Aku tidak menafikan bahkan amat sedia maklum Malaysia adalah negara
yang menjadi sasaran kristianisasi kerana geografi kita termasuk dalam
negara 10/40 Window..Sasaran mereka lah tuh.. Mengapa mereka
menyebarkan dakwah mereka, mungkin untuk membalas "jasa" Jesus yang
terkorban kerana dosa mereka,maka ini jalan mereka membalas
pengorbanan.. Adakah kita,dalam kontek negara hari ini sekarang punyai
hak untuk menghalang dakwah mereka?
Jawabnya YA iaitu dengan kuasa yang ada, jelas dalam perlembagaan
Malaysia melarang agenda kristianisasi, pun begitu bilamana dakwah
mereka tetap berlaku , bagaimana cara menghadapinya? Itu yang akan aku
bincangkan dalam post ini..
Pokoknya, di zaman nabi juga
berlaku proses krisitianisasi , bagaimana Rasulullah berdepan dengannya?
Adakah dengan mengatakan per'himpun'an bersama sama sahabat, atau
dengan membakar gereja mahupun membakar kitab bible atau dengan memaki
hamun mereka? Atau nabi memilih jalan yang hari ini dilebel "liberal"
hari ini oleh satu kelompOk NGO yang aku fikir huruf "K" wajar ditambah
selepas perkataan "NGO_" iaitu jalan dialog/debat dengan mereka?
Jom perhatikan kisah nabi berhadapan mubaligh kristian di zaman baginda..
Satu hari ada satu pendakwah kelompok kristian di madinah, nabi pergi
kepada mereka,mereka datang tentu sahaja untuk menyampaikan dakwah
mereka, lalu bermulalah dialog antara Nabi Muhammad s.a.w dengan
mubaligh kristian..
Wakil kristian tu cakap, Jesus/Nabi Isa tu tuhan sebab dia ada mak takde bapak,
Maka jawab nabi, Kelahiran nabi isa sama seperti kelahiran nabi adam
disisi Allah , Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman
kepadanya: jadilah engkau! Maka jadilah ia.. Lalu Nabi tambah, kalau
kamu sembah isa sebab isa ada mak takde bapak,kenapa kamu tak sembah
adam yang mak takde,bapak takde! 1-0 dari nabi kepada mubaligh kristian.
Tapi mubaligh kristian ni tak puas hati lagi, dia cakap Nabi Isa tu
tuhan sebab beliau hidupkan orang yang telah mati.. Hah, mubaligh
kristian ni anggap mukjizat nabi sebagai tanda nabi tu Allah,jem kreng,
tapi Nabi jawab mereka,
" Kalau begitu baik kamu sembah nabi Musa, nabi musa hidupkan kayu yang mati menjadi Ular yang hidup"
2-0
Makin terduduk mubaligh kristian ni, memang takleh jawab terus.. Bila diaorang takleh jawab,itulah TANDA KEMENANGAN ISLAM,
Jadi bila orang kristian dengar hujah mereka dipatahkan, tentu sahaja
mereka meninggalkan ajaran kristian dan memeluk islam..tapi kalau kita
bakar kitab mereka,serang gereja mereka, berhimpun maki hamun mereka dgn
mengatakan niat untuk "menyelamatkan akidah" , aku nak tanyalah, NABI
MANA AJAR TU ?
Wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)