"Sa’ad
bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah sebagai ketua kaum Aws.
Dia datang dengan marah ketika Mus’ab bin Umair sedang menyampaikan
Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja, dia
terus menarik baju Mus’ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus’ab.
Dia menyuruh Mus’ab menghentikan usaha dakwah.
Mus’ab tidak melenting atau menentang. Kata Mus’ab:
“Apa kata kau duduk
dahulu dan mendengar apa yang aku hendak katakan? Kemudian jika kau
suka, kau boleh ikuti. Jika kau tidak suka, maka aku boleh pergi”
Kelembutan Mus’ab dan ketenangannya, membuatkan hati Sa’ad bin Muaz
lembut. Apabila dia mendengar kata-kata Mus’ab, ceramah Mus’ab dan Islam
yang Mus’ab sampaikan, Sa’ad bangun. Dia berkata kepada Mus’ab:
“Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya?”
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)