Assalamualaikum dan salam perkongsian.
Pernah seorang guru sebutkan tentang kisah bangau dalam lagu bangau oh bangau..Liriknya begini :
Bangau oh bangau mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu?
Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku ..
Perhatikan lirik lagu ini,semua saling beri alasan ..
Bangau salahkan ikan,ikan salahkan rumput,rumput salahkan kerbau,kerbau salahkan perut,perut salahkan nasi,nasi salahkan kayu api,kayu apa salahkan hujan,hujan salahkan katak..last last yang dapat untung ular..
KIta pun sama 2 x 5 .. Kenapa tak puasa,then kita salahkan perut yang lapar..pergghh..
Kenapa tak solat,kita salahkan air yang takde..
Kenapa buat maksiat kita salahkan nafsu yang tak tahan..
Kenapa tolak hukum Allah,kita salahkan Allah dgn hukum yg zalim .. (ni tahap kapir dah ni)
Asyik nak tolak kesalahan...Tak pula cuba untuk perbaiki kesalahan..
Inilah umat islam hari ini..
Bangau semuanya..Bangau tu putih berseri,cam agama kita,putih,tapi sekadar agama yang putih,imannya lemah..iaitu penganutnya yang lemah..pergghh..
Yang untungnya si ular @ kafir2 harbi...
berubahlah sebelum mati wahai teman-teman..jadilah manusia,JANGAN JADI BANGAU !
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)