Satu kisah di zaman abbasiyah, ada seorang hamba Allah yang soleh telah
berjumpa seorang menteri kerajaan abbasiyah yang zalim,Ibnu Baqiyah,
Ibnu Baqiyah adalah seorang samseng,dia tampar org soleh itu,dia sepak
orang alim itu..
Lalu org alim itu berkata pada ibnu Baqiyah,
"Aku akan balas engkau dgn anak panah malam" , anak panah malam ini
adalah doa pada waktu malam, Ibnu Baqiyah cakap "Go to hell kau dengan anak panah kau itu".
kesombongan menteri ini jelas kelihatan,rakyat dilayan dengan
zalim,takde suruhanjaya ditubuhkan untuk membela rakyat bawahan yang
dizalimi org org besar..Zaman sekarang pun,berapa ramai sudah org awam
dizalimi,tapi didiamkan kerana yang menzalimi itu adalah org besar..
Bila hamba Allah ni balik,dia bangun dan berdoa pada waktu malam "wahai
tuhanku,dia sepak aku,dan aku minta padaMu agar potong tangan dia yang
sepak aku di dunia ini"
Tak berapa lama,kerajaan Abbasiyah
dirampas oleh pemerintah baru, dia tangkap menteri dajjal itu dan potong
tangan dia kemudian tangan itu digantung di pintu baghdad, dan bila
hamba Allah yang dizalimi ini lihat tangan yg dipotong itu, lantas dia
sujud syukur kepada Allah..
Jarak bumi ke langit mungkin perlu
kiraan cahaya,puluhan ribuan tahun cahaya,tapi jarak doa org yg dizalimi
adalah sesingkat doa yang mustajab..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)