Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu :)
Salah satu akhlak terpuji yang patut kita sebagai manusia amalkan dalam menjaga hubungan sesama manusia adalah memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita ..
Perkara ni memang berat pada kita semua,kecuali kita punyai hati yang amat lembut,atau org tu adalah aweks kita ..wakaka..kalau gaduh aweks,pergghh,,skali pujuk dah maafkan,tapi kalau kawan buat silap ,
"Sampai mati tidak kan aku maafkan engkau!!!"
Allah amat menyukai oranh yang mudah memaafkan seperti dinyatakan dalam surah ali imran ayat 134 ((yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.)..
Lagi terpuji tindakan seseorang itu jika sanggup melakukan perkara baik kepada orang yang buat jahat pada kita,misalnya orang tu maki hamun kita,kutuk kita depan orang,lepas dia sudah kutuk,dia belikan air kotak milo sejuk satu sambil kata
"Dahaga tak,amik la saya belanja" ..try bayangkan reaksi dia tika tuh? hehe..
Tapi mampu ke kita bertindak sebegitu?saya tak mampu kot..tp insyAllah nak cuba nanti .. =)
sama samalah kita lembutkan hati untuk mudah memaafkan org yang berbuat kesalahan kepada kita..Lebih lebih selepas mereka meminta maaf :)
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)