Assalamualaikum dan salam memberi senyuman paling manis hari ini....ehe
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)
Senyum itu sedekah,bila sedekah dapat pahala kan? aiiyyaaaaa....mudahnya nak dapat pahala !!pasti mudah juga nak masuk syurga camni (tapi yg wajib tu wajib la laksanakan,jgn ingat cukup dengan senyum je..) hik hik hik (ketawa sinis)
penulis pun kalau boleh nak senyum setiap masa,tapi masalahnya la,si penerima senyuman cam ingat penulis ni gatal je lau senyum kat dier..hermmm..patut nya balas la senyuman tu balik :p
Senyum adalah satu perkara yang semua orang boleh buat,kecuali yg ada masalah ketidakcukuban gigi..satu lain,orang yang payah nak senyum adalah orang yang mengalami tekanan perasaan,ni jangan dipaksa senyum lah,tak jadi..Satu lagi orang yang tahan nak buangair besar...Memang tak dapat senyum gak..senyum pun senyum nak nangis..
Senyum itu beragam,ia banyak jenis,antara senyuman paling mahal adalah senyuman baginda Rasulullah yang bisa menarik hari seorang arab badwi..Abdullah bin Harits mengatakan, "Saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (Riwayat Ahmad).
Sunyuman sejati pula adalah Senyum ketika mendengar berita gembira .Sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Bakar ra apabila beliau dipilih oleh Rasul SAW untuk menemani baginda berhijrah ke Madinah. Ketika itu Abu Bakar ra tersenyum hingga menitiskan air mata kegembiraan..Ini senyuman kasih sayang ..
Ada banyak lagi jenis senyuman antaranya Senyum tidak keliatan gigi,Ini adalah jenis senyum yang mununjukkan orangnya pemalu..(cam penulis la...hik hik hik) Tapi ada kemungkinan kerana orang tu lupa gosok gigi atau kuning giginya haw haw haw(kewata jahat)..(bukan punulis ni...betul!!) orang gini pun confirm pemalas mandi,sebab gigi biasa digosok selepas mandi...kui kui kui (ketawa arnab)
Senyum kelihatan gigi,ini cam tunjuk sifat orang tu berkeyakinan,ni juga jenis orang yang nak tunjuk giginya putih...wakakakaka (ketawa orang x betul)
Senyum sinis Menarik Sebelah Bibir ..Bila ada orang yang senyumnya lebih banyak menggunakan senyum ini. Biasanya memiliki sifat agak pemarah dan sedikit sombong. Dapat sangat terganggu apabila ada orang lain yang ikut apa yang dia lakukan...hermm..
Hati2 dengan orang seperti ini karena mungkin menguasai sedikit magic karena ada kemungkinan punya garis keturunan dari nenek sihir. Hihihi(ketawa sopan)
Senyum tapi tak senyum ,Pemilik senyum ini adalah seorang yang misteri.... seorang yg misteri ni sukar didekati. kalau jumpa pada waktu malam, segera lari jika lihat kakinya tidak menyentuh tanah. kah kah kah (ketawa tukar tiub)
Senyum memanjang pula jenis orang yang Suka berkhayal n mempunyai daya imaginasi yg tinggi. Sifatnya kreatif dan inovatif.. api jaga jaga kalau orang ni senyum sambil pandangan tidak tentu hala..mungkin juga dia orang kurang siuman...
Banyak jenis senyum sebenarnya ..
Tak kisah la senyum macam mana pun..
Senyumlah..
Ada ganjarannya :)
Ukirlah senyuman yang paling manis.....kerana selain sedekah.... senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati....ia tidak menyakitkan .....tetapi menjadi penawar hati yang sakit..
ps-lau jumpa mak cik,pak cik tua,pun senyumlah..mana tahu ada anak dara dirumah.... heeeeheeee (ketawa gatal) hahaahahaha
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)