Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu :)
Time penulis sekolah dulu dulu (macam la dah tua),selalu ckgu pesan pada pelajar,
"Sekarang awak semua belajar dulu,jangan nak kapel kapel lagi,bila dah di U nanti baru boleh kalau nak kapel pom"
Ehe..
ehe..ehe..ehe..ehe.. ( ketawa sopan)
Boleh ke? (upin tanya)
tak boleh...tak boleh... tak boleh... (ipin jawab)
Jadi mahasiswa tidak bermakna anda punya lesen untuk berkapel .. eleh,baru umur 20/21 dah nak mengatal..hihi..
Kenapa saya cakap tak leh kapel juga time di U ...mmmm....
Sebabnya setan dan iblis juga ada disana ..
Jangan bohong kalau cakap kalau masuk U dah cerdik,tak kan buat maksiat ..
Soal ni,tak kira orang cerdik or tidak,sama 2 kali lima..Yang membezakannya adalah IQ je ..
Tapi...
Iman entah dimana tahapnya ..
Kadang kadang orang cerdik lebih bijak bermaksiat ..
Dan maksiat ini hadir bila wujudnya 'kapel'..
Sebab tu la ia tetap haram tak kira anda pelajar mahupun mahasiswa ..Graduan pun tetap haram kapel,kerna dah memang begitu .. Yang halal hanya dua je dalam perhubungan ni,tunang dan nikah,tapi malangnya ramai juga dah salah guna status tunang skrang ..
Bila keluar artikel bahawa "bila dah lafaz saling setuju nak khawin automatik jadi tunang" maka ramailah pasangan pasangan mula amik tahu bab agama (soal tunang ni je),tiba tiba masing masing jadi alim agama...ehe.. tanpa segan silu istihar mereka tunang..biar baru umur 15 tahun pun ..
Tak nafi isi kandungan artikel tersebut betul,hanya lafaz diperlukan untuk bertunang,tidak perlu wali dan saksi,dengan kaedah 'sindiran' pun dah kira tunang TAPI Sheikh Abu Ishaq al-Atsari dalam kitabnya al-Insyiarah fi Aadaabin Nikah mengatakan di bawah bab melamar isteri, “Setelah itu, hendaklah ia pergi melamar pilihannya itu kpd walinya..haaaaa..
Satu lagi,muda mudi mentang mentang la tahu mudahnya bertunang cara islam,terus kata "kami dah tunang,takde orang leh kacau kami,bukan kami reka,islam ajar" tapi malangnya dalam bab tu je la ikut islam,padahal islam tetapkan juga batas dengan tunang sama je dengan janabi,tak pula ikut,pegang sana sini atas tiket "tunang aku tuh" ... ni la orang yang penulis geram nak gelarkan sebagai "Bengong" //Geram nak terajang sorang sorang ..
OPPssss..Dah lari tajuk,nak bincang soal mahasiswa xleh kapel je ... mari smpai tunang lak daaa..
ehe..
Pepun..
Mahasiswa yang benar benar bijak tidak akan berkapel ..
Teruskan kempen " Mahasiswa bijak jauhi zina"
Takbir !!
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)