Awal tahun lalu diadakan satu kajian terhadap kanak kanak akan kerjaya pilihan mereka, dan majoriti (12%) memilih pelakon/artis sebagai kerjaya. Tentu sahaja, hasil kajian itu agak mengecewakan tapi ia tidak mengejutkan..
Artis diangkat dan disanjung hebat, dapat pula wang ribu ribu sekali persembahan/filem.. Tentu sahaja ramai nak perkara 2 dalam 1.. Populariti dapat, wang pun dapat. Dan tentu sahaja,remaja dan org besar jika diberi peluang,nak jadi artis dan pelakon.. Tentu sahaja ada yang mengharapkan untuk menjadi seperti artis artis itu..
Bagi yang ada niat dan cita cita itu, aku nak ceritakan satu kisah, ia seperti kisah kalian juga, ia berlaku di zaman Firaun, ada seorang manusia kaya, bapak segala kaya sehingga kalau kita jumpa harta dalam tanah hari ni, kita panggil dia "Harta Qarun" , itu menunjukkan betapa kayanya dia. Itulah Qorun Laknatullah.
Dan tentu sahaja, orang miskin dan rakyat bawahan mahukan kekayaan dan hidup seperti Qorun, Pakai pakaian baru,bermegah,populariti etc
Itulah analogi kita dan orang miskin di zaman Firaun itu, semua bercinta cita mahu jadi seperti Qorun.. Dan menangisi kehidupan sediada..
Namun apa berlaku kemudian?
Qorun dilaknat Allah,dia akhirnya mati dengan hina ditenggalamkan hartanya sendiri, masa itu orang miskin dan rakyat bawahan tengok nasib yang menimpa Qorun,mereka laknat akan angan angan mereka,tentu sahaja mereka tidak mahu berakhir seperti Qorun.
Qorun,seksaan dan azabnya,Allah tunjuk dibumi, bagi pelakon/artis yang kebanyakannya ahli maksiat, Allah tak tunjuk segera azabnya,Allah maha penyayang beri masa mereka bertaubat, tapi yang tak sempat bertaubat? Azab juga di akhirat kelak dan ketika itu, kita yang bercita cita untuk menjadi seperti mereka,tentu sahaja akan mensyukuri takdir mereka yang semasa hidupnya,tidak menjadi ahli maksiat itu..
(Apa yang baik dimata kita,mungkin tidak baik di sisi Allah,dan apa yang buruk di mata kita,mungkin lebih baik disisi Allah)
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)