Assalamualaikum dan salam perkongsian ..
9 bulan lalu iaitu pada akhir disember,penulis mengikuti satu program yang dinamakan sebagai Gerak Fikri 2011 (GERM) yang bermatlamatkan remaja soleh wa musleh..
Antara modul yang diterapkan adalah berpaksikan 'cakna Palestin',
Salah seorang pengendali program,iaitu Saudara Muhammad Mus'ab Muzahar dari awal hingga akhir, bicara soal palestin,palestin dan palestin,first time dalam sejarah hidup penulis berjumpa dengan remaja yang begitu tegar dalam perjuangan untuk palestinnya ..
Penulis kagum dengan semangatnya ...Semangat Palestina !!
Beliau menyeru kepada peserta peserta,untuk buka mata terhadap apa yang berlaku di Palestin,jangan jadikan masalah palestin hanya masalah rakyat palestin,tapi ia masalah seluruh ummat..
Disitu,penulis kenal PALESTIN...
9 bulan berlalu.......................
Tanggal 21 Ramadan 1432 hijrah,saudara Muhammad Mus'ab Muzahar,jam 10.20 pagi beliau menaiki pesawat dari KLIA menuju ke Mesir dan destinasi akhirnya adalah Qazzah ,Palestin (ketika notes ini ditulis,beliau sudah berada di PALESTIN).
Keberangkatan beliau diiringi dengan linangan air mata semua yang mengiringnya ..
Adakah kami semua sedih beliau pergi ke sana...??Sehingga menangis apabila beliau mahu berangkat pergi?
Tidak sama sekali...Kami bangga mengenali saudara Mus'ab,dan pemergian beliau merupakan satu kebangga buat kami yang mengenalinya ..
Tapi kenapa semua ahli konvoi menangis,seorang ahli bina badan yang gagah perkasa pun menangis ..kenapa?
Dengarkan kisahnya :
Pada awalnya,dijadualkan,saudara Mus'ab akan bertolak ke Mesir pada 20 ramadan bersama sama 10 lagi anggota misi kemanusiaan ini,sebliau sepatutnya bertolak jam 10.40 pada tarikh itu..
Tetapi manusia mampu merancang,tapi Allah juga yang menentukan,pada jam 5 pagi,ketika kami bersahur di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur,beg saudara mus'ab yang berisi passportnya telah dicuri oleh seorang rakyat Malaysia ..
Kegembiraan kami untuk menghantar saudara Mus'ab ke Palestin bertukar mood,tiba tiba suasana sayu tiba,penulis melihat sendiri saudara Mus'ab menitiskan air mata atas apa yang menimpa,begitu juga rakan rakan lagi,tetapi bapa kepada saudara mus'ab,Ustaz Muzahar Hitam lebih profesional dalam bertindak,beliau berpesan supaya kami jangan panik dan bertenang ..
Laporan polis dibuat di balai berhampiran,kami cuba untuk mendapatkan dokumen untuk membolehkan saudara meneruskan perjalanan tetapi .....gagal!!
Jam 8.30 pagi 20 ramadan,saudara Mus'ab dan ayahandanya Ustaz Muzahar dan saudara Hafizudin ke Putrajaya untuk menguruskan passport dan menyelesaikan masalah ini..Pada jam 9.30 pagi,rombongan lain berada di KLIA , meraikan pemergian 10 pejuang lain dalam misi kemanusiaan ini,terharu dan gembira,tetapi di lubuk hati kami yang sama sama saudara Mus'ab,kami begitu sedih kerana beliau tidak bersama ketika itu..
Jam 10.40 pagi itu,semua pejuang kecuali saudara Mus'ab bertolak ke Palestin...Hanya tinggal beliau di malaysia..
Masa terus berlalu,bila tiba petang hari,dapat satu sms daripada ustaz Muzahar (kami panggil beliau Walid) bahawa passportnya sudah siap dan boleh bertolak pada malam itu juga...Syukur Alhamdullah,tapi untuk menyiapkan passport itu,bukan semudah yang disangka kerana hari tersebut adalah hari SABTU...hari minggu dan cuti...Bagaimana boleh siapkan passport?Alhamdulillah,ini semua bantuan dari Allah dan ia kerana bantuan mereka mereka yang sanggup lupakan cuti mereka demi membantu saudara mus'ab (walid pergi sampai ke rumah pegawai untuk minta tandatangan...,payah tu)..Penulis tidak dapat cerita secara detail kerana penulis juga tidak tahu secara lanjutnya ..
Petang itu,kami berjumpa dengan saudara Mus'ab dan Walid di pejabat Aqsa Sharif , dan satu senyuman terukir pada wajah saudara Mus'ab petang itu,walaupun musibah yang melanda beliau pagi itu amatlah besar ..
Malamnya,kami bertolak ke KLIA untuk menghantar saudara Mus'ab,hati kami begitu gembira,bersyukur kerana akhirnya masalah sudah selesai pada ketika itu,akan tetapi,Allah lebih hebat merancang apabila tiba masa untuk check in/daftar masuk,kami dikejutkan apabila dimaklumkan tiket yang dibeli secara online petang tadi adalah INVALID walaupun no tiket ada,tetapi nama beliau tidak terdapat dalam sistem ..
Suasana panik datang kembali,Allahuakbar!!besarnya dugaan malam itu ..
Rayuan dibuat berkali kali,namun tetap gagal,sehingga datang seorang yang berpengalaman untuk menyelesaikan masalah ini..
Rayuan tetap dibuat,pegawai di KLIA digesa dan dirayu untuk membantu ..Dan sehingga jam 12.30 tengahmalam,KAMI GAGAL untuk bertolak pada malam itu...kekecewaan kali kedua melanda..
Akan tetapi,fikiran para pejuang ini berkata "Ada hikmah di sebalik ujian ini"
Kemudian pada malam itu,tiket tetap dibeli walaupun ia berlainan dari yang sebelumnya ..Dijadualkan,pagi keesokkannya,Saudara Mus'ab akan bertolak ..
Syukurlah..Pada keesokknya,semuanya berjalan lancar,kami tiba awal di KLIA dan solat subuh berjemaah disana ..
Jam 8 pagi,saudara mus'ab cuba daftar masuk,dan diLULUSkan..
Debaran kian tiba..Hari dan saat yang ditunggu tunggu telah tiba...
Sebelum bertolak,kami bertemu buat kali terakhir,bergambar dan sebagainya..
Namun hati penulis sayu apabila saat melihat ahli keluarga saudara Mus'ab,berkumpul sesama mereka,tiap dari mereka menangis dan saling berpesan,peluk memeluk antara satu sama lain...Kenapa mereka menangis?
Ibu kepada saudara Mus'ab berkata,beliau menangis bukan kerana anaknya mahu ke bumi Palestin,bukan kerana Anaknya akan ke bumi yang penuh dengan darah umat islam itu..Akan tetapi beliau menangis kerana dugaan yang menimpa anaknya,yang menimpa saudara Mus'ab pada semalam hari .. begitu banyak ujian yang datang,mus'ab bukan seorang yang berumur 30 tahun,40 tahun,tapi beliau merupakan SEORANG REMAJA yang berusia 21 tahun .. Usia dimana anak muda lain sibuk mencari pasangan,sibuk mengejar kebendaan,tetapi beliau seorang yang berjuang ..
Allah selamatkan Mus'ab..
Allah selamatkan Mus'ab..
Allah selamatkan Mus'ab..
Ya Allah,kami meminta dua perkara darimu,dan tunaikanlah salah satu darinya ..
Ya Allah,izinkanlah kami sekali lagi betemu seudara Mus'ab di pintu masuk KLIA pada 27 ramadan ini,kami begitu rindu kepadanya ...kami akan menanti beliau disana Ya Allah,,,berikanlah keselamatan kepadanya ..
@
Ya Allah,Izinkanlah saudara Mus'ab menanti kami di pintu Syurga sekiranya apa apa berlaku padanya ... Hidupkan beliau dengan kemuliaan,atau matikan beliau sebagai seorang fisabilillah...seorang syuhada ..
------------------------------------------------------------------------------------------
Konvoi bertolak balik ke Terengganu jam 10 pagi,dalam kereta,penulis dengar bicara 2 sahabat tentang peristiwa hari semalam...hingga dalam diam penulis menitiskan air mata ....katanya:
''Sebab itulah Allah menciptakan syurga dan neraka"
Syurga adalah milik orang yang tekad dalam berjuang...Tidak akan surut walau selangkah,tak kan henti walau sejenak..kerna cita kami hidup mulia,atau syahid mendapat syurga !!
Neraka pula adalah milik orang yang mencuri tu...dengan izin Allah ..
No comments:
Post a Comment
Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)