Contoh
kejujuran yang paling masyur boleh didapati dari kisah Ka'ab Bin
Malik.. Kisah ini diulang beberapa kali dalam Usrah sehingga nama itu
kekal dalam kepala..Siapa itu Ka'ab Bin Malik ni?
Kisahnya
bermula saat perang Tabuk, ada beberapa orang yang tidak menyertainya
dan salah seorang adalah Ka'ab, beliau telah menyertai hampir semua
peperangan bersama Rasulullah kecuali Perang Badar. Faktornya dia lalai, lalai kerana dunia, dan beliau tidak punya satu keuzuran pun pada saat itu.
Saat kaum muslim persiapkan diri untuk pergi berperang,beliau melengah
lengahkan sehinggalah tentera islam bertolak, beliau sudah terlambat
untuk mengejar mereka.
Bilamana dia tertinggal,dia tengok yang
ada dalam Kota ketika itu hanyalah para wanita,anak anak ,org yg uzur
dan orang orang munafik,lalumulalah rasa penyesalan dalam jiwanya.
Setelah beberapa waktu berlalu, Rasulullah pun pulang ke Madinah,
ketika itu ramai orang munafik beri alasan alasan palsu untuk
menyelamatkan diri mereka,dan Rasulullah menerima alasan mereka,sehingga
tibalah giliran Ka'ab, beliau mendekati Rasulullah dan Rasulullah
senyum dan bertanya perihal ketidakhadirannya,lalu Ka'ab menjawab,
bahawa kalau bukan berada dia hadapan Rasulullah, dia akan mereka reka
alasan ketidakhadirannya untuk menyelamatkan diri,akan tetapi dia
bimbang dibenci Allah, lalu Ka'ab menceritakan hal yang sebenarnya,
lantas Rasulullah bersabda "pergilah kau sehingga Allah menurunkan
keputusan-Nya kepadamu!”
Bila beliau berlalu, ramai orang
menyuruhnya kembali kepada nabi dan beri alasan palsu sebagaimana yang
lain,lalu Ka'ab bertanya kepada mereka "Adakah orang lain yang serupa
dengannku?"
Orang orang pun menjawab ada iaitu Murarah bin Rabi’ah dan Hilal bin Umayah dan mereka berdua menerima nasib yang serupa.
Tidak lama kemudian, Rasulullah melarang masyarakat bergaul dengan
mereka bertiga, sehinggalah tiada siapa bercakap dengan mereka. Dua
rakan Ka'ab menangisi nasib mereka di rumah manakala Ka'ab masih kuat
utk ke masjid dan cuba beri salam pada Nabi , bila ia terpandang
nabi,maka nabi cepat cepat berpaling,dan begitulah tindakan masyarakat
kepadanya.
Dalam tempoh mereka dipinggirkan itu,datang ujian
Allah pada Ka'ab bila utusan dari Raja Ghassan untuk menjemput Ka'ab ke
sana dan tinggal di sana dengan dijanjikan layanan yang baik dari raja.
Namun Ka'ab langsung membakar surat tersebut.
Selepas 40 hari
dipinggirkan,datang utusan nabi untuk memerintahkan Ka'ab dan dua
rakannya untuk menjauhi isteri masing masing. Ka'ab bertambah sedih lalu
bertanya utusan tersebut samada beliau harus menceraikan atau sekadar
mjauhkan diri,maka jawab sang utusan,hanya menjauhkan diri. Isteri Hilal
memohon dari Rasululah agar beliau dibenarkan melayani Hilal kerana
beliau sudah uzur lalu nabi membenarkan.
Ada Keluarga Ka'ab
yang menyuruh Ka'ab untuk menyuruh isterinya melakukan yg sama namun
beliau enggan. Maka teruslah beliau dipinggirkan sehingga genap 50
hari,50 malam, usai beliau solat subuh, seorang rakannya berteriak
"Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah! Wahai Ka’ab bin Malik,
bergembiralah!"
Betapa gembiranya Ka'ab sehingga beliau menghadiahi pakaian yang beliau hanya pakaian itu dia miliki.
Selepas pinjam pakaian dengan kawannya, Ka'ab pergi menemui rasulullah ,
beliau kemudian bertanya samada pengampunan itu dari nabi atau dari
Allah,maka jawab rasulullah,ia dari Allah.
Beliau membaca ayat pengampunan nya dengan menitiskan air mata T_T
“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka,
hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu
luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta
telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah
melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar
mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima
taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)
..
Apa pengajarannya?
1. Jangan melengahkan seruan jihad/kerja.
2.Jujurlah,biarpun ia akan menyuliti dirimu.
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)