Kisah santai lucu - takdir Allah
Fatbar
seorang Pelajar tingkatan 3 yang malas belajar, sentiasa ponteng kelas
dan tidak pernah menyiapkan kerja sekolah yang diberi gurunya..
Maka saat peperiksaan PMR, tiba,tanpa ulang kaji dan belajar,dia jawab
peperiksaan.. Tiba masanya keputusan dikeluarkan,budak itu peroleh
keputusan yang sangat teruk iaitu 7E dan 1C , C tu subjek pendidikan
islam sebab dia tulis kalau pemeriksa gagalkan dia,maka pemeriksa itu
'khawarij' ..
Kemudian selepas mengetahui keputusan PMR nya,
dia memberitahu kepada bapaknya.. Bapaknya sangat terkejut lalu
memarahinya.. Setelah berbakul bakul berleter,si bapak bertanya kenapa
keputusan peperiksaannya begitu terukk
Jawab si budak itu:
"Ini semua takdir Allah bapak..!"
"Pangggg!" , satu tamparan di pipi Fatbar..Lalu dia bertanya kepada bapaknya,
"Kenapa bapak tampar saya?"
Jawab bapaknya "Takdir Allah anakku" sambil berlalu pergi..
PS-Hidup mula belajar untuk salahkan Allah atas perbuatan sendiri.. Bijak Bijak..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)