Monday, August 8, 2011

Kenapa Palestin?

Assalamualaikum dan salam perkongsian ..

Penulis jarang sekali menulis mengenai Palestin,bukan kerna tak mahu,tapi TAK TAHU maklumat tentangnya,kalau tulis salah,malu aja..ehe

Sering kita dengar dari orang orang yang berfikiran sosialis,lberal dan sebagainya cakap,

"Alah,kita nak peduli Palestin,negara sendiri pun tak terjaga"

"cehh,pejuang palestin konon,rakyat Malaysia tak cukup makan ramai mana"

"huh,tahu lah Palestin negara umat islam,tapi sebelum nak tolong palestin,tolong dulu orang kita di disini nih"


"Kenapa Palestin je,Selatan Thai,Pakistan,Filifina pun ramai umat islam kena belasah,siapa nak peduli mereka?"

Itu antara yang keluar lah dari mulut orang islam di Malaysia ..

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMM....

Sebagai seorang islam,penulis ingin buat analogi begini {dalam kontek negara kita sahaja}

"Kita ibaratkan bumi ini sebagai tubuh umat islam,Malaysia adalah lubang hidung dimana manusia yang hidup bernafas melaluinya,Tetapi PALESTIN itu adalah PARU PARU kita,..(berjangkit utk buat analogi pas gi daurah hari tu..ehe)

Orang yang cetek pandangannya,hanya melihat kepentingan hidung kepada manusia,kerna hidung tempat kita bernafas,tapi lupa bahawa Paru paru merupakan nadi kehidupan kita semua,Tanpanya.........

Kata orang,kenapa nak tolong orang luar,negara sendiri perlu bantuan ... penulis nak cakap, "Kalau semua orang atas bumi ni fikir camni,maknanya takde langsung la bantuan untuk Palestin" kan?

Kembali kepada tajuk.kenapa perlu cakna Palestin?

Pertama lihat dari sudut aspek agama kita,dimana agama kita meletakkan Palestin sebagai sebuah tempat penting bagi umat lslam,dimana semasa perinstiwa isra mikraj Nabi kita Muhamad s.a.w. telah melakukan Isra dan Miraj di Masjidil Aqsa, Palestine. Hal ini ada dinyatakan di dalam al-Quran:
Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Isra: 1).

AL Aqsa juga adalah MARUAH umat islam,tak malu ke kita lihat maruah kita dihancurkan oleh yahudi laknatullah?Ia merupakan kiblat pertama umat islam ...

Adalah SALAH untuk kita melihat masalah Palestin adalah masalah rakyat Palestin...

Tapi kita WAJIB melihat MASALAH PALESTIN sebagai masalah umat islam..

Palestin tu bukan milik rakyat Palestin secara keseluhurannya,bahkan ia milik semua pemegang kalimah. "la ila ha illlah,Muahmmadur rasulullah"

Malaysia yess,milik rakyat Malaysia..Kalau pendatang datang kita gelar mereka pendatang haram (walaupun mereka seakidah dgn kita)

Tapi luaskan kontek palestin ini,Ia milik kita semua,dan amat malulah bila umat islam dilarang untuk memasuki Palestin demi untuk membantu sanak saudara disana.

Hukum membantu Palestin bagi umat islam di Malaysia adalah FARDHU KIFAYAH .. Kalau takde yang membantu,turun ke sana,SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERDOSA ..... (Menurut satu ceramah yang penulis dengar tahun lepas)..

Bagi negara sekitar Palestin,hukumnya adalah fardhu ain u taw ..!!

hari ini,ramai orang KAFIR di Eropah turun ke Palestin untuk membantu Palestin dengan slogan "VIVA PALESTINA" tapi kita umat islam duk sibuk tolak tanggungjawab membantu Palestin kepada orang lain ..

Ada kumpulan Muzuik PUNK yang beragama Ateis pun CAKNA PALESTIN,tapi umat islam di Malaysia sebilangan besarnya?? ( http://www.facebook.com/video/video.php?v=195003167189077 )

Entahlah ..Ini melayu kita ..

Menurut seorang abg,di tempat dia belajar,orang kristian lebih CAKNA pada Palestin berbanding orang islam yang hanya sibuk urusan diri sendiri,sibuk berhibur 25 jam sehari..

Penulis tak tahu nak tulis apa lagi sebenarnya ..

Kadang kadang,memang sedih dengan realiti masYarakat@masrakarat kita tentang isu Palestin, "DAH LAH TAK NAK BANTU,BILA ORANG LAIN NAK BANTU,SIBUK NAK MAKI HAMUN,KUTUK SITU SANA SINI"

mmmm..

Tepuk dada... tnya iman ...

1 comment:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete

Sebarang Komentar yang tidak berkaitan post,berbaur lucah dan mengancam keselamatan akidah akan didelete :)