Kali
terakhir aku turut serta berarak menyambut maulud nabi adalah ketika
tingkatan 5, itu kerana aku masih tidak tahu akan kisah dan sejarahnya..
Saat tingkatan 6, aku memilih untuk tidak sama berarak, well,cikgu
bukan perasan pun seorang pelajar hilang.. haha.. Pun begitu aku tidak
bertindak melarang mahupun menentang.. Mungkin setiap orang ada cara
masing masing untuk menunjukkan kecintaan pada
Nabi , ada yang nak menari2 ,ada yang nak berarak, ada yang nak
berqasidah,maka teruskan lah jika itu kalian mahu..aku takde masalah.. Bagi aku, amalan untuk menunjukkan kecintaan pada nabi, dengan melakukan perkara nabi suruh tanpa perlu menambah2.. gitulah
Perkongsian kali ni bukanlah mengenai perarakan , yang ulama berbeza
pandangan mengenainya,sebaliknya mengenai tarikh kelahiran nabi yang
ulama juga berbeza pandangan mengenainya, bukanlah untuk mencetuskan
perkara yang khilaf ini,sekadar mahu menambahkan pengetahuan2 kalian,pun
begitu memetik kata kata Imam Shafie, " Jangan ditanya bila Nabi
dilahirkan, tapi tanyalah kenapa dia dilahirkan.. maka akan ku jawab."
Pandangan yang mengatakan nabi lahir 12 rabiulawwal adalah Ibnu Ishaq,
dan Kritik pada pandangan 12 rabiulawwal , mereka meletakkan nabi lahir
pada 12 rabiualawwl dan wafat juga tarikh yang sama iaitu 12
rabiulawwal. Apa ada pada angka 12 ni ya? Jap.. Imam Syiah juga 12
orang.. , dan sebagaimana
kita sedia maklum,banyak fakta sejarah yang diseleweng golongan syiah ,
termasuk kisah anak saidina Umar berzina, saidina bunuh anak
perempuannya kecil zaman jahiliyah, kisah Hindun makan hati saidina
Hamzah , kisah perang jamal dan siffin yang diseleweng, kisah peristiwa
Tahkim yang memburukkan saidina Muawiyah dan Amr dan banyak lagi, jadi
tidak mustahil tarikh lahir nabi juga di Hijack oleh golongan taksub
syiah. Aku ada menulis sebahagian dari kisah ini dalam blog,dan akan
terus menerus menulis bagi menjawab fitnah2 yang direka reka ini.
Pandangan ini juga tidak ada sanad,maka elok juga ia dikaji semula.
Pandangan yang mengatakan baginda lahir 9 rabiualawwl adalah Ibnu
Taimiyyah , Ibnu Qayyim, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam,Al Kawarizmi etc.
Ulama ulama menolak pandangan ibn Ishaq dan menurut mereka beliau tidak
boleh dipercayai,bahkan pendapat Imam malik terhadap beliau, sangatlah
'kasar'..
Fakta 9 rabiulawwal DIKUATKAN lagi dengan hasil
Penyelidikan ahli falak terkenal iaitu Mahmud Pasya dengan menentukan
tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan dari zaman nabi hingga zaman
beliau , dan di akhir kajian beliau mengatakan tidak mungkin tarikh
lahir nabi adalah 12 rabiulawwal sebaliknya adalah pada hari Isnin,9
rabiualawwal.
Kesimpulannya.. Kalian nak fikir bila tarikhnya,
up to y'all lah, aku ulang balik kata2 Imam Shafie sebagaimana aku dah
sebut diatas, " Jangan ditanya bila Nabi dilahirkan, tapi tanyalah
kenapa dia dilahirkan.. maka akan ku jawab." dan sesungguhnya aku hanya
menyampaikan sesuatu yang aku tahu.. Jika ada yang menerima 'ilmu baru'
ini, dan kalian merupakan penyokong tegar perarakan maulidur rasul,maka
cipta sejarah untuk berarak pada 9 rabiulawwal pada tahun ini
Peringatan bersama,Sayang Nabi setiap saat, bukanlah pada tarikh
tertentu sahaja,manakala di tarikh lain,kita tolak ajaran nabi Itu cinta yang palsu ituh..
Wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)