Wednesday, July 13, 2011

Tak sampai seru lagi ??

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu..ehe


Penulis pernah bertanya kepada sorang sahabat,dengan nada gurauan jer..penulis kata,


"mg (kamu) ni comey (cantik) dah,tapi kalu (kalau) pakai tudung koho (makin) comey .."


Dia pun cakap,


"Nantilah,tak sampai seru lagi ..."


Kemudian terbaca juga sal artis malaysia,bila kebosanan,balek akhbar , bila cakap sal tudung,tutup aurat,jawab dia org nak pakai,tapi belum sampai seru lagi..


Penulis muskil,pelik dan heran..


Apa punya tidak berakal lah jawapan tu..


Tak tercapai langsung diakal penulis dengan jawapan sebegitu..


Nak kata bodoh , bimbang terasa hati,tapi kalau tak kata, makin menjadi jadi..hihi ..


Yang duk kata tak sampai seru...tak sampai seru tu ..tak faham Quran ke?bukan ke 1400 tahun dulu lagi nabi Muhammad s.a.w seru untuk tutup aurat.. Dalam Quran kata,suruh an nur kalau tak silap penulis..ayat 31 disebut firman Allah yang bermaksud "Dan hendaklah mereka (muslimah) menutup kepala mereka (bertudung) hingga ke dada dengan (kain tudung) dan jangan lah menampakkan perhiasannya" ..


Ni bukan seru ke ni?


Ke firman Allah ni untuk sajer sajer?Allah dah seru,nabi dah seru,ulama dah seru,tapi boleh lagi bagi alasan sebegini..reka la alasan lain yang lebih gempak...cakap je korang (yg tak bertudung lagi) tak mahu ikut hukum Allah ..serabut dan rimas...jujur begitu lagi mudah...nak ke hell pun mudah,..kui kui kui..


Biar buta mata,biar pekak telinga,tapi JANGAN BUTA HATI dan PEKAK HATI ...utk menerima seruan ILAHI !!

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)