Friday, July 29, 2011

senyum...senyum...senyum...senyum...

Assalamualaikum dan salam memberi senyuman paling manis hari ini....ehe

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)


Senyum itu sedekah,bila sedekah dapat pahala kan? aiiyyaaaaa....mudahnya nak dapat pahala !!pasti mudah juga nak masuk syurga camni (tapi yg wajib tu wajib la laksanakan,jgn ingat cukup dengan senyum je..) hik hik hik (ketawa sinis)


penulis pun kalau boleh nak senyum setiap masa,tapi masalahnya la,si penerima senyuman cam ingat penulis ni gatal je lau senyum kat dier..hermmm..patut nya balas la senyuman tu balik :p


Senyum adalah satu perkara yang semua orang boleh buat,kecuali yg ada masalah ketidakcukuban gigi..satu lain,orang yang payah nak senyum adalah orang yang mengalami tekanan perasaan,ni jangan dipaksa senyum lah,tak jadi..Satu lagi orang yang tahan nak buangair besar...Memang tak dapat senyum gak..senyum pun senyum nak nangis..


Senyum itu beragam,ia banyak jenis,antara senyuman paling mahal adalah senyuman baginda Rasulullah yang bisa menarik hari seorang arab badwi..Abdullah bin Harits mengatakan, "Saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (Riwayat Ahmad).

Sunyuman sejati pula adalah  Senyum ketika mendengar berita gembira .Sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Bakar ra apabila beliau dipilih oleh Rasul SAW untuk menemani baginda berhijrah ke Madinah. Ketika itu Abu Bakar ra tersenyum hingga menitiskan air mata kegembiraan..Ini senyuman kasih sayang ..



Ada banyak lagi jenis senyuman antaranya Senyum tidak keliatan gigi,Ini adalah jenis senyum yang mununjukkan orangnya pemalu..(cam penulis la...hik hik hik) Tapi ada kemungkinan kerana orang tu lupa gosok gigi atau kuning giginya haw haw haw(kewata jahat)..(bukan punulis ni...betul!!) orang gini pun confirm pemalas mandi,sebab gigi biasa digosok selepas mandi...kui kui kui (ketawa arnab)



Senyum kelihatan gigi,ini cam tunjuk sifat orang tu berkeyakinan,ni juga jenis orang yang nak tunjuk giginya putih...wakakakaka (ketawa orang x betul)


Senyum sinis Menarik Sebelah Bibir ..Bila ada orang yang senyumnya lebih banyak menggunakan senyum ini. Biasanya memiliki sifat agak pemarah dan sedikit sombong. Dapat sangat terganggu apabila ada orang lain yang ikut apa yang dia lakukan...hermm..


Hati2 dengan orang seperti ini karena mungkin menguasai sedikit magic karena ada kemungkinan punya garis keturunan dari nenek sihir. Hihihi(ketawa sopan)



Senyum tapi tak senyum ,Pemilik senyum ini adalah seorang yang misteri.... seorang yg misteri ni sukar didekati. kalau jumpa pada waktu malam, segera lari jika lihat kakinya tidak menyentuh tanah. kah kah kah (ketawa tukar tiub)



Senyum memanjang pula jenis orang yang Suka berkhayal n mempunyai daya imaginasi yg tinggi. Sifatnya kreatif dan inovatif.. api jaga jaga kalau orang ni senyum sambil pandangan tidak tentu hala..mungkin juga dia orang kurang siuman...

Banyak jenis senyum sebenarnya ..

Tak kisah la senyum macam mana pun..

Senyumlah..

Ada ganjarannya :)


Ukirlah senyuman yang paling manis.....kerana selain sedekah.... senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati....ia tidak menyakitkan .....tetapi menjadi penawar hati yang sakit..

ps-lau jumpa mak cik,pak cik tua,pun senyumlah..mana tahu ada anak dara dirumah.... heeeeheeee (ketawa gatal) hahaahahaha

Wednesday, July 27, 2011

Realiti remaja islam hari ini dengan bangau (org tua pun 2x5)

Assalamualaikum dan salam perkongsian.

Pernah seorang guru sebutkan tentang kisah bangau dalam lagu bangau oh bangau..Liriknya begini :

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul?


Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat?

Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput?

Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit?

Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?

Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu?

Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
 Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku ..

Perhatikan lirik lagu ini,semua saling beri alasan ..

Bangau salahkan ikan,ikan salahkan rumput,rumput salahkan kerbau,kerbau salahkan perut,perut salahkan nasi,nasi salahkan kayu api,kayu apa salahkan hujan,hujan salahkan katak..last last yang dapat untung ular..

KIta pun sama 2 x 5 .. Kenapa tak puasa,then kita salahkan perut yang lapar..pergghh..

Kenapa tak solat,kita salahkan air yang takde..

Kenapa buat maksiat kita salahkan nafsu yang tak tahan..

Kenapa tolak hukum Allah,kita salahkan Allah dgn hukum yg zalim .. (ni tahap kapir dah ni)

Asyik nak tolak kesalahan...Tak pula cuba untuk perbaiki kesalahan..

Inilah umat islam hari ini..

Bangau semuanya..Bangau tu putih berseri,cam agama kita,putih,tapi sekadar agama yang putih,imannya lemah..iaitu penganutnya yang lemah..pergghh..

Yang untungnya si ular @ kafir2 harbi...

berubahlah sebelum mati wahai teman-teman..jadilah manusia,JANGAN JADI BANGAU !

Tunggu dapat petunjuk ? kih kih kih

Assalamualaikum dan salam perkongsian..


Kadang kala kita terdengar,bila kita tegur seseorang yang tidak menjaga batas,tak jaga aurat,akan timbul komen dari kawan lain mengatakan,


"Kita doakan dia dapat petunjuk dari Allah"


"Semoga Allah beri dia petunjuk ke jalan yang benar"


"Belum dapat petunjuk lagi tu"


Komen ini adalah benar sekali...kalau nak tekankan lagi, komen ini amat benar sekali ..Guna belaka kata penguat bebas dan penguat belakang..


Betul,petunjuk dari Allah yang boleh bawa seseorang keluar dari kemaksiatan,tetapi soalnya disini,sebenarnya petunjuk dah ada,siapa boleh pertikaikan bahawa AL QURAN ITU MERUPAKAN PETUNJUK DARI ALLAH UNTUK KITA KELUAR DARI NODA DOSA..?


tengok..tengok...tengok..


Tak perlu minta petunjuk,mereka yang melakukan maksiat itu bukan tidak dapat petunjuk,tapi MEREKA SOMBONG dengan Allah S.W.T ..


Cuma kita boleh doakan agar Allah lembutkan hati mereka untuk menerima petunjuk itu...ehe

Tuesday, July 26, 2011

Mereka anti Nabi Muhammad ??

Assalamualaikum dan salam perkongsian :)



Selalu kita lihat,media media barat hina nabi,orang orang kafir hina nabi,itu perkara biasa,dan mengapa mereka hina nabi,itu kerna mereka tak kenal siapa itu Muhammad Bin Abdullah dengan sebaiknya ..



tapi tolak ketepi sikit cerita tu,kali ni saya bukan nak cerita kisah orang kafir yang hina nabi , tapi nak cerita tentang orang islam di Malaysia yang anti nabi..



Uiissshhh...Ada ke?Tak masuk berita pun.. ??



Mungkin itu persoalan yang timbul dalam sanubari korang semua,ehe..



Ini pula jawapan yang timbul disini :



"YUP....ADA!!!!"



Mana bukti?mana saksi?kau laungkan,ohooii...?



Nak bukti,mungkin di depan mata anda,dan mungkin anda sendiri..



Orang yang anti nabi adalah orang yang tidak SUKA/tak buat apa yang nabi suruh ..



Nabi suruh tutup aurat,coz Allah yang perintahkan,tapi mereka tak tutup aurat,tak ke mereka tu anti nabi?



Mengikut kamus dewan edisi ke empat, "anti" bermaksud "tidak suka: jangan" ..



Mungkin ini satu tuduhan yang besar,melampau,tapi fikirlah kalian,apa yang nabi suruh adalah perkara berkaitan halal haram,kamu lihat,misalnya menutup aurat,kamu lihat itu perkara biasa,



"Ala,kami tak tutup aurat je,dah dituduh anti nabi,kami solat la,tak semestikan kami tak tutup aurat kami ni tak baik"



mungkin ini respon dari mereka yang tidak menutup aurat...Ada dua kesilapan dalam respon mereka iaitu ,



1: "Kami tak tutup aurat tapi kami solat"

Ini bermakna mereka amik islam sikit,tolak sikit...Ini salah,rujuk pada notes ini http://www.facebook.com/notes/shohwatul-islam/amik-islam-100-or-tinggalkan-100-tak-main-la-50-50-suara-tegas/240771652610612



2:"Kami tak tutup aurat tak semestinya kami ni tak baik" ...Ini respon biasa, nak betulkan sikit,kalau kamu tak tutup aurat,sah kamu tak baik..wakaka...mana ada fatwa kata tak tutup aurat tak semestinya tak baik..kui3..



Renungkanlah,Tak tutup aurat ni hanya salah satu contoh,ada ramai lagi yang anti nabi,tolak quran,tolak sunnah,tak ikut hukum islam,mereka semua anti nabi..



Persoalannya..



Adakah kita termasuk dalam golongan itu?



Jika ya..masih ada peluang nak bertaubat..



Jika tidak....ANDA PASTI?



Alhamdulillah jika tidak :) ehe



kalau wrase2 posting kali ni salah..gtaw lah ekk...hihi

Alasan super mereka yang ponteng puasa

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..



Sepanjang 20 tahun hidup,berjumpa dengan ramai orang,selalu juga dengar pengakuan mereka yang ponteng puasa bersama alasan mereka (mereka gtaw alasan mereka dengan megah beb)



1.Laparlah...Tak tahan..



Apa manusia la...tak lapar tak la namanya puasa... itu satu ujian untuk setiap muslim/mukmin,kalau tahan makan 13 jam tak mampu,nak perang camne gini (ayat seseorang bakal YB yang ku kenali)ehe..



Sememangnya perkara biasa,kalau puasa tu,kita lapar,tak lojik la kul 12 tengahari bulan ramadan,time tengah puasa kita sebut "arrhr..kenyangnya...errk"



2.Lupa nak niat semalam ..



Ni seperangai lagi..Niat pun leh jadi alsan,try baca satu tulisan tok guru nik aziz berkaitan niat,Pada akhir syaban lagi kita dah niat nak puasa di bulan puasa,macam mana leh lupa niat?lafaz tak wajib,niat dalam hati nak puasa "ea,esok pose lak" masa berbuka tu..dah kira niat dah tu..cam ne lagi...parah la..



3.Lupa mandi wajib,semalam mimpi..



Ini kisah benar depan mata ni..kih kih kih ..ea2..bangun tidur tu,mandi je lah,payah apa,apa kes bangun tido pi cari nasik dalam loker,apa kes.....Bukan sengaja mende tuh.. (kes budak asrama ni)



4. Kawan ajak ponteng bang ..



Nanti kawan ajak bakar tangan,join skali ekk..Ni padah bila silap memilih rakan ..hurmm .. orang cakap,kawan biar seribu,musuh jangan sorang pun,tapi kalau kawan tak ikut islam,jangan duk kawan la..Tiada faedah..Kalau yakin boleh nasihat dia,dekati,kalau rasa akan terjebak skali..pi main jauh jauh dari dia.



Ada lagi alasan laiN?



Tapi kebiasaannya alasan mereka adalah "Lapar,tak tahan" tu je la..apa la remaja zaman skrg :(

Monday, July 25, 2011

Amik islam semuanya,or tinggalkan terus semuanya .. !

Assalamualaikum dan salam perkongsian..



"Ambil islam semua sekali,atau tinggalkan islam semuanya"



Diatas bukanlah kata kata Muammar Qaddafi@Shohwatul islam,tapi ia adalah ungkapan dari ulama ulama haraki yang <span class=" fbUnderline">bekerja kuat untuk mendaulatkan islam sebagai satu cara hidup</span>.. (Bukan wa yang cakap k)



Ulama ini melihat,bahawa masyarakat sekarang hanya terima atau gunakan islam separuh separuh,yang mereka rasa nak amik,mereka amik,yang mereka tak nak,mereka tolak..GILA APA ..



Kita singkapkan ungkapan ini,secara kecil dahulu,merujuk kepada remaja zaman sekarang,khususnya kepada mereka yang tidak pernah ditarbiyah untuk mendekatkan diri kepada Allah,



Lihatlah remaja hari ini,mereka langsung tidak memiliki ciri ciri remaja islam,ciri ciri ashabul kahfi yang disebut dalam Quran .



Tengok remaja lelaki,berpakaian cara ala ala barat , dengan seluar yang koyak,ketat,dan bersubang..bukan nak buruk sangka,tapi golongan camni,solat ke tak?



Remaja perempuan pulak,jarang nak jumpa yang mencontohi isteri Rasulullah,yang jadi ikutan adalah para artis 3 suku..Tak kurang ada yang bertatu,bertindik,tak bertudung,baju lengan pendek,seluar skin ketat, ni la golongan yang nabi gelar sebagai wahn ni kan?cinta dunia takut mati..



Pokoknya,lihat remaja hari ni,mereka ambil islam sebahagian,tolak sebahagian,mereka bertudung (ni islam) tapi pakai baju lengan pendek (ni tidak islam)..



Ini satu perkara yang penulis ertikan sebagai "mengong" ..



Tanpa mereka sedari,mereka telah memberi gambaran negatif terhadap islam dengan cara mereka...mereka permainkan islam,persenda agama .



Sebab tu la mungkin sebabnya ulama haraki majoritinya berkata ,



"AMBIL ISLAM SEMUANYA,ATAU TINGGALKAN SEMUANYA" ..



rEMAJA ISLAM...BUAT PILIHAN SEKARANG... SYURGA OR HELL ..

ea2..matu tuh..jaga..mata tuh

Assalamulaikum dan salam perkongsian..



Orang cakap,bukan ana cakap,orang cakap,bermula dari mata,turunlah ke hati,bermulalah cinta pandang pertama..hihi (ketawa segan)



Itu orang cakap...siapa yang cakap..ramai yang cakap ..



Tolak ketepi kejap apa yang orang cakap,meh kita tengok apa yang Rasulullah cakap,



"“Pandangan (mata) itu adalah satu anak panah yang beracun daripada panah-panah iblis. Oleh kerana itu barangsiapa meninggalkannya, lantaran takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya, maka ia akan memperoleh kemanisan iman dalam hatinya.” (Hadis riwayat Ahmad)..



Haaaaaa....nak main mata lagi?



Ehe..



Mata adalah satu anugerah Allah..Nikmat mata,hanya orang buta yang ketahuinya..Tak caya?





Tanyalah mereka..Tapi sekarang penulis bukan nak bicara tentang cara cara nak hargai mata,cuma nak berpesan pada sahabat sahabat agar mengetahui dasyatnya jika tak jaga mata.



Semua tahu dah,yang lelaki tak leh tgk wanita lama lama,pandangan pertama harus ,kedua jadi haram ..



Benar kata ungkapan dari mata,turun ke hati,tambah sikit lagi....gelaplah ia jika silap pandang..



Andai lihat or pandang perkara yang tak kena,perkara salah,maka kesannya pada hati..



Kalau lihat yang positif,itu lain cerita,tapi klau SELALU lihat yang negatif ni,maka negatiflah hati kita.



Bila hati dah negatif,maka akal mula juga negatif,dari akal yang negatif bawa kepada tindakan yang negatif juga..maka negatiflah segala hidup kita..Faham?



,Maknanya gini,ehe..pabila kita melihat sesuautu yang maksiat ,maka hati kita akan jadi gelap,dan lemah pegangan iman,bila dah lemah iman,cara kita berfikiran pun tak ikut islam,bila fikir salah,kesannya?bila kita berbuat sesuatu..pastinya ia salah, coz akal kita yang mengawal tindakan kita..bukan begitu..



Itu bahayanya jika tak jaga mata...Bermula dari mata,turun ke neraka...parah tu..

So,JOM JAGA MATA :)

Sunday, July 24, 2011

Selalu je cikgu cakap jangan cari kapel di sekolah,tapi di U takpe..boleeh ke? hermm

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu :)



Time penulis sekolah dulu dulu (macam la dah tua),selalu ckgu pesan pada pelajar,



"Sekarang awak semua belajar dulu,jangan nak kapel kapel lagi,bila dah di U nanti baru boleh kalau nak kapel pom"



Ehe..



ehe..ehe..ehe..ehe.. ( ketawa sopan)



Boleh ke? (upin tanya)



tak boleh...tak boleh... tak boleh... (ipin jawab)



Jadi mahasiswa tidak bermakna anda punya lesen untuk berkapel .. eleh,baru umur 20/21 dah nak mengatal..hihi..



Kenapa saya cakap tak leh kapel juga time di U ...mmmm....



Sebabnya setan dan iblis juga ada disana ..



Jangan bohong kalau cakap kalau masuk U dah cerdik,tak kan buat maksiat ..



Soal ni,tak kira orang cerdik or tidak,sama 2 kali lima..Yang membezakannya adalah IQ je ..



Tapi...



Iman entah dimana tahapnya ..



Kadang kadang orang cerdik lebih bijak bermaksiat ..



Dan maksiat ini hadir bila wujudnya 'kapel'..



Sebab tu la ia tetap haram tak kira anda pelajar mahupun mahasiswa ..Graduan pun tetap haram kapel,kerna dah memang begitu .. Yang halal hanya dua je dalam perhubungan ni,tunang dan nikah,tapi malangnya ramai juga dah salah guna status tunang skrang ..



 Bila keluar artikel bahawa "bila dah lafaz saling setuju nak khawin automatik jadi tunang" maka ramailah pasangan pasangan mula amik tahu bab agama (soal tunang ni je),tiba tiba masing masing jadi alim agama...ehe.. tanpa segan silu istihar mereka tunang..biar baru umur 15 tahun pun ..



Tak nafi isi kandungan artikel tersebut betul,hanya lafaz diperlukan untuk bertunang,tidak perlu wali dan saksi,dengan kaedah 'sindiran' pun dah kira tunang TAPI Sheikh Abu Ishaq al-Atsari dalam kitabnya al-Insyiarah fi Aadaabin Nikah mengatakan di bawah bab melamar isteri, “Setelah itu, hendaklah ia pergi melamar pilihannya itu kpd walinya..haaaaa..



Satu lagi,muda mudi mentang mentang la tahu mudahnya bertunang cara islam,terus kata "kami dah tunang,takde orang leh kacau kami,bukan kami reka,islam ajar" tapi malangnya dalam bab tu je la ikut islam,padahal islam tetapkan juga batas dengan tunang sama je dengan janabi,tak pula ikut,pegang sana sini atas tiket "tunang aku tuh" ... ni la orang yang penulis geram nak gelarkan sebagai "Bengong" //Geram nak terajang sorang sorang ..



OPPssss..Dah lari tajuk,nak bincang soal mahasiswa xleh kapel je ... mari smpai tunang lak daaa..



ehe..



Pepun..



Mahasiswa yang benar benar bijak tidak akan berkapel ..



Teruskan kempen " Mahasiswa bijak jauhi zina"



Takbir !!

forgive him/her/them plezzzz

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu :)



Salah satu akhlak terpuji yang patut kita sebagai manusia amalkan dalam menjaga hubungan sesama manusia adalah memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita ..



Perkara ni memang berat pada kita semua,kecuali kita punyai hati yang amat lembut,atau org tu adalah aweks kita ..wakaka..kalau gaduh aweks,pergghh,,skali pujuk dah maafkan,tapi kalau kawan buat silap ,



"Sampai mati tidak kan aku maafkan engkau!!!"



Allah amat menyukai oranh yang mudah memaafkan seperti dinyatakan dalam surah ali imran ayat 134 ((yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.)..



Lagi terpuji tindakan seseorang itu jika sanggup melakukan perkara baik kepada orang yang buat jahat pada kita,misalnya orang tu maki hamun kita,kutuk kita depan orang,lepas dia sudah kutuk,dia belikan air kotak milo sejuk satu sambil kata



"Dahaga tak,amik la saya belanja" ..try bayangkan reaksi dia tika tuh? hehe..



Tapi mampu ke kita bertindak sebegitu?saya tak mampu kot..tp insyAllah nak cuba nanti .. =)



sama samalah kita lembutkan hati untuk mudah memaafkan org yang berbuat kesalahan kepada kita..Lebih lebih selepas mereka meminta maaf :)

Sahaabt yang baik itu rezeki dari Allah :)

Assalamualaikum dan salam bersahabat ..



Rasulullah s.a.w pernah menyebut, ''sesiapa yang Allah nak jadikan dirinya baik,Allah akan rezekikan dia seorang sahabat yang baik dimana kalau dia lupa,sahabatnya akan mengingatkannya,dan kalau dia ingat sahabat itu akan membantunya''



Dua perkara yang nabi sebut tentang ciri ciri sahabat yang baik dalam hadis ni iaitu



#Dia akan ingatkan kita time kita lupa..

#Dia akan bantu kita time kita ingat..



jadi kalau kita lihat disebalik hadis ni,



Kalau Allah nak jadikan kita jahat,Allah akan beri kita teman yang jahat,maka time kita lupa,dia akan buat buat lupa bersama kita,time kita ingat,dia akan lalaikan kita..



Time kita lupa solat,lupa nak buat perkara baik,sahabat kita yang baik akan ingatkan ..tapi kalau sahabat yang mengong,time kita lupa solat,dia pun tak solat guna,sama sama chat dalam FB padahal dia tahu swaktu solat dah masyuk .. ini haprak punya kawan ...chi sie..



Bila kita ingat pula,nak solat,nak buat kebajikan,dia bersama kita,bantu kita,dorong kita, tapi lau kawan yang jahat,time kita nak wt pahala,time tu la dia nak lalaikan kita..



"rilek luuuu,main fesbuk luuu,mayang jap ag takpe" .. Ini kawan setan ni ..shooohh...shooohh....pantangh keturunan aku bertemankan setan .. hihi..



Satu hadis yang diriwayatkan olehAL Bukhari bermaksud "Tidak ada yang dua orang yang bercinta dan berkasih kerana Allah melainkan orang yang paling cinta kepada Allah itulah yang paling sayang kepada sahabatnya"..Maknannya, sahabat yang mencintai Allah adalahsahabat yang paling mencintai kita ..



Cinta antara dua sahabat ni adalah kerana Allah,berjuang bersama utnuk Allah,belajar untuk Allah bersama..Maka lahirklah ukhwah kerna Allah .. :)

Friday, July 22, 2011

Jaga hubungan dengan Allah

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu :)



Untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam kehidupan,kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah



Dalam menjalin 'hubungan baik' dengan Allah,ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan ..iaitu :



Kita perlu sayang pada Allah melebihi segalanya ..



Allah bagi kita segalanya yang kita ada atas muka bumi ini,makan,minum,udara,tempat tinggal semua Allah bagi,so bila Allah dah bagi semuanya,sayangi Allah,jangan jadi 'kacang lupa kulit" dengan menyanyangi pemberian Allah lebih dari Yang Maha Pemurahi ini ..



Yang kedua adalah kita perlu sentiasa bertaubat kepada Allah..



,ini satu cara untuk menjaga 'hubungan' kita dengan Allah,sesungguhnya Allah tu maha pengampun,dan kita manusia ni pulak memang tak pernah lepas dari wt dosa, kalau wt dosa banyak banyak,Allah pasti murka,maka bertaubatlah,maka Allah akan kasih kepada kita ::)





Seterusnya adalah,kita juga perlu baik sangka dengan Allah,



Jangan bila dapat satu musibah,terus fikir "aarrrrhhhhhh,Allah tak sayang aku la ni,orang lain berjaya,aku lak......"



Kita seharusnya yakin dengan rencana Allah untuk kita,andai kata tiada yang baik kita peroleh di dunia,Akhirat belum pasti..Kalau kamu bersangka buruk pada Allah,memang tak lama dunia akhirat bala belaka la .. Jadi selalu bersangka baik dengan Allah,jangan fikir bukan bukan,ia bawa kepada dosa tawu .. Jika ditimpa musibah..berSABARlah ..



Sebagai hamba juga,kita harus sentiasa ingat Allah,Ingat pada sang pencipta kita,bukan ingant aweks je,ingat balak je..ingat nak cari teman baru je...ingat formula math je,Allah pun kita kena selalu ingat,baru Allah tak lupa kita (Allah tak pernah lupa kita)



Cara ingat Allah ada 3 iaitu dengan perbuatan,yakni solat,dan setiap langkah perbuatan kita,kerna Allah...haaaaa,itu caranya ..



Cara kedua adalah lisan,lidah.mulut ni,caranya berzikir,kalau MALAS nak panjang panjang,cukuplah sekadar "Allahuakbar", "Subhanallah" ,itu sudah cukup bererti ..tapi awas,jika anda berada dalam kawasan yang polis melebihi 5 org,jangan takbir..bmbg kena tangkap.... hihihi..



Cara ketiga adalah dengan hati , sebutlah nma Allah walau di dalam hati tanda kita ingat padaNya ..



Selain itu,untuk jaga hubungan dengan Allah,kita perlu semaikan rasa GERUN pada Allah,kerna itu tanda orang mukmin ..tak caya,baca surah Al Anfal ayat 2 ..ehe



Kita juga perlu selalu panjatkan kesyukuran atas nikmat Allah pada kita..Bukan sahaja nikmat makan dan minum,nikmat anggota badan,akal dan segalanya,perlu kita syukuri dengan menjaga semuanya dengan baik,lafaz "alhamdulillah" jangan lekang di bibir tawu ..



Then kita juga perlu redha dengan segala apa yang Allah tentukan kepada kita ,andai apa yang kita hajati tida ktercapai,pasrahlah,mungkin ada yang lebih baik untuk kita...tawuu....!!jangan nak melenting n so on ..



Kita juga perlu malu pada Allah,INGAT!!!!!!!!Allah maha melihat,di ceruk mana pun,dalam bilik or tandas awam...malulah dengan segala maksiat yang dilakukan ... CCTV sentiasa On ...hihi..



dan hati kita juga perlu ada rasa "WWWAAARRRHHHHHHH HEBATNYA ALLAH TUHANKU" ..memang Allah hebat ..Kalau tak hebat tak jadi Allah ,kerna hebat lah Allah dapat ciptakan alam ni..kerana hebat Allah lah kita ada hari ni,so jangan nak nafikan....timbul selalu dalam hati "subhanallah,hebatnya tuhanku" ..



Takat ni je la perkongsian untuk kali ni..ringkas jerrr...hihi ..kalau ada salah silap..mohon tegurlah segera :)

AKHLAK RASULULLAH ADALAH AL QURAN

Assalamualaikum dan salam berakhlak mulia ...



Isteti Rasulullah iaitu saiditina Aisyah pernah berkata bahawa "Rasulullah itu menurut Al Quran" yakni dalam segenap aspek hidupnya..Nabi Muhammad ikut Quran ...Orang yang dah confirm masuk syurga ni,iaitu Muhammad Bin Abdullah ni ikut quran dalam kehidupan seharian..dah kita kita kita? duk ikut iblis lagi?



Mulianya akhlak nabi sehingga ramai orang kafir masuk islam disebabkan keindahan akhlak Rasulullah (selain dapat hidayah Allah)..



Orang cakap akhlah nabi itu adalah al Quran,bagaimana tuh?hal ini demikian kerna Rasulullah hidup 100% berpandu kan Quran,sebab tu la akhlak baginda sama dengan yang disuruh Allah ..



Rasulullah telah menghidupkan quran dengan beramal dengannya ..Kita ni, (awok semua la...sama la saya pom)baca sajr je,al fatihah baca 17 kali sehari,tapi ada ikut apa yang disuruh,,ada amal apa yang dianjurkan? takdop kan? hurrmmm...



Antara akhlak Rasulullah yang disuruh Quran adalah Quran suruh kita menjadi pemurah..



Dan sesungguhnya Rasulullah tu memang pemurah,sehingganya bila ada seorang wanita menghadiahkan baginda sehelai kain serban,tapi bila diminta oleh seorang sahabat,tanpa fikir panjang,baginda terus bagi ..dah kalau kita? Ada nak bagi?tunggu lembu bertelur dulu r... kan?



Quran juga suruh kita lemah lembut,dan sesungguhnya Rasulullah itu amat lemah lembut orangnya ..Dimana baginda tidak pernah marah,walaupun ada orang menyakiti mahu pun menganiaya baginda .. itu dia akhlak Quran,....dah kita? hihi,jangan kata kita (yang merangkumi semua pembaca dan penulis) ,tapi penulis sendri kalau ditekan,orang kata,tak sampai 3 saat habis lah hembusan memarahinya ..ehe .. well,u know me..



Al Quran suh kita pemaaf , dan sesungguhnya rasulullah,nabi kita sememangnya seorang yang pemaaf,sehinggakan,semua penentang islam di zaman permulaan islam yang ada semasa pembukaan mekkah,dimaafkan nabi , walaupun mereka dulu lawan islam ..Anak Abu Jahal pun dimaafkan rasulullah dan kesannya,Akramah jadi pejuang islam yang berani sehingga akhir hayatnya :)



persoalan balik pada kita...adalah kita pemaaff cam rasulullah? tepuk dada,tanya la iman tu ...



Quran suruh kita sabar,dan rasulullah adalah manusia paling sabar di dunia ni,antara semua nabi dan Rasul,Nabi Muhammad paling penyabar ..Buktinya walaupun ditentang,dimaki , dihina ,tapi tidak pun baginda berdoa agar umatnya dihancurkan... hurmm .. lau kita? Maghrib masuk lambat sikit untuk buka pose pun dah maki hamun tok bilal yang sedikit terleat..hihi.. betapa 'penyabar' nya kite ..



Takat ni penulis mampu untuk hari ni..blank dah nak cari huraian .. isi ada,lam google je...nak hurai ni bukan senang2 guna kepala otak penulis,sekali silap hurai mai ajaran sesat lak ..Kena rujuk buku juga, rujuk penulisan ustaz ustaz juga .. jadi lau salah silap,mohon segera tegur deh ..

mencari bunga dalam diri :)

Assalamualaikum dan salam perkngsian ilmu ..


Bunga adalah sesuatu yang semua manusia suka tak kira orang tu muslim atau kafir ..


Sebab tu tak kira dimana mana,kita dapat lihat bunga ..


Dalam diri kita iaitu manusia,sesuatu yang diibaratkan sebagai bunga adalah AKHLAK YANG MULIA ..


Betul tak?


Tanya sesiapa sahaja,ada tak yang tidak suka akan akhlah yang mulia?


Melainkan orang tu tak betul @ gila ,pasti dia suka akan orang yang berakhlak mulia .


Tak kira lelaki mahu pun perempuan,tua atau muda,semua suka orang yang berakhlak mulia .


Kalau kita mahu rumah kita kelihatan cantik,maka kita perindahkan kawasan rumah kita dengan bunga,maka untuk percantikkan diri kita,bukanlah dengan mekap setebal 1 inci setengah,tetapi dengan akhlah yang mulia ..


Akhlak mulia juga adalah tidak terbatas,tak kira agama dan bangsa,sukakan akhlak mulia ..kalau orang tu pendokong komunis sekali pun,akhlak yang mulia pasti akan dicintainya :)


Orang akan cinta dan simpati pada orang yang berakhlak mulia ..


Ciri ciri akhlak mulia akan penulis terangkan dalam notes akan datang insyAllah ..


Yang penulis ingin tekankan di sini adalah, jom kita perindahkan diri kita dengan akhlak yang mulia..Walaupun tidak mampu semulia Rasulullah,tetapi hampir kepadanya sudah cukup ..


Bersamalah kita :) insyAllah ..

Thursday, July 21, 2011

Peringatan yang tidak pernah diambil kira :(

Assalamualaikum dan salam memberi peringatan ..


Selama penulis berkacimpung dalam 'dunia facebook' ,sering penulis terbaca peringatan dari mana mna pengguna facebook yang memberi nasihat kepada pengguna fb wanita untuk tidak memaparkan gambar gambar sendiri yang membuka aurat ..

Tapi malang sejuta kali sayang..

Entah apa mak bapak mereka kasi makan, sampai sekarang tak nak dengar nasihat ..
 

Kenapa dilarang untuk taruk gambar tu yea ?

Mudah citer penulis nak cakap ..


Taip kali orang non muhrim lihat gambar tu ,

Tiap kali anda dapat dosa ..

Cuba fikir lau anda mati @ malaikat ambik nyawa atas perintah Allah , dan gambar gambar tersebut masih terpampang di dada dada facebook..

maknanya..

Sampai dalam liang lahad pun anda dapat dosa..

Sekali malaikat pukul,tambah lagi dosa ...tambah lagi dosa..hingga lah mark zuckerberg muflis dan facebook terpaksa ditutup..

Jadi,beringatlah ..

Delete delete laaaaa ..

cukup cukup cari dosa free..

Meh kita beramal lak..

sempena ramadan yang mulia yang bakal tiba..

Kurangkan dosa..tingkatkan amalan :)

Wednesday, July 13, 2011

Apsal payah sangat nak tutup aurat lelaki ni?

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu..


Sering penulis menulis,serta mengkondem wanita tak tutup aurat kan? memang hobi penulis sejak azali.....hih..


Cuma sekarang berubah kejap bila melihat ramai diantara teman dan sahabt penulis dalam kalangan kaum adam yang payah nak tutup aurat mereka yang sikit tu..


Penulis tabik spring pada kaum hawa yang berpurdah,yang tutup seluruh tubuh dari pandangan mata lelaki ..


Hebat mereka. .


Tapi tengok ada ramai dalam kalangan lelaki yang payah nak tutup aurat mereka dari pusat hingga lutut..


Tak banyak pun..pusat ke lutut..kawasan strategik kaum adam...wakakaka..


Main bola pun tak kan kalah kalau pakai seluar tutup aurat ..kalau tak pandai main,kalah tetap kalah ..


Tiap kali nak mandi,bagi yang duk asrama,wajib ke pakai seluar pendek?kalau xde seluar panjang,kain basahan pun ok..ni nak juga pakai boxer kecik..auww..


Allah dah bagi sikit je had tu..untuk kemudahan kita,tapi masih nak lawan..sah dalam katogeri tak bersyukur nikmat Allah la ni ..


Nak kata panas,Malaysia ni bersuhu sederhana,kat arab tu,orang perempuan tutup penuh,jadi kita???kita???


Tutup lah aurat .. Ada sebabnya islam menyuruhnya :)

LA TAHZAN ... INNALLAHHA MA' ANA .....

Assalamualaikun dan salam perkongsian ilmu ...


Teringat satu kisah dimasa nabi dan Abu Bakar ingimahu berhijrah ke madinah,


Ketika didalam sebuah gua,Abu bakar bimbang akan kehadiran kelibat orang kafir yang ingin membunuh mereka ..


Dalam kebimbangan itu,Rasulullah kemudian bersabda kepada sahabatnya itu ,


"La Tahzan,innallahha ma' ana " yang bermaksud "JANGAN BERSEDIH,ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA"


Maka tenanglah Abu Bakar ..Mereka selamat tiba ke Madinah tidak lama kemudian ..


Apa yang kita boleh ambil dari peristiwa itu dalam kehidupan seharian kita?


Baik .. Artikel ini penulis tujukan khas kepada mereka yang berpegang teguh pada ajaran islam walaupun orang akan kata kamu ketinggalakn zaman dan tidak cerdik ..


Hari ini,jika kita ikut perintah Allah dan takut nak langgar larangan Allah,orang akan kata kita terlalu ketinggalan,mereka tahu itu salah dan mereka menyeru kepada yang salah kepada kita dan berbangga dengan maksiat yang dilakukan ..


Dan kita,orang yang takut untuk melakukan maksiat,bahkan menentang maksiat yang mereka lakukan dicerca dan dihina serta diugut  dengan pelbagai cara ..


Mungkin,selepas diugut,diketawakan..anda terfikir untuk lepas tangan ...arhhh,biar je la mereka ..baik aku urus hal aku sendiri!! mungkin itu fikir kalian ..


Anda telah melakukan kesilapan besar ..Anda membawa diri anda jauh dari syurga..kenapa?


Kerna di akhirat kelak,rakan anda yang bermaksiat itu,sebelum masuk ke neraka,dia akan tarik anda juga , kerana alasan mereka "bakpe mg dop kabo ke aku yg aku wt tu maksiat(kenapa tak menasihati aku tentang perkara maksiat yang aku lakukan dulu)"


Haaaaa...jadi,skrg,jangan takut untuk menyeru kepada maaruf,dan jangan bersedih jika dicaci dan dihina...kerna ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA KITA!!! 24 jam bersama dengan kita...don't worry be happy ... ehe..

 LA TAHZAN ... INNALLAHHA MA' ANA .....

Tak sampai seru lagi ??

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu..ehe


Penulis pernah bertanya kepada sorang sahabat,dengan nada gurauan jer..penulis kata,


"mg (kamu) ni comey (cantik) dah,tapi kalu (kalau) pakai tudung koho (makin) comey .."


Dia pun cakap,


"Nantilah,tak sampai seru lagi ..."


Kemudian terbaca juga sal artis malaysia,bila kebosanan,balek akhbar , bila cakap sal tudung,tutup aurat,jawab dia org nak pakai,tapi belum sampai seru lagi..


Penulis muskil,pelik dan heran..


Apa punya tidak berakal lah jawapan tu..


Tak tercapai langsung diakal penulis dengan jawapan sebegitu..


Nak kata bodoh , bimbang terasa hati,tapi kalau tak kata, makin menjadi jadi..hihi ..


Yang duk kata tak sampai seru...tak sampai seru tu ..tak faham Quran ke?bukan ke 1400 tahun dulu lagi nabi Muhammad s.a.w seru untuk tutup aurat.. Dalam Quran kata,suruh an nur kalau tak silap penulis..ayat 31 disebut firman Allah yang bermaksud "Dan hendaklah mereka (muslimah) menutup kepala mereka (bertudung) hingga ke dada dengan (kain tudung) dan jangan lah menampakkan perhiasannya" ..


Ni bukan seru ke ni?


Ke firman Allah ni untuk sajer sajer?Allah dah seru,nabi dah seru,ulama dah seru,tapi boleh lagi bagi alasan sebegini..reka la alasan lain yang lebih gempak...cakap je korang (yg tak bertudung lagi) tak mahu ikut hukum Allah ..serabut dan rimas...jujur begitu lagi mudah...nak ke hell pun mudah,..kui kui kui..


Biar buta mata,biar pekak telinga,tapi JANGAN BUTA HATI dan PEKAK HATI ...utk menerima seruan ILAHI !!