Monday, July 25, 2011

ea2..matu tuh..jaga..mata tuh

Assalamulaikum dan salam perkongsian..



Orang cakap,bukan ana cakap,orang cakap,bermula dari mata,turunlah ke hati,bermulalah cinta pandang pertama..hihi (ketawa segan)



Itu orang cakap...siapa yang cakap..ramai yang cakap ..



Tolak ketepi kejap apa yang orang cakap,meh kita tengok apa yang Rasulullah cakap,



"“Pandangan (mata) itu adalah satu anak panah yang beracun daripada panah-panah iblis. Oleh kerana itu barangsiapa meninggalkannya, lantaran takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya, maka ia akan memperoleh kemanisan iman dalam hatinya.” (Hadis riwayat Ahmad)..



Haaaaaa....nak main mata lagi?



Ehe..



Mata adalah satu anugerah Allah..Nikmat mata,hanya orang buta yang ketahuinya..Tak caya?





Tanyalah mereka..Tapi sekarang penulis bukan nak bicara tentang cara cara nak hargai mata,cuma nak berpesan pada sahabat sahabat agar mengetahui dasyatnya jika tak jaga mata.



Semua tahu dah,yang lelaki tak leh tgk wanita lama lama,pandangan pertama harus ,kedua jadi haram ..



Benar kata ungkapan dari mata,turun ke hati,tambah sikit lagi....gelaplah ia jika silap pandang..



Andai lihat or pandang perkara yang tak kena,perkara salah,maka kesannya pada hati..



Kalau lihat yang positif,itu lain cerita,tapi klau SELALU lihat yang negatif ni,maka negatiflah hati kita.



Bila hati dah negatif,maka akal mula juga negatif,dari akal yang negatif bawa kepada tindakan yang negatif juga..maka negatiflah segala hidup kita..Faham?



,Maknanya gini,ehe..pabila kita melihat sesuautu yang maksiat ,maka hati kita akan jadi gelap,dan lemah pegangan iman,bila dah lemah iman,cara kita berfikiran pun tak ikut islam,bila fikir salah,kesannya?bila kita berbuat sesuatu..pastinya ia salah, coz akal kita yang mengawal tindakan kita..bukan begitu..



Itu bahayanya jika tak jaga mata...Bermula dari mata,turun ke neraka...parah tu..

So,JOM JAGA MATA :)

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)