Khutbah jumaat 14/02/2014 bertajuk "Cinta kepada Rasulullah"
Tajuk baik, isi pun ok , cuma permulaan khutbah dimulakan dengan kisah
yang dhaif bahkan bertaraf mauduk (palsu) tentang sejarah kelahiran
nabi, persoalannya...
"Bagaimana cinta dapat dipupuk jika kita
tidak berusaha utk menyebarkan kisah yang benar benar sahih tentang nabi
kesayangan semua?"
Khatib memulakan khutbah dengan bercerita
peristiwa ajaib yang berlaku saat ibu nabi mengandungkan nabi dan saat
kelahiran nabi seperti Siti Aminah nampak cahaya cerah sehingga ke
Istani Kisra, Api di parsi terpadam sedangkan kisah itu,tidak ada asas
walaupun ia masyur, ia tidak pelik kerana banyak kisah yang MASYUR tapi
sebenarnya ia palsu..
Banyak sebenarnya kisah palsu disebarkan
dengan tujuan nak besarkan nabi tapi malangnya, ia tidak disemak
kebenarannya, bahkan enggan menerima hakikat nabi lahir sebagaimana
manusia biasa,Nabi kita hebat bukan kerana mukjizat dan kisah ajaib yang
berlaku kepada baginda, tetapi mulia dan agung kerana misi dan
perjuangan baginda menyebarkan dakwah ISLAM..Nabi juga dimuliakan kerana
akhlak dan sikap nabi,tidak berbohong dan jujur sehingga digelar
al-amin..
Nabi suruh kita menyintainya,namun bukan berbohong
tentang dirinya atas nama CINTA.. Cinta pada Nabi yang patut disuburkan
ialah dengan menghidupkan usaha mempelajari sunnah Nabi yang
sebenar,Menceritakan sesuatu yang bunyinya hebat dan ajaib, tetapi tanpa
sumber yang boleh dipercayai, itu tindakan ZALIM terhadap Rasulullah..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)