Ketetapan taqdir?
Ketetapan Takdir..
Selepas Ustaz Fathul Bari mengeluarkan kenyataan kenaikan harga
barang/minyak adalah takdir Allah dan kita tidak seharusnya
menentang,aku ke perpustakaan untuk rujuk mana mana buku berkaitan
perkara ini,alhamdulillah lama mencari aku jumpa satu buku bertajuk
"Masalah Taqdir" oleh Dr.Abdullah Nashih' Ulwan..Bukunya banyak
membicarakan soal persoalan , "Kalau Allah cipta kita dan cipta segala
perbuatan kita,kenapa dihisab perbuatan jahat kita sedangkan Allah yang
menciptanya", Turut membicarakan soal firman Allah bahawa Allah sesatkan
siapa yg dia kehendaki dan tunjuki siapa yang Dia kehendaki" dan "Jika
Allah dah tentukan bahawa aku jahat,kenapa perlu diseksa aku" ..
Antara tiga persoalan diatas , aku merujuk persoalan pertama dalam
membicarakan soal isu Fathul Bari.. Sebelum itu, mambahaskan penggunaan
hadis sahih oleh fathul Bari dalam pertahankan kenaikan harga barang
ini,saya memetik kata2 ustaz yang komen kenyataan UFB iaitu "Kalimah
yang benar, tapi berada di tempat yang batil."
Sebagaimana
disebut DrMaza dalam khutbah jumaat beliau , Jika subsidi utk rakyat
dikurangkan,kenapa tidak dikurangkan subsidi kepada golongan2 atasan .
Apa yang membezakan "hak" mereka dan "hak" rakyat dalam soal ini?
Kenapa yang disuruh merasai beban ini hanyalah rakyat jelata bukan
golongan elitis lainnya? Apakah "memang ketetapan Allah rakyat perlu
menderita dan elitis boleh hidup bermewah mewahan"?
Kembali kepada persoalan pertama iaitu yang aku rasa paling dekat untuk kita analogikan atau kiaskan kepada isu yang berlaku..
Dalam bab 4 buku tersebut , penulis menjawab menurut pemahamannya
bahawa untuk membahaskan isu ini,perlu diketahui 2 sifat Allah iaitu
pertama, bahawa Dia adalah Pencipta, Dia yang melakukan segala sesuatu
dan Ia tidak ditanya tentang apa yang Dia buat,sebaliknya kita (makhluk)
yang akan ditanya" , sifat kedua adalah "Maha Adil" , sesungguhnya
Allah maha Adil,Allah tidak aniayai makhluknya walau seberat zarrah..
Oleh itu kita tidak boleh gunakan satu sifat Allah sahaja untuk membahaskan tentang sesuatu perkara.
Orang yang menetapkan bahawa Allah yang lakukan segala sesuatu bagi
manusia dan mereka menetapkan sifat kePenciptaan ini akan segala sesuatu
yang berlaku,mereka ini adalah golongan Jabariyah. Golongan yang
sekaligus menidakkan ikhtiar manusia bahkan mengatakan manusia ibarat
bulu yang terbang ditiup angin.
Benar Allah bersifat pencipta
namun Allah juga maha Adil,kerana itu Allah membekalkan manusia dgn
potensi,menunjuki jalan dan memberikan kebebasan serta iktiar kepada
manusia dalam memilih untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan
sesuatu.
Kenapa Allah anugerahkan nikmat untuk kita manusia
beriktiar adalah selari dengan pemberiannya yang paling berharga untuk
kita iaitu AKAL.. Kalau Allah tidak kurniakan Akal kepada kita dan tidak
punyai kemampuan untuk beriktiar,jika lah kita tidak mahu "beriktiar"
saat melakukan sesuatu,maka tiada gunalah "akal" yang Allah
anugerahkan..
Bagi orang yang menggunakan "qadha dan qadar"
sebagai hujjah mereka, jawab kepada mereka adalah satu tamparan di pipi
mereka,lantas kemudian minta lah maaf sambil berkata "Janganlah anda
marah kepadaku kerana tamparan ini adalah ketetapan Allah" , dan jika
mereka tidak menerimanya,batallah hujah mereka..
Wallahuaklam..
Penulisan ini mungkin benar dan mungkin salah.. Ada kemungkinan juga
tidak sesuai aku kiaskan persoalan pertama dari buku dengan isu yang
berlaku..Rujuklah mereka yang lebih tahu..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)