Bilamana
pemimpin arab saudi diserang sebagai "Barua" , "boneka" Amarika, aku
tidak dapat tidak melainkan untuk bersetuju bahawa Raja Abdullah adalah
barua Amarika, dan dia wajar dicelakakan..
Tapi bilamana turut
mengaitkan fahaman gerakan wahabi sebagai barua Amarika, something wrong
somewhere. Awat kesalahan pemimpin Arab Saudi diletakkan pada fahaman
dan kelompok wahabi? Pukul rata yang sangat tidak adil dan berniat jahat.
Bagaimana boleh kata wahabi pro- Amarika bilamana barat sendiri
menganggap wahabi adalah "ekstrimis" etc? Barat anggap wahabi ni
kelompok nak hancurkan orang kafir dengan kekerasan..
Benci
wahabi pun,berpada padalah.. Sehinggakan melihat hanya buruk mereka, ya
aku tak nafi wahabi ada buruknya, tapi lihat juga baik mereka, katakan
jika bukan aliran mereka yang menguasai pemikiran ulama arab saudi ,
apakah hukum Allah, hudud akan dilaksanakan di arab saudi? Arab Saudi
yang dikuasai pemikiran wahabi itulah satu satunya negara yang
mengamalkan hukum hudud! Dari segi politik memang ada kelemahannya,tapi
bab hukum? Quran dan sunnah!
Kalau bukan pemikiran mereka
menguasai arab saudi, tak mustahil amalan2 bidaah, khurafat berleluasa
di arab saudi/ Mekkah sebagaimana berlaku pada zaman sebelum gerakan
wahabi wujud.. Kalian tahu tak sebelum Muhammad Abdul Wahhab muncul,
amalan khurafat,menyembah kubur etc berleluasa di arab saudi? Kalau
bukan kerana keras mereka, tak mustahil di Mekkah berleluasa amalan2
karut.
Abu Ala Maududi , ulama terkemuka pakistan sepatutnya
dihukum bunuh,kalau bukan kerana tekanan dari saudi , hukuman bunuh
dibatalkan dan dipenjara seumur hidup, dan kemudian dibebaskan hasil
juga kerana usaha mereka.
Aku sendiri menolak beberapa tindakan
wahabi , bab suka membida'ahkan scra melampau, aku pun tidak setuju ,
sikap keras mereka bahkan ada ketikanya aku tolak jika di Malaysia..Tapi
ramai orang menyalahkan wahabi 100%, menuduh secara pukal bahawa semua
tindakan wahabi sebagai sesat dan kafir etc.. Tindakan tersebut adalah
terburu buru dan melampaui batas.
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)