Sunday, August 7, 2011

Agak agak main mercun tu haram ke halal?

Assalamualaikum dan salam perkongsian .. Tiba je ramadan,bunyi mercun wajib ada .. Kira dah cam jadi budaya wajib lak main mercun nih .. Tok Iman pun sentak (kejut) masa bunyi mercun,tengah baca al fatihah pun boleh terganggu .. Dulu orang jahiliyah nak ganggu orang solat dengan cara bersiul,ini orang melayu islam ganggu orang solat dengan mercun..teruk lagi orang sekarang .. Meh kaji kalau ada hukumnya,agak agak haram tak main mercun ?   jom kita kaji dari beberapa aspek :  Kita tengok atau kaji keharamannya dari beberapa aspek iaituL:

#Aspek agama >
sebab main mercun ni adalah perbuatan penganut agama buddha. iaituTime raya Cina jer mesti dia bakar mercun supaya hantu lari,itu kepercayaan mereka... Jadi bila kita menyambut satu budaya bangsa lain ia adalah Haram. Nabi larang dengan sabdanya, "man tasyabbaha bi qaumin fahuwa minhum". (Sesapa yang menyerupai suatu kaum, maka mereka dari kalangan mereka lah juga). ..tapi kalau nak tgk,org cina main mercun tak la melampau cam org melayu,tak pernah den dgr org cina main mercun sampai putus jari ...berpadalah kalau nak main..jgn melampau ..


#Aspek ekonomi >
melakukan pembaziran adalah dilarang oleh islam,beli mercun sepuluh kotak dengan harga RM500,pastu bakar dalam masa satu malam,tak ke rugi tu?kalau sedekah kat masjad boleh wt berbuka 300 orang tu..


#Aspek kesihatan >
Firman Allah: Jangan kamu campakkan tangan kamu dalam kebinasaan. First ramadan seorang remaja dah putus 3 jari kerna mercun..saheh mercun ni bahaya utk kesihatan,org bodoh je bahayakan kesihatan diri..cam merokok jugak la hukumnya.

#Aspek sosial >
Budak budak yang main mercun ni sebenarnya menganggu orang yang tak main mercun,kami nak stdy ke,layan facebook ke..terganggu la..Apatah lagi orang yang nak solat,ngaji (nak khatam dalam masa sebulan ni)..Kalau pak cik tu ada yang sakit jantung,bawa mati nih kerkezut ..Boleh jadi kes bunuh la yang main mercun ni.



Bagi orang yang ada baby kecil,baru je berjaya tidur kan baby tu,nak pi masak untuk berbuka puasa,tup tup terjaga dek bunyi mercun...Tak masak la mak cik tu (mak aku) ..jadi aku nak makan pe berbuka nanti? adooooiiyaaa.. So...   Tak cukup lagi untuk mengharamkan mercun ni?   Penulis tak mampu la nak bikin fatwa haramkan mercun,tapi .................................... (hahahaha)

No comments:

Post a Comment

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)