Wednesday, July 13, 2011

LA TAHZAN ... INNALLAHHA MA' ANA .....

Assalamualaikun dan salam perkongsian ilmu ...


Teringat satu kisah dimasa nabi dan Abu Bakar ingimahu berhijrah ke madinah,


Ketika didalam sebuah gua,Abu bakar bimbang akan kehadiran kelibat orang kafir yang ingin membunuh mereka ..


Dalam kebimbangan itu,Rasulullah kemudian bersabda kepada sahabatnya itu ,


"La Tahzan,innallahha ma' ana " yang bermaksud "JANGAN BERSEDIH,ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA"


Maka tenanglah Abu Bakar ..Mereka selamat tiba ke Madinah tidak lama kemudian ..


Apa yang kita boleh ambil dari peristiwa itu dalam kehidupan seharian kita?


Baik .. Artikel ini penulis tujukan khas kepada mereka yang berpegang teguh pada ajaran islam walaupun orang akan kata kamu ketinggalakn zaman dan tidak cerdik ..


Hari ini,jika kita ikut perintah Allah dan takut nak langgar larangan Allah,orang akan kata kita terlalu ketinggalan,mereka tahu itu salah dan mereka menyeru kepada yang salah kepada kita dan berbangga dengan maksiat yang dilakukan ..


Dan kita,orang yang takut untuk melakukan maksiat,bahkan menentang maksiat yang mereka lakukan dicerca dan dihina serta diugut  dengan pelbagai cara ..


Mungkin,selepas diugut,diketawakan..anda terfikir untuk lepas tangan ...arhhh,biar je la mereka ..baik aku urus hal aku sendiri!! mungkin itu fikir kalian ..


Anda telah melakukan kesilapan besar ..Anda membawa diri anda jauh dari syurga..kenapa?


Kerna di akhirat kelak,rakan anda yang bermaksiat itu,sebelum masuk ke neraka,dia akan tarik anda juga , kerana alasan mereka "bakpe mg dop kabo ke aku yg aku wt tu maksiat(kenapa tak menasihati aku tentang perkara maksiat yang aku lakukan dulu)"


Haaaaa...jadi,skrg,jangan takut untuk menyeru kepada maaruf,dan jangan bersedih jika dicaci dan dihina...kerna ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA KITA!!! 24 jam bersama dengan kita...don't worry be happy ... ehe..

 LA TAHZAN ... INNALLAHHA MA' ANA .....

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)