Lama gila tak menulis tulisan berbentuk nasihat, cuma hari ini terfikir
untuk kongsikan,ia berdasarkan pengalaman sebagai pelajar di
sekolah,juga di univerisiti..
Ujian/peperiksaan perkara yang
wajib dilalui setiap pelajar,dan tahukah kita,saat kita berhadapan ujian
tersebut,kita juga diuji oleh Allah,akan sikap jujur kita..
Sedang kita menjawab ujian,pengawas
yang menjaga telah keluar dari bilik ujian,maka disitu satu ujian dari
Allah kepada kita,apakah dengan keluarnya pengawas,kita mengambil
langkah tipu daya demi memperoleh markah yang lebih baik? dengan erti
kata kita meniru dan menipu? Jika Ya, tanpa menunggu keputusan ujian
dari cikgu/pensyarah,kita telah GAGAL ujian dari Allah.. Itu ujian level
pertama,bagi yang kurang imannya.. Yang berjaya, bergembiralah.. Yang
gagal,bersedialah..
Ujian level kedua adalah untuk insan yg
berjaya dengan ujian pertama dari Allah,Allah beri dia ujian yang lebih
berat,dengan menunjukkan sahabat sekelilingnya meniru,dan dia boleh
melakukan tindakan yang serupa,yakni bukan kerana faktor pengawas
keluar,tapi faktor sekeliling, "ah,semua org tiru,takkan aku xnak tiru"
..Bagaimana begitu?? hanya iman dapat menghalangnya..
Tanya diri kita.. Dalam ketiga ujian ini,apakah yang melepasi semuanya?
Ada yang berjaya semuanya,Alhamdulillah..
Ada yang berjaya ujian bertama , dapat A+ dari cikgu,apakah dapat "markah" yang sama dari tuhan?
Ada yang gagal di ujian pertama,tapi Lulus dengan ujian tuhan..
Tapi looser yang paling unggul adalah,gagal ketiga ketiganya.. Dah la meniru,tapi gagal juga
Tanya diri kita.. Dimana kita..
Allah sebut juga dalam Quran, jangan kata diri kamu beriman sebelum
kamu diuji,maka dgn ujian ini..Apakah kita seorang yang beriman?
Wallahualam,kita sendiri jawab..
Aku ada sahabat masa
bersekolah,satunya yang aku bila peperiksaan,aku bertanding markah
tinggi.. Aku tak suka bandingkan dengan org lain kerana aku tak tahu itu
markah sebenar atau hasil dari meniru,tapi dengan salah seorg kawan
aku,dari tingkatan 1 hingga 3, 6 bawah dan atas. .Aku cenderung utk
iktiraf "perlawanan" dgn dia, sebab dia tak pernah meniru.. Selalunya
aku tak menang r,tapi beza sedikit sahaja..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)