Friday, August 12, 2011

Jom kenali syaitan bernama Zalituun ..

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..


Dulu penulis menulis tentang malaikat , yang jaga syurga,yang jaga neraka,yang ambil nyawa dan ramai lagi..


Malaikat adalah makhluk Allah yang sangat setia dan patuh..


Kali ni,jom kenali pula makhluk Allah yang paling celaka iaitu Syaitan..


Syaitan ni banyak jenis,ada 9 semuanya kalau tak silap dan yang pertama penulis ingin kongsi adalah Zalituun ..


Zalituun ni jenis syaitan yang duduk di pasar malam,supermarket,kedai runcit,dan mana mana tempat membeli belah kecuali bazar ramadan,kerana time ni dia kena waran tangkap,di jel 30 hari ..


Tugas dia adalah menyuruh kita (kamu,kamu,dan kamu) untuk boros tika berbelanja ..


Pergi kedai tu,pasar tu,pasar raya tu,awalnya nak beli beras,last last bawak balik suku dari pasaraya... (contoh)..


Dia akan suruh kita beli barang banyak banyak,dan barang yang kita tak perlu,tujuannya untuk ajar kita membazir..


Islam melarang penganutnya membazir,dan memang tugas rasmi setan untuk menghasut kita membuat apa yang islam larang ... hermmm...


Akhirnya yang kita dapat adalah pertama rugi wang,dan kedua dapat dosa coz membazir ...


Jadi,sahlah, Zalituun ni salah satu musuh kita terutama yg emmiliki nafsu beli yang besar..


Berwaspadalah tika membeli belah,jangan terpedaya dengan hasutan setan ..


ps-lau yg bulan puasa tu masih boros camne ? tu setan zalituun dan sebati dalam dirinya ... huk huk huk

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)