Assalamualaikum dan salam perkongsian..
"Ambil islam semua sekali,atau tinggalkan islam semuanya"
Diatas bukanlah kata kata Muammar Qaddafi@Shohwatul islam,tapi ia adalah ungkapan dari ulama ulama haraki yang <span class=" fbUnderline">bekerja kuat untuk mendaulatkan islam sebagai satu cara hidup</span>.. (Bukan wa yang cakap k)
Ulama ini melihat,bahawa masyarakat sekarang hanya terima atau gunakan islam separuh separuh,yang mereka rasa nak amik,mereka amik,yang mereka tak nak,mereka tolak..GILA APA ..
Kita singkapkan ungkapan ini,secara kecil dahulu,merujuk kepada remaja zaman sekarang,khususnya kepada mereka yang tidak pernah ditarbiyah untuk mendekatkan diri kepada Allah,
Lihatlah remaja hari ini,mereka langsung tidak memiliki ciri ciri remaja islam,ciri ciri ashabul kahfi yang disebut dalam Quran .
Tengok remaja lelaki,berpakaian cara ala ala barat , dengan seluar yang koyak,ketat,dan bersubang..bukan nak buruk sangka,tapi golongan camni,solat ke tak?
Remaja perempuan pulak,jarang nak jumpa yang mencontohi isteri Rasulullah,yang jadi ikutan adalah para artis 3 suku..Tak kurang ada yang bertatu,bertindik,tak bertudung,baju lengan pendek,seluar skin ketat, ni la golongan yang nabi gelar sebagai wahn ni kan?cinta dunia takut mati..
Pokoknya,lihat remaja hari ni,mereka ambil islam sebahagian,tolak sebahagian,mereka bertudung (ni islam) tapi pakai baju lengan pendek (ni tidak islam)..
Ini satu perkara yang penulis ertikan sebagai "mengong" ..
Tanpa mereka sedari,mereka telah memberi gambaran negatif terhadap islam dengan cara mereka...mereka permainkan islam,persenda agama .
Sebab tu la mungkin sebabnya ulama haraki majoritinya berkata ,
"AMBIL ISLAM SEMUANYA,ATAU TINGGALKAN SEMUANYA" ..
rEMAJA ISLAM...BUAT PILIHAN SEKARANG... SYURGA OR HELL ..
nice entry
ReplyDelete