Antara tikus,Ular dan kucing
Risiko paling besar kucing berada dalam rumah adalah ia akan buang air
merata rata, mungkin pada baju dan mungkin pada tilam,tapi sesungguhnya
ada risiko yang lebih besar jika kucing tidak ada dalam rumah..
Musuh utama kucing rumah adalah tikus,dan tikus juga merupakan ancaman
besar kita kerana ia sangat bawak penyakit,melalui virus yang boleh dia
sebarkan.. Dengan adanya kucing di dalam rumah,kebarangkalian untuk
tikus menguasai rumah adalah kurang,bayangkan anda meninggalkan rumah
selama 5 hari tanpa kucing,apa tikus2 boleh lakukan,kalau kucing,ia
mungkin setakat kencing dan berak sahaja.
Kucing juga mampu
menyelamatkan rumah kita dari dimasuki ular (kecil) kerana sifat
'menikus' nya , ikut rekod kucing aku sendiri pernah bunuh ular kecil yg
mungkin berbahaya (bukan merbahaya,imbuhan 'mer' takde dalam bahasa
melayu tp sering digunakan,sayangi bahasa anda) kepada kita..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)