikah Luar Negara' oleh DrMazlee Malek, antara yang dibincangkan adalah soal jarak solat Qasar (percaya tak 16km dah boleh qasar?) , tentang Koshe ,makanan sembelihan yahudi yang halal dan juga yang menarik, berkenaan jamak ketika hujan.Kebetulan kita di musim hujan,saya ingin kongsikan perihal 'jamak ketika hujan'.

Memandangkan ramai antara friends list aku adalah bermazhab Shafie,maka aku hanya berikan menurut pandangan shafie.

Menurut mazhab yang majoriti rakyat Malaysia anuti ini, adalah harus untuk kita jamak solat ketika hujan iaitu zohor + asar , dan maghrib + isya'..

Dalil? Ada hadis sahih mengatakan nabi solat jamak zohor dan asar di madinah tanpa baginda dalam keadaan musafir (ada menambah 'dalam keadaan takut)

Mazhab shafie hanya benarkan utk jamak taqdim,iaitu solat permulaan adalah zohor dan maghrib.

Dan syarat syaratnya adalah:

Pertama : Hujan ada time takbiratul ihram pertama dan kedua,dan ketika salam kedua.

Kedua : UNTUK YANG BERJEMAAH DI MASJID SAHAJA! (mazhab hambali berpendapat lebih luas)

So,selamat beramal.. Ingat, Islam itu mudah Jangan dipersulitkan..

PS- Ingat.. jamak TANPA qasar deh.. Jangan pandai2 qasar pula

Friday, November 22, 2013

Ibrah dari 2 perjalanan..

Aktiviti seawal pagi tadi akan mendaki Bukit Bauk,perjalanan yang memakan masa 1 jam,dan sangat meletihkan,bukitnya menegak selepas separuh perjalanan sangat menyukarkan.. Saat keletihan di paras paling tinggi,saat tu lah terdetik dalam hati :

"Inilah benda paling penat aku buat sepanjang hidup ni"

Kemudian aku imbas kembali Mukayyam di Jeram Penitir,Kemaman pada 29/09/2013, kira kira 2 bulan yang lalu, perjalanan dari tepi jalan raya tempat kami ditinggalkan sehingga ke tapak perkemahan, memakan masa 4 JAM , terutamanya perjalanan balik di tengah matahari panas,jalan berbatu dan penghujungnya hanya fatamorgana sehinggalah perjalanan berakhir jam 1 tengahari.. Saat tu,aku fikir dalam hati juga,bahawa perjalanan itulah yang paling letih dalam hidup aku..


Pun begitu,dalam kedua perjalanan ini, kaki tetap melangkah menuju ke depan walau peluh mengalir hingga ke titisan terakhir..

Bila aku gabungkan kedua pengalaman ini,aku berjaya simpulkan satu pengajaran berguna, saat kita menghadapi masalah,dugaan,cabaran mahupun kesukaran dalam hidup, jangan sesekali mengalah,walaupun kita rasa teramat sukar untuk melaluinya, sebab bilamana tiba saat kita berjaya mengatasi masalah itu, kita sendiri akan lupa akan kesukaran itu,bahkan bila datang musibah lain, mungkin yg lebih kecil berbanding cabaran sebelumnya,kita akan rasa yg kecil ini lebih berat cubaannya,kerana apa?

Kerana kita sedang melaluinya.. Kita akan rasa itulah paling susah,tapi yakinlah pada tuhan,jika kita tetap teguh berjalan,insyAllah.. Bila kaki kita membuka langkah terakhir,melepasi masalah itu.. Kita akan lupa akannya.. Dan kita mampu kembali tertawa,melihat gelagat kucing yang kecewa..

Pun begitu,kedua pengalaman aku diatas,adalah sesuatu yang aku akan sentiasa hargai kenikmatannya, perjalanan untuk mencari redha Ilahi,disamping mendapatkan tubuh yang sihat..

PS-Pasang niat, sebulan sekali naik insyAllah

Wednesday, November 20, 2013

Teladani Ahmad Ammar..

Aku baca kisah Ammar yang syahid di syria, mulanya menyangka ia spread dalam facebook sahaja sehinggalah hari ni, cerita tentang beliau disebut sebut di dalam kelas..

Beliau adalah contoh teladan yang baik , sepatutnya boleh jadi batu loncatan buat kita yang sebelum ini tidak pasang niat utk "Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina" , boleh lah berbuat demikian..

Kita sewajarnya jangan jadikan kisah ini sebagai satu kisah yang kita kagumi,tapi tidak mahu contohi, ia tidak beri kesan kepada beliau,tapi kalau dengan kisah beliau,kita contohi beliau,tentu sahaja pahala berterusan buat beliau insyAllah kerana beliau yg "mengajar" kita erti perjuangan..

Kita tidak perlulah mengatakan "umur beliau 20 dah syahid dan aku masih tak kemana" , sebab jelas kita tidak akan kemana hanya dengan mengeluh sedemikian.. Mulakan langkah pertama utk mcontohi beliau..

Bagaimana?

Usrah.. saya yakin beliau adalah seorang yang mengikuti usrah, dari usrah pergi kepada kefahaman dan insyAllah,dari kefahaman akan pergi kepada amal..

Tapi usrah sahaja tidak cukup, kita perlu ada org disekeliling untuk mendidik dan tarbiyah kita, maka langkah kedua adalah sertai gerakan dakwah,sebagaimana beliau menyertai ABIM.. Dan kita banyak pilihan lain lagi,asalkan ia membawa islam sbg dasar perjuangannya ,cuma saya sarankan selain daripada ISMA.. yg lain insyAllah boleh :)

Friday, November 15, 2013

Sikap kita terhadap pengamal LGBT..


Amalan seks songsang sememangnya sangat dilarang dan diharamkan oleh islam. Tidak ada sedikit pun keraguan terhadap pengharaman ini. Sikap kita terhadap amalan ini mestilah dengan penuh rasa benci dan jijik,kerana ia juga dibenci oleh Allah.. Dan tidak ada satupun agama yang menghalalkan amalan ini..Sesungguhnya Allah melaknat kaum ini sebagaimana disebut dalam surah Hud.ayat 83

"Maka tatkala datang azab Kami, Kami balekkan jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah terbakar secara bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim"

Bagaimana pula sepatutnya sikap kita terhadap pengamal amalan ini,apakah kita disuruh untuk benci mereka oleh tuhan ataupun Allah beri tugas lain pada kita terhadap mereka?

Soroti kisah Nabi Luth dan sikap baginda terhadap kaum gay di dalam masyarakatnya,apakah apabila baginda ditugaskan sebagai rasul kepada kaumnya,adakah baginda telah melaknat kaum itu dan maki hamun mereka atau baginda berdakwah kepada mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar?

Rasanya baginda bertindak dengan berdakwah kepada mereka, sebab jelas tugas kita adalah berdakwah dan ajak mereka ke arah kebenaran,bukan menghukum mereka,kerana menghukum itu tugas Allah.Apa kita mahu ambil tugas Allah kah?

Kita cuba selami jiwa mereka,kita tanya mereka.. Apakah mereka minta utk dilahirkan sebagai seorang gay,lesbian,bisexual, atau transgender. Saya yakin tak ada satupun orang didunia ini bersedia dilahirkan sebagai seorang Gay dan Lesbian atau mana2 citarasa seks mereka yg songsang. Menghina, mencaci, menjauhi orang yang memiliki kelainan seksual adalah hal yang salah tanpa kita ada usaha untuk mengajak mereka ke jalan yang benar.

Kita orang normal ini memandang mereka dengan hina dan jijik,jauhi mereka, tapi tidak pula berusaha untuk mengubati mereka, kita buat seminar seminar bahaya LGBT tapi ada kita buat seminar untuk dakwah kepada mereka? Kita buat seminar untuk mengutuk mereka,dengan ayat2 quran,tapi kita lupa untuk memetik ayat2 quran yang minta kita amar maaruf nahi mungkar..

Apakah kita rasa mereka manusia yang sudah tidak ada harapan untuk kembali bertaubat? untuk menjadi normal.. Kalau ada org normal boleh berubah jadi Homo,mana mustahil org homo berubah jadi normal,yang penting kita jalankan dakwah kepada mereka..

Fikir semula,apakah golongan LGBT ini,berdosa kepada KITA atau berdosa kepada tuhan?Sehingga kita menjadi tuhan untuk menghukum mereka?

Apakah mereka zalimi diri kita sehingga kita perlu benci pd sosok tubuh mereka,atau mereka sedang menzalimi diri mereka sendiri dan kita sewajarnya kasihani mereka dan cuba bawa mereka kembali kepada kebenaran..

Setiap insan diberi peluang dan harapan untuk kembali ke jalan yang benar,aku memetik kata Mat Lufthi, "Kalau agama itu tidak beri harapan, maka ia bukan dari tuhan" ..

Dan aku memetik kata kata hikmat dari ISHAB,

"Kita akan perangi mereka ini dengan CINTA" , dan aku tambah "bukan dengan kebencian.."

wallahualam..

Sunday, November 10, 2013

Ujian Allah di dalam Ujian peperiksaan..

Lama gila tak menulis tulisan berbentuk nasihat, cuma hari ini terfikir untuk kongsikan,ia berdasarkan pengalaman sebagai pelajar di sekolah,juga di univerisiti..

Ujian/peperiksaan perkara yang wajib dilalui setiap pelajar,dan tahukah kita,saat kita berhadapan ujian tersebut,kita juga diuji oleh Allah,akan sikap jujur kita..

Sedang kita menjawab ujian,pengawas yang menjaga telah keluar dari bilik ujian,maka disitu satu ujian dari Allah kepada kita,apakah dengan keluarnya pengawas,kita mengambil langkah tipu daya demi memperoleh markah yang lebih baik? dengan erti kata kita meniru dan menipu? Jika Ya, tanpa menunggu keputusan ujian dari cikgu/pensyarah,kita telah GAGAL ujian dari Allah.. Itu ujian level pertama,bagi yang kurang imannya.. Yang berjaya, bergembiralah.. Yang gagal,bersedialah..

Ujian level kedua adalah untuk insan yg berjaya dengan ujian pertama dari Allah,Allah beri dia ujian yang lebih berat,dengan menunjukkan sahabat sekelilingnya meniru,dan dia boleh melakukan tindakan yang serupa,yakni bukan kerana faktor pengawas keluar,tapi faktor sekeliling, "ah,semua org tiru,takkan aku xnak tiru" ..Bagaimana begitu?? hanya iman dapat menghalangnya..

Tanya diri kita.. Dalam ketiga ujian ini,apakah yang melepasi semuanya?
Ada yang berjaya semuanya,Alhamdulillah..
Ada yang berjaya ujian bertama , dapat A+ dari cikgu,apakah dapat "markah" yang sama dari tuhan?
Ada yang gagal di ujian pertama,tapi Lulus dengan ujian tuhan..

Tapi looser yang paling unggul adalah,gagal ketiga ketiganya.. Dah la meniru,tapi gagal juga

Tanya diri kita.. Dimana kita..

Allah sebut juga dalam Quran, jangan kata diri kamu beriman sebelum kamu diuji,maka dgn ujian ini..Apakah kita seorang yang beriman? Wallahualam,kita sendiri jawab..

Aku ada sahabat masa bersekolah,satunya yang aku bila peperiksaan,aku bertanding markah tinggi.. Aku tak suka bandingkan dengan org lain kerana aku tak tahu itu markah sebenar atau hasil dari meniru,tapi dengan salah seorg kawan aku,dari tingkatan 1 hingga 3, 6 bawah dan atas. .Aku cenderung utk iktiraf "perlawanan" dgn dia, sebab dia tak pernah meniru.. Selalunya aku tak menang r,tapi beza sedikit sahaja..

Tuesday, October 22, 2013

Nama nama surah fatihah

Nama lain surah fatihah adalah surah solah.. sebab tiada solat jika takde surah fatihah..

Juga dipanggil sebagai surah al-ham, surah Puji,sebab ia bermula dgn alhamdulillahhirobbilalamin..

Juga dipanggil dgn surah al sanad, sebut benda2 yg baik,

Juga dipanggil surah as-shifa,surah org buat berubat..

Juga dipanggil surah rukiah, surah jampi.. Kerana kita dibenarkan jampi dgn surah fatihah..

Ada satu kisah sahabat mengembara,lalu nak tumbang singgah kat satu kampung,tapi JKK dia tak beri,biasa r,JKK..GONG..

Org tak beri,lalu sahabat pergi tido di bukit2,pastu nak dijadikan cerita JKK tu kena sengat ke kala jengking,dipanggil segala tabib tapi tak leh sembuh..Lalu ada cadangan minta tolong sahabat nabi kat bukit2 tu..

Sbb JKK td gong,sahabat pun setuju je dgn syarat kena bayar dgn beberapa ekor kambing..

Bila setuju,sahabat pun baca surah fatihah dan tiup pada tempat sakit,dgn izin Allah sembuh,maka lekatlah surah rukiah.. Maknanya dalam islam , jampi dibenarkan dgn ayat2 quran..

Juga dipanggil surah "sabaul masani" iaitu "tujuh yg diulang ulang, al fatihah ada 7 ayat dan diulang ulang sokmo,paling kurg 17 kali sehari..

Juga dinamakan kafiah,iaitu surah mencukupi,iaitu bilamana ada surah fatihah,ada dia cukup dah,kalau surah lain,xde fatihah.. maka kurg sempurna majlis..

Thursday, October 17, 2013

Jarak Qasar Solat..

Asal semua mazhab fiqah yang ada adalah 13, cuma sekarang tinggal 4 sahaja dan selainnya telah pupus..Namun ada pandangan dari mazhab yg pupus yang masih digunakan oleh ulama terkemudian dan diantaranya adalah Mazhab Zahiri..

Berkongsi sedikit tentang mazhab zahiri adalah,ia diasaskan oleh Imam Daud az Zahiri..Mazhab ini beramal dengan zahir al quran dan hadis selagi mana tidak ada dalil ia mempunyai maksud yang tersirat..

Antara pandangan dalam mazhab ini adalah tidak ada had ditetapkan bagi rukhsah solat Qasar,maknanya sesiapa yang bermusafir layak untuk solat Qasar..

Namun diletakkan juga satu jarak minimun iaitu kurg lebih kurang 2KM, berpegang pada pendapat yang sama adalah Ibn Taimiyyah..

Aku kongsikan jarak yg ditetapkan mengikut mazhab..

Hanafi: 125 km

Maliki,Syafie,Hanbali : 2 Marhalah (dan dalam menetapkan 2 marhalah,setiap dr mereka berbeza pendapat tapi dalam lingkungan 80KM - 95km)

Zahiri : Sebagaimana ditulis di atas..

Pendapat mana kalian boleh pegang?
Mana mana lah.. Asal Jangan baloh.. haha

Wednesday, October 16, 2013

Santai : Kisah lelaki dan kuda

Seorang mufti sedang jual kuda di pasar, maka datanglah seorang pembeli untuk membeli dari beliau dan bertanya samada boleh atau tidak dia mahu cuba tunggang kuda tersebut..Tok Mufti itu pun benarkan dan mengatakan bahawa kuda tu unik.

Kalau mahu kuda itu berjalan,kena sebut "Subhanallah" , jika mahu kuda itu berlari kena sebut "Alhamdulillah" dan jika nak buat kuda itu berhenti kena sebut "Allahuakbar"..

Lalu lelaki itu pun duduk atas kuda dan sebut "Subhanallah" lantas kuda itu berjalan perlahan,lama kemudian dia sebut "Alhamdulillah" lalu kuda itu mula berlari,untuk tambah kelajuan dia sebut "alhamdulillah" berulang kali sehinggakan kuda itu berlari begitu pantas dan dia menghampiri cerun yg tinggi..Dalam keadaan panik dia terlupa apa harus disebut untuk menghentikan kuda,sehinggalah kuda itu betul betul sampai ke hujung mhampiri cerun,dia teringat untuk menyebut "Allahuakbar",dan dia menyebutkan,lantas kuda itu berhenti..

Lelaki itu lega dan sangat bersyukur sambil mengucapkan "Alhamdulillah" ....

Sunday, October 6, 2013

Angkat tangan pun tidak...

Kebiasaan jika melalui jalan yg sempit,aku pilih untuk mengalah selagi ada ruang, bimbang juga kalau aku tak mengalah dia tak mengalah,lantas tergeser kenderaan, hangus duit..

Apa yang aku perhatikan setiap kali , jika aku berselisih dengan drebar lelaki, samada lori mahupun kereta,kalau aku beri laluan tentu sahaja mereka angkat tangan,jarang sekali tidak angkat..

Tapi..

Drebar perempuan.. Bukan semualah tapi majoriti pandu seolah kereta tidak ada fungsi brek , bila kita beri laluan,selamba derk je dia berlalu,angkat tangan pun tidak..

Aku tahu lah dalam kelas takde ajar benda ni, tapi ini org kata belajar hargai org, angkat lah tangan tanda terima kasih..

Saturday, October 5, 2013

Sebutlah InsyAllah..

Gambar takde kaitan k
Ada satu kisah seorang lelaki yang ingin menjual motorsikal beliau, dia keluar dari rumah untuk ke satu karnival dan promosikan motornya disitu.Saat diluar rumah,jiran lelaki itu, bertanya tujuan dia keluar, dan dia mencritakan perancangan beliau bahawa dia ingin ke karnival untuk menjual motornya dan mulakan satu perniagaan dari hasil jualan itu.

Pesan jiran kepada lelaki itu "Sebutlah InsyAllah"


Lantas lelaki itu menjawab "Untuk apa? Saya sudah mahu ke sana dan tidak siapa dapat menghalang saya"

Kemudian dia berlalu pergi, sesampai di karnival itu,lama dia menunggu tanpa ada org berminat untuk membeli motorsikalnya,hampir dia berasa berputus asa lalu ingin pulang,namun kemudian datang seorang lelaki ke arahnya dan bertanya tentang motor itu,dia kelihatan berminat.Lalu proses tawar menawar berlaku,sehingga akhirnya tetaplah harga untuk motor itu..Kemudian lelaki itu meminta kebenaran untuk cuba pandu uji motor tersebut..Dia membenarkan ..

3 Jam berlalu, 'bakal' pelanggannya tidak kembali dengan motorsikalnya,lalu akhirnya dia tersedar motornya telah dicuri dan dia tertipu..Lalu dia berjalan pulang..

Sesampai ke rumah, jiran tua yang sedang berehat di halamannya bertanya "Wah,sudah terjual motor itu,berapa untungnya?"

Lalu lelaki itu menjawab,

"InsyAllah saya telah bawa motor itu ke karnival,insyAllah saya tunggu berjam jam takde seorg pun pelanggan,insyAllah namun kemudian datang seorg lelaki yang bersetuju untuk membeli,inysAllah dia minta untuk pandu uji dan insyAllah,dia larikan motor itu" T.T

Lalu jirannya hairan "Awat ko mabuk apa?"

"InsyAllah.." Dia kemudian berlalu masuk ke rumahnya dgn penuh penyesalan..

Diubah suai dr cerita oleh Mufti Ismail Menk

Antara tikus,Ular dan kucing

Risiko paling besar kucing berada dalam rumah adalah ia akan buang air merata rata, mungkin pada baju dan mungkin pada tilam,tapi sesungguhnya ada risiko yang lebih besar jika kucing tidak ada dalam rumah..

Musuh utama kucing rumah adalah tikus,dan tikus juga merupakan ancaman besar kita kerana ia sangat bawak penyakit,melalui virus yang boleh dia sebarkan.. Dengan adanya kucing di dalam rumah,kebarangkalian untuk tikus menguasai rumah adalah kurang,bayangkan anda meninggalkan rumah selama 5 hari tanpa kucing,apa tikus2 boleh lakukan,kalau kucing,ia mungkin setakat kencing dan berak sahaja.

Kucing juga mampu menyelamatkan rumah kita dari dimasuki ular (kecil) kerana sifat 'menikus' nya , ikut rekod kucing aku sendiri pernah bunuh ular kecil yg mungkin berbahaya (bukan merbahaya,imbuhan 'mer' takde dalam bahasa melayu tp sering digunakan,sayangi bahasa anda) kepada kita..

Friday, October 4, 2013

Kisah Hamba Allah yang dizalimi..

Satu kisah di zaman abbasiyah, ada seorang hamba Allah yang soleh telah berjumpa seorang menteri kerajaan abbasiyah yang zalim,Ibnu Baqiyah, Ibnu Baqiyah adalah seorang samseng,dia tampar org soleh itu,dia sepak orang alim itu..

Lalu org alim itu berkata pada ibnu Baqiyah, "Aku akan balas engkau dgn anak panah malam" , anak panah malam ini adalah doa pada waktu malam, Ibnu Baqiyah cakap "Go to hell kau dengan anak panah kau itu".

kesombongan menteri ini jelas kelihatan,rakyat dilayan dengan zalim,takde suruhanjaya ditubuhkan untuk membela rakyat bawahan yang dizalimi org org besar..Zaman sekarang pun,berapa ramai sudah org awam dizalimi,tapi didiamkan kerana yang menzalimi itu adalah org besar..

Bila hamba Allah ni balik,dia bangun dan berdoa pada waktu malam "wahai tuhanku,dia sepak aku,dan aku minta padaMu agar potong tangan dia yang sepak aku di dunia ini"

Tak berapa lama,kerajaan Abbasiyah dirampas oleh pemerintah baru, dia tangkap menteri dajjal itu dan potong tangan dia kemudian tangan itu digantung di pintu baghdad, dan bila hamba Allah yang dizalimi ini lihat tangan yg dipotong itu, lantas dia sujud syukur kepada Allah..

Jarak bumi ke langit mungkin perlu kiraan cahaya,puluhan ribuan tahun cahaya,tapi jarak doa org yg dizalimi adalah sesingkat doa yang mustajab..

Thursday, October 3, 2013

Kopi yang tertangguh..

Di satu pekan kecil di Itali,
Saat 2 orang pelanggan memasuki kedai,
Mereka akan order 5 cawan kopi..
Dan mereka bayar untuk 5 cawan,tapi hanya meminum 2 cawan kopi..

Pengunjung luar hairan lantas bertanya kepada jurujual,
"Kenapa mereka bertindak sedemikian"
Jawab si penjual
"Anda tunggu dan lihat"

Kemudian datang lagi dua remaja perempuan berbelanja kopi,namun mereka bayar dengan harga biasa.

Tidak lama kemudian datang pula 3 orang peguam dan memesan 7 cawan kopi,mereka menikmati 3 cawan kopi dan bayar untuk 7 cawan..

Kemudian,datang seorang pengemis,berjalan ke arah jurujual dan bertanya,
"Adakah kopi yang tertangguh untuk saya?"


....

Begitu adalah cara penduduk di satu pekan di Itali membuat amal kebajikan, kisah ini benar atau tidak, wallaualam,tapi 'sistem' ini sangat osem.. Si kaya membantu si miskin dengan pesanan yg lebih awal untuk makanan juga minuman..

Wednesday, September 25, 2013

Berkata benar biarpun pahit I

Kaji sirah perjuangan nabi Muhammad dulu,saat permulaan islam,golongan hamba dan orang miskin lah yang antara mula mula memeluk agama islam kerana islam adalah agama yang membela mereka,dan tidak menghinakan mereka.. Semua muslim adalah sama,yang membedakan hanyalah takwa kepada Allah..

Tapi zaman berlalu , perhatikan sekarang, ramai orang miskin memeluk agama kristian,persoalannya kenapa?

Aku tidak pernah menyalahkan tindakan orang kristian berdakwah kepada segenap lapisan manusia,mereka dengan keyakinan mereka bahawa Jesus itu tuhan, dan sebagai membalas jasa Jesus yang dibunuh kerana untuk menebus dosa mereka,jadi mereka sebarkan ajaran kristian.. Sebagaimana kita orang islam dengan keyakinan kita bahawa islam adalah satu satunya agama yang benar, tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah , begitu lah yakinnya penganut agama kristian bahawa jesus itu tuhan mereka..

Kenapa orang miskin ramai menganut agama kristian adalah kerana sikap pendakwah kristian terhadap mereka,disantuni dengan baik dan dilayan sebagai manusia,dalam keadaan kemiskinan yang ada,tentu sahaja orang akan tertarik dengan agama yang membela mereka.

Ada satu kisah benar seorang wanita islam kemboja yang sarat bersalin,telah ke masjid untuk meminta bantuan namun sia sia, dia tidak dilayan sebagai saudara seagama apatah lagi manusia,namun bilamana dia ke gereja, maka dia dilayan sebagai manusia..

Kalau kanak kanak main bola tepi surau, ditendang bola hingga terkena tingkap surau dan pecah,mahu dikejar budak budak itu oleh tok imam,tapi jika perkara yang sama berlaku di gereja, si paderi akan terkejar kejar keluar untuk bagi air mineral kepada kanak kanak itu..

Kemudian kita nak salahkan sikap mereka.. Itu lucu..

Sekarang,secara lahiriah , kristian lebih membela nasib orang miskin berbanding islam,ada je org miskin yang datang memohon bantuan zakat,tapi penuh dengan karenah untuk mendapatkannya,bahkan pernah terjadi kerana perbezaan politik, dia yg sepatutnya layak peroleh zakat,tapi dianaktirikan..

Kalau pejuang pejuang islam pula,mereka sibuk dengan retorik hudud dan negara islam mereka, thambi..wa mahu cakap lu, derita umat islam hari ini bukan kerana takde hudud,tapi kerana kemiskinan, pemerintahan yang korup,harta rakyat tidak sampai kepada rakyat dan berlaku penindasan orang kaya terhadap orang miskin , sepatutnya dalam perjuangan islam lu, bawa agenda kebajikan kepada rakyat , sebarkan apa servis dan kebajikan yg islam akan bawa kepada rakyat , bukan sebut pasal nak hukum itu hukum ini,dalam quran ad satu je ayat tentang hudud,tapi berpuluh ayat tentang kebajikan .. bukan menolak hudud tapi kita utamakan yg utama..Bila sampai masanya,insyAllah ia akan terlaksana,dan rahmat islam itu akan jelas kelihatan..

Hari ini kebajikan orang miskin,banyak dibela oleh kristian , malu kita .. Duit zakat berjuta juta setahun , tapi entah kemana .. Rakyat mahu duit zakat untuk sambung belajar gila susah , tapi boleh pula agensi2 pungut zakat ni buat bangunan dengan wang zakat,then bagi pada kroni,,ketua umno bahagian,kemudian dia sewakan dengan harga yang mahal kepada rakyat .. itu memang otak sial gila! aku cakap benda betul , ini berlaku .. di Negeri mana? Ce teka bohhhhh .. verat66

Bagi aku, bila berlaku gelaja murtad, jangan salahkan kristian jangan salahkan org murtad,tapi salahkan org yg diberi amanah menjaga hak umat islam,tapi diseleweng demi kepentingan individu ...

Aku yakin islam itu agama yang berdiri dengan hujah , dengan keyakinan bahawa islam itu agama benar, perlu apa kita risau dengan dakyah mereka .. Pernah dulu kita bimbang pendakwah kristian sebar bible dalam bahasa , kita marah .. jalan terbaik kita kena sebar terjemahan quran , tapi ad ke kita buat? takde kan? aku nak beli terjemahan Quran pun harga dekat RM40 .. takde usaha nak bgi turun harga, org miskin nak beli camne?

Akhir kata,aku pernah kongsikan dulu,aku tak pernah risau dgn dakyah kristian yg bawa bible mereka dalam BM, sebab hanya 3 kemungkinan akan terjadi kalau diaorg betul betul baca bible,pertama dia kekal jadi muslim,kedua kalau asalnya dia kristian,dia akan jadi atheis,dan ketiga, haha.. dia jadi gila... pertentangan dalam bible jelas sekarang..

Boleh rujuk : http://www.tazkirahamar.blogspot.com/2013/08/the-bibles-greatest-miracle-how-it-works.html

Tapi bila mereka berdakyah dengan wang.... itu aku bimbangg......kemiskinan boleh bawa kepada kekufuran ... nauzubillah

Malcome X

Malcome X, ketika mula mula peluk islam,dia anggotai NOI , Nation Of Islam, pertubuhan islam tapi tak seberapa nak follow islam sebenarnya,kerana dalam kerangka pemikiran mereka,hanya negro itu islam dan mereka sngt anti org kulit putih.. Kerangka pemikiran itu lah yg dikatakan "ekslusifkan islam" hanya kepada sesuatu bangsa..

Malcome X sedar beliau di jalan yg silap kerana bila ke Mekkah,beliau berjumpa orang islam yang perbagai bangsa.. sebab itu keluar dari Qoute dr beliau mengatakan "saat aku tidur,bunyi dengkuran org disebelah aku yang berkulit putih sama sahaja dengan yang berkulit gelap" ..

Beliau akhirnya dibunuh oleh ahli anggota NOI sendiri kerana menjadi "pengkhianat bangsa" kononnya ..

Moga Allah rahmati beliau..

Betulkan niat

Alhamdulillah,usrah pertama aku , hadis yang dibincangkan oleh naqib adalah hadis pertama dari buku hadis 40 imam nawawi iaitu berkenaan niat..Sungguh, bila memahaminya,ternyata tiada kalimah yg lebih bisa diungkap kan melainkan Allahuakbar..

Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”. 

Hadis ini merujuk kepada peristiwa hijrah nabi, maka yang berhijrah itu kerana mencari redha Allah dan Rasulnya,maka itu lah yg diperoleh oleh nya,namun jika niat kerana harta dan wanita yang ingin dinikahinya,maka itulah yang diperoleh, kerugian yg nyata dalam kehidupan dunia akhirat.

Kita jadikan iktibar terbesar dalam hidup kita pada hadis ini,

Pada seorang mahasiswa,mahu belajar, letakkan niat kerana Allah itu yg utama,maka anda insyAllah akan peroleh redha Allah,kemenangan anda yg hakiki,tapi jika diniatkan anda mahu belajar untuk mendapat kerja, mungkin anda dapat pekerjaan yg anda harapkan,akan tetapi tanpa anda sedari,anda kehilangan sesuautu yg lebih bernilai,redha Allah..sayang bukan?Betulkan niat sebelum belajar,kerana Allah aku belajar..

Pada seorang wanita yang mahu berhijrah dari free hair kepada bertudung, kerana apa? kerana manusia? kerana mahu diterima manusia? kerana terikut dengan manusia? atau kerana mahu redha Allah? Anda akan dapat apa yg anda niatkan kerana apa.. 

Semua perkara baik yg kita lakukan, tambahkan bonus kepadanya dengan niatkan kerana Allah,maka anda akan peroleh keberuntungan yg berkali ganda insyAllah ..

Hidup kita singkat.. Kalau bukan redha Allah, apa lagi yang boleh bawa kita ke syurga?

Sunday, September 22, 2013

Cerita Papa : Kepentingan Ilmu..

Pernah dulu,ayah penulis cerita pada kakak penulis kisah tentang pentingnya ilmu..Kisahnya tentang kelasi kapal..

Seorang kelasi kapal tidak puas hati melihat pengurus kapal yang gajinya lebih tinggi darinya walaupun dia bekerja lebih kuat dan lebih susah,lalu dia adukan kepada kapten kapal..

Saat berjumpa dengan kapten kapal,dan mengadukan segalanya,kapten kapal terdiam seketika,lalu kemudian,dia menyuruh si kelasi itu pergi ke hujung kapal,untuk melihat samada ada atau tidak kucing disana.

Lalu si kelasi pun pergi,sesampai ke hujung kapal,dia nampak sang kucing lalu kembali kepada kapten kapal dan melaporkan bahawa dia nampak ada kucing dihujung kapal.

Kemudian kapten kapal mengarahkan supaya si kelasi tengok warna kucing tersebut,lalu dia tengok apa warna kucing tersebut,lantas kembali melaporkan kepada kapten..

Kemudian kapten kapal memberi arahan lagi supaya periksa samada kucing itu jantan atau betina, lalu kemudian si kelasi itu pergi kembali tengok samada kucing itu jantan atau betini,kelihatannya betina lalu dia melaporkan kepada kapten kapal.

Kemudian kapten kapal bertanya lagi samada kucing itu punya anak atau tidak,sekali lagi dengan letih dan susah payah si kelasi tengok kucing itu,samada ada anak atau tidak,jawabnya,ada.. dia melaporkan itu kepada kapten kapal.

Kemudian kapten kapal bertanya berapa ekor anak kucing itu? Tika itu si kelasi mula stress! namun dia pergi tengok lagi,dan kemudian melaporkan bahawa ibu kucing itu punya 5 ekor anak....

Sekali lagi bila kapten mahu bertanya tentang kucing tersebut,si kelasi hilang sabar lalu berkata "tuan mahu bodohkan saya kah? apa motifnya tindakan tuan ini?"

Si Kapten tersenyum lantas memanggil sang pengurus,dan memberi arahan yg sama dengan arahan pertama kepada kelasi itu.. Itu menyuruh si pengurus melihat samada ada kucing atau tidak dihujung kapal.Si pengurus itu patuh lalu pergi ke hujung kapal.

Tidak lama kemudian,dia kembali,lalu kapten kapal bertanya "ada atau tidak kucing disana?"

Lalu dijawab si pengurus :

"Ada tuan,seekor kucing betina berwarna kelabu berada di hujung kapal,bersama ibu kucing itu adalah 5 ekor anaknya yang comel lote"

Kemudian Kapten kapal berterima kasih kepada si pengurus dan menyuruhnya kembali meneruskan tugasnya.. Lalu berpaling ke arah si kelasi.. si kelasi tunduk,tanda dia fahamm..


Jangan kacau "Bakal bini orang"

Salam perkongsian ..

Selalu je kita dengar kan, "bini org tu,jangan kacau la" , fikir balik,ayat ni cam membenarkan kita kalau anak dara yang bukan bini orang kan? haha

Sebenarnya tulisan ini aku tujukan khusus kepada anak muda yang sibuk untuk hidup berkapel di alam remaja mereka, aku maklum bahawa hukum bercinta itu harus selagi mana ia tidak bercangggah dengan syariat namun pada masa yg sama,aku kurang senang dengan trend bercinta anak muda kita.

Sekali bercinta,fuuhh..sebijik dah macam suami isteri,tak kurang 'si abg' ambil dari rumah untuk ke kelas,then sampai kampus cium tangan tuh.. Gila Apa?

Si perempuan kena sedar,korang tu "bakal bini org" dan peratusan untuk org yg ko cium tangan tu jadik laki ko bukan 100%,silap silap lepas tamat belajar,clash.. siapa yang untung? Jantan tu jugak..

Si jantan pun kena sedar,yg ko bawak usung ke hulu hilir, bakal bini org,dan org itu tak confirm 100% adalah ko.. Memang seronok lah kan usung anak dara org,dicium kiri kanan,tapi bayangkan kalau si perempuan yg aku tulis di atas adalah isteri ko,yg mana masa mudanya ko bukanlah pakwenya.. apa rasa ko?

Ingat sokmo lah weii.. terutama perempuan,kalian bakal isteri org,jaga hak ekslusif diri anda hanya pada mereka yg berhak :D

Buat bakal isteriku...Gambar dibawah ku tujukan untukmu <3 haha

Depa mahu hina islam tapi...

Pengukir patung ini adalah Yahudi,yang mahu dia sampaikan adalah yahudi berada diatas sekali,dan dia memijak kristian,manakala si kristian berada di atas seorg muslim yg sedang sujud..

Depa sangka depa menang lah kan?

Tapi tahu apa akan berlaku jika sekiranya umat islam yg sujud itu bangkit lantas melaungkan "Allahuakbar!"

Naya dua dua diatasnya .. Jatuh tergolek mati..

Mereka merancang,tapi perancangan Allah lagi hebat

Alangkah Lucunya Negeri Ini..

Filem Indonesia yang diterbitkan tahun 2010 yg berdurasi 1 jam 43 minit ini aku kira sangat berjaya membawa mesej kehidupan rakyat,diselitkan unsur humor dan emosi,sangat berjaya sehingga aku terketawa hampir 5 minit berterusan dalam keadaan aku "pause" filemnya dek penangan salah satu adengannya , juga berjaya menitiskan air mata sehingga biar diulang 7 kali sekalipun,babak itu mampu buat insan yg berfikir itu menangis..

Filem ini mengkritik pemerintah , mereka gagal menyediakan keperluan buat rakyat,mereka mengamalkan rasuah dan hidup mewah sebaliknya rakyat dibiarkan miskin.. Bilamana rakyat mencuri demi sesuap nasi,ditangkap dan dipandang hina masyarakat,tapi PEMIMPIN NEGARA YANG KORUP dihormati masyarakat kerana darjat kekayaannya..

Ending filem biasanya happy ending, namun ending filem ini buatlah ending kisah Snow White mahupun ending filem kamaruk cinta,sebaliknya cerita yg membawa realiti kehidupan masyarakat.

Air mata mana tidak menitis melihat takkala anak anak kecil yg menyeluk saku akhirnya berubah mencari rezeki yg halal disisi Tuhan tapi bertentangan dengan undang undang pemerintah,mereka dikejar oleh polis,polis dalam filem ini tidak ubah seperti si bodoh yg bekerja untuk tuannya yg korup,menangkap anak kecil yg mencari sesuap nasi yg halal..

Ternyata,filem ini bukanlah mengambarkan hanya Indonesia,namun sama sahaja negara jirannya Malaysia..

Tenggelamnya Kapal kan Der Wijck Karya Hamka.

Pengajaran buat masyarakat : Jangan terlalu mementingkan adat yg mungkin akan mzalimi mereka yg tidak berdaya.

Pengajaran buat wanita : Andai tersilap memilih jodoh anda,dengan melihat pd rupa dan harta dan m'abaikan akhlak dan latar kehidupan,mgkn bencana akan menimpa rumah tangga.

Pengajaran buat lelaki :
I: Jangan ingat bunga ada sekuntum dalam dunia.. haha
II: Jangan buat keputusan ketika dendam masih dihati..

Pengajaran buat semua : Jangan baca novel lebih dari 2 buah setahun.. letihh.. haha,apa2pun novel ini,aku kira dari sudut kepuasan hati sendiri,aku sedikit kecewa dengan endingnya,namun dari sudut realiti kehidupan,itu sebenarnya berlaku,tidak semua kisah berakhir dengan pengakhiran yg gembira,namun selagi masih bernyawa,adalah salah untuk berputus asa hanya kerana dikecewa

Kononnya mahu menegakkan sistem khalifah


Bersiar-siar dalam facbook,jumpa satu akaun pemuda satu jemaah islam yg aku boleh katakan sebagai ekstrim.. Mereka sangat menolak demokrasi dan kononnya mereka akan menegakkan sistem khalifah.. Kejatuhan Mursi mereka raikan sebagai "kemenangan idealogi" mereka..Turut meramalkan kejatuhan Erdogan di Turki..

Aku gagal untuk faham dengan sikap mereka ini,yang jelas menyaksikan kudeta di Mesir membuat kesimpulan bahawa demokrasi itu gagal jika digunapakai untuk kebaikan islam, dey...deyyy,lihat sejarah,3 dari 4 Khulafar Rasyidin dibunuh,apakah itu bukti kegagalan sistem khalifah?? Cakap pakai otak r brader.. jangan pakai lutut..

Satu hal,dah nampak gambar ribuan saudara seagama mati syahid,mati dibunuh dengan kecam,lantas komennya berbentuk sindirian, mana SENSITIVITI sesama muslim??

Brader,ko ingat khalifah akan tertegak ke dengan mentaliti orang macam itu..Kalau begitulah sikap kalian,MUSTAHIL kalian dalam kelompok yg akan mbangunkan sistem khalifah..

Saturday, September 21, 2013

Berita baik dan berita buruk..

Satu hari tok imam membuat pengumuman kepada jemaah bahawa terdapat satu berita baik dan berita buruk tentang perancangan mereka untuk membesarkan masjid..

Kata tok imam,berita baik adalah kita sudah ada duit yang cukup untuk membesarkan masjid, manakala berita buruknya adalah duit duit itu masih ada dalam poket para jemaah..

Friday, September 20, 2013

Santai : Contoh faham Qadariyah.. Kita belasah.. haha

Qadari,seorang budak lelaki yg menolak bahawa Allah lah yang mengawal segala aturan dimuka bumi,dia cuba untuk buktikan kepada diri dia dan keluarga dia bahawa Allah tidak mengawal semuanya..

Caranya,dia enggan makan selama 3 hari..Selepas sehari berlalu,ibunya merasa bimbang lalu kemudian menyuruhnya makan, tetapi dia enggan.Bimbang akan termakan dengan pujukan ibunya,dia melarikan diri ke atas pokok..

Namun,ibunya tidak berputus asa,lantas dia meletakkan nasi dibawah pokok..Bila tiba waktu malam,sekumpulan perompak cuma untuk merompak rumah budak itu,mereka perasan ada makanan dibawah pokok,dan mereka sangka ada org yg pasang perangkap untuk mereka dengan meletakkan racun di dalam makanan itu,lalu mereka lihat kiri dan kanan,kemudian bila mendongak ke atas,mereka melihat seorg budak.

Perompak itu memaksa budak itu turun dan makan makanan tersebut,tapi dia enggan,lantas dipukul budak itu berkali kali,sehingga dia akur lalu memakan makanan tersebut..

Lantas kemudian .. dia perbaiki syahadahnya dengan menyebut "la ilaha illa allah,Muhammadur rasulullah"..

Saturday, September 14, 2013

injil barnaba

Akhir tahun lepas ada tersebar berita sebuah kitab kuno ditemui di turki, Injil Barnaba namanya,ketika tu aku tak ambil port sangatlah sebab kadang kadang maklumat2 sebegini , dari sumber2 facebook dan blog sahaja , aku sekadar abaikan..

Dua hari lepas aku ke library, pusing pusing rak buku agama,terjumpa satu bible versi bahasa melayu iaitu terjemahan injil barnaba. Terdetik untuk membelek membacanya,lantas kalian ketahui apa isinya?

Antaranya,
1. Tentang keesaan ALLAH dan tiada tuhan selainnya.
2.Terdapatnya kalimah "La Ilaha Illallah Muhammad Rasul Allah"
3.dan ratusan kisah kisah kenabian,mukjizat nabi isa,perintah perintah Allah terhadap hambanya dan ada bahagian yang mengatakan orang yang tidak sembahyang (menyembah Allah) adalah lebih jahat daripada syaitan..

Dalam satu bab menceritakan,orang orang yahudi telah mengatakan bahawa yesus adalah tuhan itu sendiri,mereka mencari cari yesus,dan saat berjumpa dgn yesus,mereka sujud kepada yesus seakan yesus itu tuhan..Lantas yesus mengatakan:

"Sesungguhnya kamu telah sesat yang amat besar wahai orang orang Israel,kerana kamu memanggil aku sebagai tuhan sedangkan aku adalah manusia" . dan sesungguhnya aku takut akan turunnya malapetaka dalam kota suci ini (jerusalam), terkutuklah syaitan yang mengoda kamu dengan 1000 kutukan"..

Bab yang ke 221,menceritakan Yesus memberitahu kepada Barnaba (penulis kitab ini) supaya menulis injil yang diturunkan kepada Yesus dan apa yang berlaku terhadap Yesus saat hidupnya agar orang orang mukmin tidak terpedaya.. wallaualam..

PS-penganut agama kristian menolak injil ini,bahkan mereka dilarang membacanya (haha)..Mungkin jika mereka membacanya,kini mereka seorang muslim..

Harapan..

Aku nampak cahaya..Aku nampak masa depan di mana orang tidak menghukum satu sama lain pada rupa luaran, tetapi belas kasihan antara satu sama lain sebagai manusia. Aku melihat dunia yang lebih baik daripada yang kita warisi hari ini..

Kisah Sylvester Stallone

Cuti dulu tv ada siarkan cerita Rambo lakonan Sylvester Stallone , ayah aku cerita sejarah pelakon terkenal hollywood ni.. Dan ia memang sesuai untuk motivasi semua..

Beliau dilahirkan punyai masalah saraf menyebabkan beliau tidak boleh bercakap dengan elok..

Namun dia punya impian.. Untuk jadi pelakon..

Dia berhijrah ke New York, mencuba nasib untuk menjadi pelakon,tiga minggu mencuba tapi gagal... Sehingga dia terpaksa tidur di terminal bas.. Dan tiba saatnya kesempitan hidup yang memaksa beliau jual teman baiknya iaitu seekor anjing dengan harga $25..Memang terdesak habis time tu..

Satu hari lepas menonton perlawanan tinju Muhammad Ali,beliau ada idea untuk tulis satu skrip filem iaitu "Rocky"..3 hari beliau ambil masa untuk menyiapkan..

Bila siap,beliau pergi jumpa produser filem untuk hasilnya filemnya tapi ditolak,hampir semua menolak skrip beliau sehingga akhirnya ada seorang produser sanggup beli skrip dia dengan harga $125,000 tapi beliau TIDAK MAHU JUAL kerana beliau tidak boleh berlakon dalam filem tu,sedangkan impian dia mahu jadi pelakon..

Seminggu kemudian produser yang sama tawarkan $350,000 pada beliau namun beliau tetap menolak melainkan dia dapat menjadi watak utama. Akhirnya produser setuju namun dengan bayaran $35000 sahaja..

Dapat je wang,dia terus cari balik anjing kesayangan beliau yang dijual dengan harga $25 itu,namun si pembeli enggan jual sehinggalah beliau terpaksa habiskan $15000 untuk mendapatkan kembali anjingnya..

Namun kemudian namanya meletop dan peroleh berjuta juta $ ..



Tekad itu penting

Non-Muslim views about Muhammad








Tuesday, September 10, 2013

Ketetapan taqdir?

Ketetapan Takdir..

Selepas Ustaz Fathul Bari mengeluarkan kenyataan kenaikan harga barang/minyak adalah takdir Allah dan kita tidak seharusnya menentang,aku ke perpustakaan untuk rujuk mana mana buku berkaitan perkara ini,alhamdulillah lama mencari aku jumpa satu buku bertajuk "Masalah Taqdir" oleh Dr.Abdullah Nashih' Ulwan..Bukunya banyak membicarakan soal persoalan , "Kalau Allah cipta kita dan cipta segala perbuatan kita,kenapa dihisab perbuatan jahat kita sedangkan Allah yang menciptanya", Turut membicarakan soal firman Allah bahawa Allah sesatkan siapa yg dia kehendaki dan tunjuki siapa yang Dia kehendaki" dan "Jika Allah dah tentukan bahawa aku jahat,kenapa perlu diseksa aku" ..

Antara tiga persoalan diatas , aku merujuk persoalan pertama dalam membicarakan soal isu Fathul Bari.. Sebelum itu, mambahaskan penggunaan hadis sahih oleh fathul Bari dalam pertahankan kenaikan harga barang ini,saya memetik kata2 ustaz yang komen kenyataan UFB iaitu "Kalimah yang benar, tapi berada di tempat yang batil."

Sebagaimana disebut DrMaza dalam khutbah jumaat beliau , Jika subsidi utk rakyat dikurangkan,kenapa tidak dikurangkan subsidi kepada golongan2 atasan .

Apa yang membezakan "hak" mereka dan "hak" rakyat dalam soal ini? Kenapa yang disuruh merasai beban ini hanyalah rakyat jelata bukan golongan elitis lainnya? Apakah "memang ketetapan Allah rakyat perlu menderita dan elitis boleh hidup bermewah mewahan"?

Kembali kepada persoalan pertama iaitu yang aku rasa paling dekat untuk kita analogikan atau kiaskan kepada isu yang berlaku..

Dalam bab 4 buku tersebut , penulis menjawab menurut pemahamannya bahawa untuk membahaskan isu ini,perlu diketahui 2 sifat Allah iaitu pertama, bahawa Dia adalah Pencipta, Dia yang melakukan segala sesuatu dan Ia tidak ditanya tentang apa yang Dia buat,sebaliknya kita (makhluk) yang akan ditanya" , sifat kedua adalah "Maha Adil" , sesungguhnya Allah maha Adil,Allah tidak aniayai makhluknya walau seberat zarrah..

Oleh itu kita tidak boleh gunakan satu sifat Allah sahaja untuk membahaskan tentang sesuatu perkara.

Orang yang menetapkan bahawa Allah yang lakukan segala sesuatu bagi manusia dan mereka menetapkan sifat kePenciptaan ini akan segala sesuatu yang berlaku,mereka ini adalah golongan Jabariyah. Golongan yang sekaligus menidakkan ikhtiar manusia bahkan mengatakan manusia ibarat bulu yang terbang ditiup angin.

Benar Allah bersifat pencipta namun Allah juga maha Adil,kerana itu Allah membekalkan manusia dgn potensi,menunjuki jalan dan memberikan kebebasan serta iktiar kepada manusia dalam memilih untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu.

Kenapa Allah anugerahkan nikmat untuk kita manusia beriktiar adalah selari dengan pemberiannya yang paling berharga untuk kita iaitu AKAL.. Kalau Allah tidak kurniakan Akal kepada kita dan tidak punyai kemampuan untuk beriktiar,jika lah kita tidak mahu "beriktiar" saat melakukan sesuatu,maka tiada gunalah "akal" yang Allah anugerahkan..

Bagi orang yang menggunakan "qadha dan qadar" sebagai hujjah mereka, jawab kepada mereka adalah satu tamparan di pipi mereka,lantas kemudian minta lah maaf sambil berkata "Janganlah anda marah kepadaku kerana tamparan ini adalah ketetapan Allah" , dan jika mereka tidak menerimanya,batallah hujah mereka..

Wallahuaklam.. Penulisan ini mungkin benar dan mungkin salah.. Ada kemungkinan juga tidak sesuai aku kiaskan persoalan pertama dari buku dengan isu yang berlaku..Rujuklah mereka yang lebih tahu..

Sunday, September 8, 2013

Kisah santai lucu - takdir Allah

Fatbar seorang Pelajar tingkatan 3 yang malas belajar, sentiasa ponteng kelas dan tidak pernah menyiapkan kerja sekolah yang diberi gurunya..

Maka saat peperiksaan PMR, tiba,tanpa ulang kaji dan belajar,dia jawab peperiksaan.. Tiba masanya keputusan dikeluarkan,budak itu peroleh keputusan yang sangat teruk iaitu 7E dan 1C , C tu subjek pendidikan islam sebab dia tulis kalau pemeriksa gagalkan dia,maka pemeriksa itu 'khawarij' ..

Kemudian selepas mengetahui keputusan PMR nya, dia memberitahu kepada bapaknya.. Bapaknya sangat terkejut lalu memarahinya.. Setelah berbakul bakul berleter,si bapak bertanya kenapa keputusan peperiksaannya begitu terukk

Jawab si budak itu:

"Ini semua takdir Allah bapak..!"

"Pangggg!" , satu tamparan di pipi Fatbar..Lalu dia bertanya kepada bapaknya,

"Kenapa bapak tampar saya?"

Jawab bapaknya "Takdir Allah anakku" sambil berlalu pergi..

PS-Hidup mula belajar untuk salahkan Allah atas perbuatan sendiri.. Bijak Bijak..

Saturday, September 7, 2013

Kisah Perang Jamal dan Siffin..

Ada budak terencat akal cuba "mengkritik" sahabat nabi dengan menggunakan peristiwa "Perang Jamal dan Perang Siffin" dan aku percaya dan yakin dia tidak tahu sedikitpun sejarah sebenar Perang Jamal dan Perang Siffin namun secara membabi buta menyalahkan sahabat.. Selusuri sirah Perang Jamal , sebagaimana kita maklum perang yang melibatkan pasukan Isteri Nabi, Umm Mukminin Aishah dan pasukan menantu nabi, Saidina Ali r.a..

Sebelum perang ini bermula, Siti Aisyah telah hantar wakil untuk berdamai dgn Ali dan Saidina Ali sendri telah mengatakan bahawa beliau sendiri menemui Saiditina Aisyah untuk berdamai.. Bilamana keputusan Saidina Ali diketahui para pemberontak yang diketuai Abdullah Saba' , mereka bimbang jika kemudiannya mereka akan dihukum.. Pengikut2 Abdullah Saba' mcadangkan agar saidina Ali dibunuh tapi dibantah sebahagian yang lain ,akhir sekali mereka bercadang untuk menyerang tentera Aisyah.. Saat ketika pasukan Aisyah dan pasukan Ali tidur, si pemberontak ini menyerang pasukan Aisyah dan pasukan Ali secara serentak.. Dan masing masing pasukan Aisyah dan Ali sangka pihak lawan telah khianati janji lalu tercetuslah peperangan yang m'akibatkan kematian ramai umat islam dan kemenangan di pihak saidina Ali..

Jelas dalam kisah perang Jamal,kedua pasukan tidak mahukan peperangan tapi perancangan jahat telah diatur untuk melagakan mereka.. Sabahat xde nak bunuh sama sendiri.. Perang tercetus akibat fitnah dan insyAllah ,para ulama mengatakan dosa membunuh dalam perang ini jatuh kepada yg membawa fitnah..Iaitu Abdullah saba' dan pengikutnya ..

Perang Siffin:

Perang Siffin pulak adalah perang antara Khalifah keempat,Saidina Ali dan Saidina Muawiyah kerana keengganan saidina muawiyah untuk Baiah kepada Saidina Ali sebagai khalifah..

Kenapa Saidina Muawiyyah dan pengikutnya enggan baiah Saidina Ali?

Saidina Muawiyyah mahu beri baiah kepada saidina ALi,syaratnya beliau mahukan PEMBUNUH saidina Uthman dihukum.. Semua sedia maklum bahawa khalifah ketiga umat islam,saidina Uthman dibunuh dirumah beliau dalam keadaan beliau membaca Quran,dan jari jari beliau dikerat OLEH SANG PEMBERONTAK Abdullah Saba' dan pengikutnya.Jadi Saidina Muawiyah mahu pembunuh itu dihukum,namun Saidina Ali tidak menghukum mereka..

Kenapa Saidina Ali tidak menghukum Pemberontak ini?

Bilamana Saidina Uthman dibunuh pemberontak, dan kemudian pemberontak ini menyertai tentera Saidina Ali, confirm2 saidina Ali x suka keadaan ini,tapi keadaan tentera pemberontak yang lebih kuat dr tentera beliau menyebabkan beliau TERPAKSA menerima mereka tambahan masyarakat badwi ketika itu juga beri taat setia kepada Abullah Saba' dan sekiranya mereka akan memberontak dan hasilnya berlaku kacau bilau dalam negara ketika itu..Kalau ikut Saidina ALi,memang beliau hendak pancung2 pemberontak celaka semuanya itu..

Maka berlaku percanggahan pendapat antara kedua sahabat itu,siapa yang LEBIH BENAR?

Jawabnya yang dipihak yang LEBIH benar adalah Saidina Ali.. Pun begitu jika melihat situasi Saidina Muawiyyah,beliau tidak bertindak salah melainkan beliau enggan memberikan baiah kepada Ali sehingga pembunuh saidina uthman dihukum bunuh balik..

Fitnah yang dimulakan pemberontah Abdullah Saba menjadi pencetus semua ini, dan ijtihad kedua mereka (Ali dan Muawiyyah),jelas Ali dipihak yg benar namun walaupun salah Ijtihad Muawiyyah,tp mereka yakin mereka benar dan rela mati kerananya..Mereka mahu pembunuh Uthman dibunuh kembali,dan perang ini bukan kerana GILA KUASA,DENDAM,DENGKI dll.. Ia kerana masing masing yakin dgn takwil masing2..

Kasih sayang antara sahabat tidak pernah pudar.. Namun kerana fitnah mereka berperang atas nama kebenaran.. Moga Allah redha usaha mereka dan laknat terhadap Abdullah Saba' a.k.a PENGASAS SYIAH!

Friday, August 30, 2013

Shia dan Sunni,mana lebih benar? DrZakir jawab..

Dr Zakir Naik pernah ditanya soal Sunni dan Syiah, yang mana lebih benar..maka
jawab Dr.zakir sambil mengangkat dengan dengannya Al-Quran dan beliau berkata,

" Brother, There are no sunni or shia in the Quran, ayat quran menyebut barangsiapa yang ikut Allah dan ikut Rasulnya,shia adalah mazhab yang muncul akibat dari perpecahan politik..Dan di dalam islam juga tiada bahagian bahagian tertentu,yang ada hanyalah "muslim" , muslim adalah seseorang yang menyerah dirinya kepada Allah.."

Kemudian si penanya bertanya lagi;

Jadi tuan,kepercayaan mana yang lebih benar (more correct),shia ke sunni?

Jawab DrZakir, kepercayaan yang berpandukan alQuran dan Hadis adalah benar, jika kamu bertanya pada sesiapa pun sesuatu persoalan,maka dijawab mereka menurut AlQuran,maka ia benar,tapi jika mereka menjawab "menurut sheikh demikian,menurut imam demikian,menurut si fulan dan si fulan,dan jawapan mereka tertentangan dengan Quran,maka dia salah! Hanya dengan patuh pada Allah dan patuh pada Rasul,maka dia benar! Jika ada 2 ulama bertentangan pendapat tentang sesuautu,maka balik rujuk pada Quran,jawapan ulama yang dekat dengan Quran adalah lebih benar..Hanya yang follow quran dan hadis adalah muslim yang sebenar,manakala yang menolaknya bukanlah muslim yang sebenarnya.. Jadi brother, mana satu pilihan kamu? Shia atau sunni?

Maka dijawab si penanya tadi ;

"No sir,saya hindu,saya bertanya kerana saya ingin tahu,saya hidup dan mati sebagai hindu"

Kemudian bermulalah dakwah drZakir terhadap beliau

Nak tahu sepenuhnya,rujuk video ni : http://www.youtube.com/watch?v=p9ZsakIxrEw

Aku cuma tertarik dengan persoalan sunni dan shia.. DrZakir jawab dgn penuh hikmah dimana akhirnya beliau mewujudkan persoalan utk kita berfikir yang mana lebih benar

Sunday, August 25, 2013

Panorama #1


Maha Suci Allah yang telah menciptakan alam semesta dengan segala keteraturan dan kesempurnaannya, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya lah bergantung segala sesuatu....

The Bible's Greatest Miracle - how it works.

1. If you are a Christian, read the Bible over and over. Read every word, every sentence, every verse. Read all the books in the Bible.
2. Soon, you will either turn into

a) Atheist, b) Muslim or c) Unsound Mind

That's the Bible's greatest miracle

Most ex-Christians, especially those who knew the Bible by hearts either became Atheists, Muslims or unsound mind



WHY?

For example, ask these questions, then answer them yourselves

Who is God? Jesus. Where did Jesus come from? From his Father? Who is his Father? God. How many Gods? One - repeat the process and you will start to feel the wonder of madness sipping through your body

Next.........

Who is Mary? She is Jesus' mother. Who is Jesus? he is God who creates everything? Who creates Mary? stop..no more stupid question !!!!

Next........

Is Jesus God? Yes? Does God pray? No. Did Jesus pray? Yes. Whom did Jesus pray to? Jesus prayed to God the Father. How many Gods? One. Who is God? Jesus.


repeat and the warm of madness will slowly creep to your mind..ad soul...

Next.......

Jesus was not made into God. He was already God. Was Jesus already God when he was in the womb? - no answer
credit ; spread all over the www.facebook.com