Sebutlah InsyAllah..
|
Gambar takde kaitan k |
Ada satu kisah seorang lelaki yang ingin menjual motorsikal beliau, dia
keluar dari rumah untuk ke satu karnival dan promosikan motornya
disitu.Saat diluar rumah,jiran lelaki itu, bertanya tujuan dia keluar,
dan dia mencritakan perancangan beliau bahawa dia ingin ke karnival
untuk menjual motornya dan mulakan satu perniagaan dari hasil jualan
itu.
Pesan jiran kepada lelaki itu "Sebutlah InsyAllah"
Lantas lelaki itu menjawab "Untuk apa? Saya sudah mahu ke sana dan tidak siapa dapat menghalang saya"
Kemudian dia berlalu pergi, sesampai di karnival itu,lama dia menunggu
tanpa ada org berminat untuk membeli motorsikalnya,hampir dia berasa
berputus asa lalu ingin pulang,namun kemudian datang seorang lelaki ke
arahnya dan bertanya tentang motor itu,dia kelihatan berminat.Lalu
proses tawar menawar berlaku,sehingga akhirnya tetaplah harga untuk
motor itu..Kemudian lelaki itu meminta kebenaran untuk cuba pandu uji
motor tersebut..Dia membenarkan ..
3 Jam berlalu, 'bakal'
pelanggannya tidak kembali dengan motorsikalnya,lalu akhirnya dia
tersedar motornya telah dicuri dan dia tertipu..Lalu dia berjalan
pulang..
Sesampai ke rumah, jiran tua yang sedang berehat di halamannya bertanya "Wah,sudah terjual motor itu,berapa untungnya?"
Lalu lelaki itu menjawab,
"InsyAllah saya telah bawa motor itu ke karnival,insyAllah saya tunggu
berjam jam takde seorg pun pelanggan,insyAllah namun kemudian datang
seorg lelaki yang bersetuju untuk membeli,inysAllah dia minta untuk
pandu uji dan insyAllah,dia larikan motor itu" T.T
Lalu jirannya hairan "Awat ko mabuk apa?"
"InsyAllah.." Dia kemudian berlalu masuk ke rumahnya dgn penuh penyesalan..
Diubah suai dr cerita oleh Mufti Ismail Menk
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)