Aku
ada baca buku ramadan lalu, bertajuk 'Fikah Luar Negara' oleh DrMazlee
Malek, antara yang dibincangkan adalah soal jarak solat Qasar (percaya
tak 16km dah boleh qasar?) , tentang Koshe ,makanan sembelihan yahudi
yang halal dan juga yang menarik, berkenaan jamak ketika
hujan.Kebetulan kita di musim hujan,saya ingin kongsikan perihal 'jamak
ketika hujan'.
Memandangkan ramai antara friends list aku adalah bermazhab Shafie,maka aku hanya berikan menurut pandangan shafie.
Menurut mazhab yang majoriti rakyat Malaysia anuti ini, adalah harus
untuk kita jamak solat ketika hujan iaitu zohor + asar , dan maghrib +
isya'..
Dalil? Ada hadis sahih mengatakan nabi solat jamak
zohor dan asar di madinah tanpa baginda dalam keadaan musafir (ada
menambah 'dalam keadaan takut)
Mazhab shafie hanya benarkan utk jamak taqdim,iaitu solat permulaan adalah zohor dan maghrib.
Dan syarat syaratnya adalah:
Pertama : Hujan ada time takbiratul ihram pertama dan kedua,dan ketika salam kedua.
Kedua : UNTUK YANG BERJEMAAH DI MASJID SAHAJA! (mazhab hambali berpendapat lebih luas)
So,selamat beramal.. Ingat, Islam itu mudah Jangan dipersulitkan..
PS- Ingat.. jamak TANPA qasar deh.. Jangan pandai2 qasar pula
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)