Thursday, January 9, 2014

Sunnah yang diabaikan ketika hari jumaat - Pakai topi keledar ketika naik motor untuk ke Masjid..

Assalamualaikum dan salam jumaat..

Sering kali berlaku, bahkan sentiasa berlaku, ahli jemaah yang hendak ke masjid menaiki motorsikal bertindak memakai kopiah/serban ketika menaiki motor,kononnya mahu ikut sunnah,tapi apakah benar tindakan mereka itu sunnah? Atau memakai topi keledar itu sebenarnya lebih sunnah?

Dalil dari Quran aku petik , Allah sebut dalam surah nisa', "...janganlah kamu bunuh dirimu,sesungguhnya Allah Maha Penyayang terhadapmu" , dan nabi pun ada sebut , boleh rujuk hadis 40 imam Nawawi ,hadis ke 32 nabi sebut "“Tidak boleh menimpakan bahaya dan menimpakan balasan yang membahayakan ”

Naik motor tak pakai topi keledar, bukankah itu boleh membunuh diri sekiranya apa2 berlaku? Bukankah dengan memakai topi keledar itu keselamatan kita lebih terjaga, sekaligus kita mengikuti arahan Allah dalam surah yang aku petik diatas.. Dan dengan memakai serban/kopiah ketika menaiki motorsikal, bukankah itu bertentangan dengan arahan Allah dan hadis nabi diatas?

Jangan ada orang komen "takde pun tertulis topi keledar dalam Quran" , kata ustaz Azhar gak, dia kata "orang suruh ngaji malas".. Aku beritahu tak nak ikut sudah ..

Ubah minda kita, fikir dengan waras apakah islam akan suruh penganutnya ambil risiko mati di jalan raya dengan tidak memakai topi keledar sebaliknya memakai serban untuk ke Masjid? Tidak, itu bukan ajaran islam, itu ajaran oleh mereka yang tidak belajar islam! Yakinlah memakai topi keledar ketika menaiki motor itu adalah lebih menepati kehendak islam, boleh jadi tidak memakai topi keledar itu diLARANG kerana ia mendatangkan mudarat..

Oleh itu, turuti sunnah jika benar anda CINTA nabi.. Pakailah topi keledar ketika menaiki motor

2 comments:

  1. klu tak mudarat, x pakai helmet x pa la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana kita leh confirm tak mudarat .. naik motor ada risikonya..mgkn ketika kita tidak jangka ;)

      Delete

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)